SEDAPNYA BURGER DAN NASI AYAM RENDANG MARRYBROWN MALAYSIA

by - Tuesday, October 08, 2019

SEDAPNYA BURGER DAN NASI AYAM RENDANG MARRYBROWN MALAYSIAAssalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Eh ehh, dah sarat ni masih tegar berjalan dan berfoodhunting ye. Mesti laaaa! Selagi ketahanan diri mampu nak bawa badan ni, selagi itu ena cuba untuk rajin berjalan sana sini. Macam baru-baru ni, ena pergi ke IOI City Mall Putrajaya sebab nak cari barang je tapi alang-alang tekak dah teringin nak makan ayam goreng Marrybrown Malaysia, lepas maghrib ena dan Yazid melunaskan tekak kami di sana.


SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa

Kebetulan ketika ena ke Marrybrown IOI City Mall Putrajaya tempoh hari, ada pula menu terbaru Marrybrown iaitu set Burger Ayam Rendang dan Nasi Ayam Rendang. Yazid pula jenis yang penggemar rendang, memang dia pilih menu terbaru Rendang Marrybrown Malaysia ni la. Haaa, nak tahu Yazid pilih set mana dan ena pula pilih set mana, sila teruskan baca bebelan ena kali ini mengenai menu terbaru Rendang Marrybrown Malaysia.


MARRYBROWN MALAYSIA MENGEMBALIKAN INTIPATI MAKANAN TRADISIONAL

Rendang merupakan salah satu makanan tradisional yang ada di Malaysia dan sangat digemari oleh semua bangsa di Malaysia, baik Melayu, Cina dan India. Selalunya lauk rendang ni kita dapat merasai dengan meriahnya ketika Hari Raya Aidilfitri betul tak? Namun sekarang, di merata tempat kita dah boleh dapat rendang ni malah sesetengah kedai makan yang menyediakan makanan segera pun ada menerapkan resepi rendang dalam menu mereka. Marrybrown Malaysia turut tidak ketinggalan.


SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa

Disebabkan makanan yang berasaskan rendang ini mampu menyatukan masyarakat, pihak Marrybrown Malaysia menyediaan dua set menu MB Rendang Ayam Asli iaitu Burger Ayam Rendang dan Nasi Ayam Rendang. Tak silap ena, bukan sahaja rakyat Malaysia suka makan rendang ni, orang luar negara turut mencari rendang kalau mereka datang Malaysia sebab seperti yang ena sudah nyatakan di atas iaitu Rendang adalah salah satu makanan tradisional Malaysia. Sudah tentu mereka ingin merasai makanan tradisional kita kan kan… Dengan ini, mereka boleh dapatkan set rendang di mana-mana cawangan terpilih Marrybrown Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2019 ini, merupakan tahun yang ke 38 Marrybrown Malaysia sebagai rangkaian makanan segera yang HALAL terbesar dan pertama di Malaysia. Selain daripada itu, Marrybrown Malaysia juga merupakan yang pertama menyediakan makanan warisan tempatan seperti Nasi Marrybrown, bubur ayam dan mee kari. Marrybrown ini juga sudah mengembang pesat sejak 38 tahun yang lalu dan kini sudah berkhidmat sebanyak 500 cawangan di serata 16 buah negara.


MENU PILIHAN ENA

Okay, ena mampu kongsikan serba sedikit sahaja mana yang ena tahu mengenai Marrybrown Malaysia dan haaa tiba masanya ena nak tunjuk set Rendang Ayam Asli Marrybrown terbaru yang kami pilih.


SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa
Set Nasi Ayam Rendang Marrybrown Malaysia, harga dari RM13.90. Pilihan Yazid

SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa
Set Burger Ayam Rendang Marrybrown Malaysia, harga dari RM12.90. Pilihan ena.

FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Sejujurnya ena bukan seorang yang penggemar rendang macam Yazid tapi makan je kalau sedap. Sebab itu ena pilih set Burger Ayam Rendang Marrybrown je, tambahan pula waktu malam ena memang tak selera nak makan nasi. Sekali bila dah rasa burgernya dan rasa set Nasi Ayam Rendang pilihan Yazid, ya Allah sedapnyaaaa. Menyesal tak minta lebih kuah rendang dan pilih yang set Nasi Ayam Rendang. Ahaks. Burger Ayam Marrybrown memang dah sedap, dimandikan pula dengan kuah rendang yang cukup rasa, cukup pedasnya, memang auuum auummm keenakkannya wa cakap sama lu.


SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa

SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa

Ohh sebelum terlupa, kuah rendang tu anda boleh minta extra tau tapi pastikan sebelum anda jamah makanan anda la. 


HARGA:
Dari segi harga, bagi ena berbaloi sangat dengan kuantiti dan kualiti yang kita dapat. Kalau nak betul-betul kenyang, pilih la set Nasi Ayam Rendang Marrybrown Malaysia. Orang Malaysia kan, mana boleh kenyang kalau tak makan nasi. Ahaks.



DETAILS MARRYBROWN MALAYSIA

Itu sahaja perkongsian ena kali ini dan jangan lupa share berita gembira ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda ya terutama bagi mereka yang gemar dengan makan rendang. Terima kasih dan selamat mencuba.


SET RENDANG MARRYBROWN - Hak Milik Ina Ainaa



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

YOUTUBE:



You May Also Like

0 Comments