KING'S PISANG CHEESE PALING SEDAP DI BANTING

by - Friday, September 06, 2019

KING'S PISANG CHEESE PALING SEDAP DI BANTING Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini suka layan pisang cheese pada waktu petang? Ena memang suka makan pisang cheese ketika minum petang berbanding layan pisang goreng yang biasa tu tapi pastikan pisang cheese tu sedap dan kena dengan tekak ena. Sepanjang ena pernah makan pisang cheese, King's Pisang Cheese di Banting paling ena suka. 

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa

Oleh itu, kisah buruan ena kali ini adalah nak share dengan peminat blog ena mengenai King's Pisang Cheese Banting yang digilai oleh ena sekian lamanya. Dulu pisang cheese ni ada jual kat Makan Dalam Cafe dan sekarang ini baru ada gerai sendiri serta nama brand sendiri. Alang-alang pisang cheese ni memang sedap dari dulu, tak pernah berubah kualitinya, sebab itu ena nak pembaca blog ena turut cuba try test King's Pisang Cheese ni sekiranya anda datang ke Banting. 


KING'S PISANG CHEESE

Gerai King's Pisang Cheese ini baru sahaja ditubuhkan dalam tahun 2019 dan menekankan jualan  utamanya iaitu pisang cheese. Terdapat 4 perisa atau topping yang anda boleh pilih iaitu coklat, oreo, nestum dan strawberry. Sekiranya anda suka yang original, anda boleh order juga. King's Pisang Cheese yang original toppingnya hanya cheese sahaja dengan tambah ramuan istimewa membuatkan  rasa pisang cheese tersebut lebih lemak berkrim. 

Lokasi gerai King's Pisang Cheese terletak di Jalan Besar Sg. Lang Banting, bagi mereka yang memang menetap di Banting inshaAllah tahulah di mana terletaknya Kampung Sg. Lang ni. Jangan risau, di bawah ni ena kongsikan alamat sebenar untuk ke gerai King's Pisang Cheese. Anda boleh waze ke sana dengan membuat carian "Warung Sg.Lang Banting".

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Warung Sg.Lang,
Jalan Besar Sg. Lang,
42700 Banting, Selangor
(Landmark: Warung Sg. Lang)
(WazeWarung Sg. Lang Banting )

WAKTU OPERASI:
Waktu: 2pm - 6.30pm
Hari: Isnin - Ahad 


Pisang Cheese dekat sini anda boleh bungkus dan juga makan kat situ juga. Anda juga boleh menikmati makanan yang lain juga di Warung Sg.Lang seperti Mee Jawa, Mee Rojak, Mee Kari, Soto, Bakso, Ayam Dalkchis dan Nasi Ayam. Sambil makan semua menu tersebut, sambil layan King's Pisang Cheese sebagai kudapan sampingan anda. 


MENU PILIHAN ENA

Antara 4 perisa  King's Pisang Cheese, nestum dan coklat adalah paling ena suka dan selalu order yang itu. Namun, baru-baru ini tekak ena teringin nak rasa semua perisa dan nak lebih berbaloi ena pilih set Super Remix Box. Boleh pilih 8 ketul atau 16 ketul pisang untuk set Super Remix King's Pisang Cheese dan ena sudah pasti pilih yang 16 ketul. Mana cukup 8 ketul pisang untuk ena seorang layan, yela benda sedap, kena makan sampai puas-puas. Gittew.

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: King's Pisang Cheese ini dijual kat gerai di Warung Sg.Lang, Banting. Bukan restoran yang mewah-mewah tapi anda boleh makan terus pisang cheese di situ seperti yang ena sudah nyatakan di atas.

SERVIS: Anda boleh beli bungkus dan makan di sana. Kalau nak booked awal pun boleh, nanti whatsApp sahaja pada nombor telefon rasmi mereka. Nanti ena share di penghujung entri ena yang ini ya. Anda tak perlu dah beratur atau menunggu lama.

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa

KEMUDAHAN: Mengenai parking kereta, memandangkan gerainya di tepi jalan, anda kena pandai-pandai letak kenderaan anda la supaya tak kacau lalu lintas jalan utama Kampung Sg.Lang, Banting. Mengenai cara bayaran, hanya tunai sahaja diterima ya. Debit card atau online bank in tiada ya. Heeeee.

MAKANAN: Ena tak nak komen panjang, yang ena tahu pisang goreng cheese kat sini paling terbaik dalam Banting. Toppingnya tidak kedekut dan struktur pisangnya pun rangup diluar lembut di dalam. Pihak King's Pisang Cheese akan memastikan kualiti pisangnya di jaga rapi dan bukan sebarang pisang di pilih tau. Terbaik lahhh.

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Harga pisang cheese kat sini berbaloi dengan kuantiti dan kualiti yang kita dapat. Beli hari-hari pun tak mengapa sebab pisang cheesenya memang sedap dan puas hati bagi diri ena serta suami. Nyummmyyy!


DETAILS KING'S PISANG CHEESE BANTING

Sekiranya anda mencari pisang cheese yang sedap di sekitar Banting, Selangor, marilah cuba try test King's Pisang Cheese yang super padu ni. Ena sangat rekomen dan ena jamin akan kesedapnya memang tiada tandingan lagi di sekitar Banting. Okaylah, itu sahaja perkongsian daripada ena mengenai hasil buruan makanan kali ini. Jangan lupa follow dan like media social official King's Pisang Cheese Banting. Link ke sana ada di bawah ini.

KING'S PISANG CHEESE BANTING - Hak Milik Ina Ainaa


INSTAGRAM:

FACEBOOK:

CONTACT NUMBER:



You May Also Like

2 Comments

  1. Jauhnyaa Banting ye. Tapi org area selangor kalau nak try boleh la sekali sekala jalan jauh sikit. Benda best kenalah share sama2 kann hehe

    ReplyDelete