Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Sejak lepas berpantang hari tu, tekak ena teringin betul nak makan Buttermilk Chicken. Reti je nak masak sendiri tapi tahap kemalasan nak memasak tu tengah kemuncak sekarang. Kebetulan pula nampak kawan ena kongsi mengenai Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop (TCRS), terus ajak partner foodhunter ena, iaitu suami ena sendiri untuk serbu The Chicken Rice Shop.
THE CHICKEN RICE SHOP (TCRS)
The Chicken Rice Shop (TCRS) merupakan restoran yang menyediakan menu yang diilhamkan dari resepi Hainanese, resepi nyonya Penang dan juga menu-menu lain yang digemari oleh rakyat tempatan. Anda tidak perlu risau kerana restoran ini sangat menekankan kebersihannya dan juga diyakini Halal. Lebih kurang 104 cawangan TCRS yang terdapat di seluruh Malaysia dan telah menjadi kegemaran orang ramai sejak dulu lagi. Ena pun suka makan nasi ayam kat TCRS sebab sedap sangat.
Baru-baru ini, atas permintaan dan kesukaan oleh orang ramai, Grilled Butter Chicken TCRS telah dilahirkan semula dalam menu TCRS menjadi berita gembira buat mereka yang sedang menantikannya. Namun, hanya limited time di mana available dari bulan November 2019 hingga bulan Januari 2020. Oleh itu, anda mesti dan wajib menikmati Grilled Butter Chicken TCRS mulai sekarang hingga bulan satu tahun depan.
MENU YANG ENA PILIH
Ena sudah tentu pilih set Grilled Butter Chicken dan memilih Set Meal A sebab Yazid nak merasai set TCRS yang lain juga. Nanti boleh merasai masing-masing punya pilihan. Kalau nak beli banyak-banyak, takut tak habis pula. Tak suka membazir ni. Tambahan pula, ena bawa anak, agak tergesa-gesa sebab Yusuf pun nak syusyu pula masa tu. Fuhhhh! Dia pun nak makan juga ye, shiannn. So, ena pilih set yang sesuai dengan keadaan kami ketika itu.
![]() |
Masa ni dilema nak pilih set Meal A ke atau set Meal B. Hiks |
![]() |
Grilled Butter Chicken TCRS |
![]() |
Pak Choy with Oyster Sauce TCRS. Fav ena. |
Anda boleh pilih set Meal yang anda rasa sesuai dan juga berbaloi dengan bajet anda. Kalau nak makan secara ramai, boleh pilih Meal C tapi nak makan seorang pun boleh kalau anda jenis makan banyak. Ahaks. Di bawah ini ena share harga setiap set Meal Grilled Butter Chicken TCRS.
FEEDBACK DARIPADA ENA
MAKANAN: Sejujurnya bahawa ena dah jatuh hati dan jatuh cinta dengan Grilled Butter Chicken TCRS ni. Sedap sangat kuah buttermilknya yang cukup rasa, cukup pedas dan aroma daun kari pun memikat hati. Ayam pun boneless, isi tebal dan banyak, serta rangup di luar lembut di dalam. Itu yang ena mahukannn. Lagi bertambah sedap bila makan sekali dengan nasi ayam TCRS yang keenakkannya tiada tandingan. Yeah, dalam banyak-banyak nasi ayam yang ena pernah makan, nasi ayam di TCRS berjaya menjadi nombor satu dalam hati ena.
HARGA: Harga setiap set meal Grilled Butter Chicken sangat berbaloi bagi ena.Tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah, senang cerita mampu dimiliki laa. Heeee. Kalau anda nak beli secara ala carte pun boleh, tiada masalah.
DETAILS THE CHICKEN RICE SHOP (TCRS)
Haaaa, apa tunggu lagi. Ayuh, serbu TCRS sekarang dan sila menikmati Grilled Butter Chicken bersama-sama mereka yang anda sayangi. Ena jamin, anda pun akan puas hati seperti ena rasai selepas makan menu kegemaran ramai ini. Jika anda ingin ketahui informasi dengan lebih lanjut, boleh ke laman sesawang official TCRS. Ena kongsikan direct link untuk ke sana.
Itu sahaja perkongsian daripada ena kali ini. Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga anda ya. Terima kasih dan selamat mencuba.
WEBSITE:
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
2 Comments
sedappp menyelerakan..hehhe..rabia tak pernah pergi makan lagi dekat sini.tengok akak mcm nmpk sedap lah pulakk
ReplyDeletePerghh grilled butter chicken diaaa mengancemmm! Rasa nak pergi chickem rice shop sekarang juga hahaha overr
ReplyDelete