RESTORAN MFC KUALA LUMPUR MENGIKUT CITARASA RAKYAT TEMPATAN

by - Sunday, September 15, 2019

RESTORAN MFC KUALA LUMPUR MENGIKUT CITARASA RAKYAT TEMPATAN | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini pernah makan di Restoran Malaysian Food Culture (MFC) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur? Sedapkan. Ena baru je pergi memburu makanan kat Restoran MFC ni.


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa

Ena nak dekat-dekat nak bersalin ni, seeloknya banyakkan berjalan supaya senang nak bersalin nanti. Oleh itu, ena cadangkan dengan Yazid untuk pergi jalan-jalan kat Berjaya Times Square hujung minggu lepas. Lepas dah penat berjalan, macam biasa perut mula meminta-minta di isi tetapi tekak ena tak ada selera nak makan fast food. Ena mencari juga tempat yang sesuai untuk makan bersama Yazid dan terjumpa ramai orang sarankan makan di Restoran MFC. Apa lagi, terus la kami ke sana dan macam biasa la aktiviti kami bila masuk kedai makan iaitu memburu makanan.


MALAYSIAN FOOD CULTURE (MFC)

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa
Keadaan depan Restoran MFC, Berjaya Times Square
Restoran Malaysia Food Culture (MFC), Berjaya Times Square merupakan restoran yang menyediakan  dan menekankan makanan dan minuman kebudayaan orang Malaysia seperti makanan tradisional Melayu, Cina dan India. Ini bermakna semua jenis suku kaum yang ada di Malaysia malah orang luar pun sesuai untuk datang makan di restoran ini. 

Selain daripada itu, Restoran MFC ini baru sahaja ditubuhkan di Berjaya Times Square dan pihak mereka juga sedang menunggu kelulusan sijil HALAL daripada pihak JAKIM. Lagipun, tukang masak semua adalah orang Islam, orang Melayu. Anda tidak perlu risau untuk cuba try test sekarang kerana pihak mereka menggunakan bahan-bahan masakan yang halal dan bersih. Di bawah ini ena kongsikan alamat untuk ke restoran ini.


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa
No Pork! No Lard! Disediakan di Restoran MFC

ALAMAT:
03-107-01, Berjaya Times Square,
No 1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur
(Landmark: Berhampiran dengan level GSC, berhadapan Secret Recipe & Kenny Rogers Roasters)
(WazeBerjaya Times Square)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 10am - 10pm
Hari: Isnin - Ahad


MENU YANG ENA PILIH

Ena tengok semua makanan kat sini sangat menyelerakan dan kami pula tengah lapar masa ni, apa lagi ena pilih sampai tiga jenis makanan. Haaaaa, kebuluq sangat waktu ni sanggup order extra satu makanan padahal yang pemakannya dua orang sahaja. Hiks. Okay, berikut adalah menu yang berjaya menarik hati ena untuk melantak di Restoran MFC.


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa
Restoran MFC Char Kuew Teow. Memang sedap, rasa tak heavy sangat dan pedasnya cukup. Rasa betul-betul macam CKT tapi ni jenis kering. Tak kedekut lauk.

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa
Restoran MFC Nasi Lemak Telur Bungkus Sambal Petai & Udang. Yang ini kegemaran Yazid sebab dia jenis hantu petai. Ena ada rasa sedikit, sambalnya memang sedap dan padu. Tak over pedas pun, sedang-sedang elok je.

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa
Restoran MFC Wan Tan Mee with Curry Chicken. Yang ini memang sedap, kenyang dan kari ayamnya pun superb. Kenyang dah makan ini sahaja sebab kuantitinya sangat banyak.

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa
Restoran MFC Signature Teh Ais dan Restoran MFC Signature White Coffee. Dua-dua ni memang kaw, terbaik. Ena suka sangat, terutama White Coffeenya. Fuh!


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keluasan Restoran MFC sangat luas dan banyak tempat untuk memuatkan ramai pelanggan. Selain itu, suasana dan susun atur restoran ini sangat selesa, bersih dan tenang untuk jamah makanan di situ. 


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Selain daripada makan secara ala carte, anda boleh pilih untuk makan secara buffet sekiranya anda ingin buat parti, meeting atau upacara secara beramai-ramai tetapi anda kena buat tempahan awal la. 

KEMUDAHAN: Memandangkan Restoran MFC berada dalam mall, anda boleh menggunakan semua kemudahan yang ada di dalam Berjaya Times Square ini.


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa


MAKANAN: Sejujurnya, tiga-tiga menu yang ena pilih ni memang terbaik sangat. Sedap, cukup rasa dan cukup pedas. Apa yang ena tahu, cili giling yang digunakan pihak MFC buat sendiri dan tidak menggunakan cili giling yang sudah siap tu. Patut la rasa sambal nasi lemaknya memang kaw dan ngam dengan tekak ena. Minumannya pun padu dan sedap. Puas hati. 


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa

RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Harga kat Restoran MFC ini berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan yang ena dapat. Oleh itu, bagi ena harganya tidaklah mahal sangat. Standard harga restoran-restoran yang berada di dalam shopping mall.


DETAILS RESTORAN MALAYSIAN FOOD CULTURE (MFC)

Sekiranya anda berada di Berjaya Times Square dan tekak inginkan masakan tradisional Malaysia, ena sangat sarankan anda untuk cuba try test makanan kat Restoran MFC. Ena pun turut akan repeat makan kat sini lagi sebab puas hati, kenyang pun kenyang. Nasi lemaknya la yang betul-betul berjaya menambat hati ena. 

Anda boleh terus ke website atau laman social Restoran MFC untuk ketahui maklumat dengan lebih lanjut. Di bawah ini macam biasa ada direct link untuk ke sana, anda hanya perlu klik sahaja. Semoga dapat membantu anda. Itu sahaja perkongsian daripada ena dari hasil buruan kali ini, selamat mencuba ya.


RESTORAN MFC - Hak Milik Ina Ainaa



WEBSITE:

FACEBOOK: 

CONTACT NUMBER: 
+6012 800 1388



You May Also Like

1 Comments