BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG

by - Wednesday, September 25, 2019

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Kandungan ena sekarang sudah 38 minggu dan tunggu masa je untuk jumpa my little YA ni. Yes, memang seronok, tak sabar dan juga berdebar-debar sebab dah nak jadi ibu kan. Alhamdulillah, sepanjang ena mengandung ni, ena tak ada lagi ada masalah kesihatan. Ena tak ada pantang larang dari segi pemakanan, semua ena ngap. Nama pun food hunter kan. Namun, setiap hari ena wajib amalkan makan supplement yang bagus untuk ibu mengandung iaitu BioGaia Probiotic Chewable.

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa

Bila dah makan macam-macam, sudah tentu perut mudah buat masalah. Ketika mengandung ni, masalah sembelit paling adalah perkara sering berlaku pada diri ena. Makin meningkat minggunya, makin akan mudah rasa sembelit. Oleh sebab itu, ena amalkan supplement BioGaia Probiotic Chewable ini sebab supplement ini boleh membantu ena daripada masalah sembelit, malah mampu membekalkan kesihatan pada usus ena serta bagus untuk anak dalam kandungan ena. Ayuh! Ena kongsikan maklumat serba sedikit mengenai BioGaia Probiotic ini.


BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa

Untuk pengetahuan anda, probiotic ini adalah sejenis supplement seperti minerals dan vitamins, bukan sejenis ubat-ubatan tau. Probiotic ini bukan berfungsi untuk menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi membantu tubuh badan kita kekal sihat dan cergas dari penyakit. Menurut WHO, probiotic adalah sejenis microorganism yang baik dan apabila dibekalkan dalam tubuh badan kita dengan kadar yang betul, boleh memberikan manfaat pada kesihatan kepada yang amalkannya.

Namun, probiotic ada pelbagai jenis dan setiap jenisnya memberi kelebihan yang berbeza pada kesihatan tubuh badan. Kelebihan produk BioGaia Probiotic Chewable ini mengandungi Lactobacillus Reuteri (DSM 17938 strain) yang secara semulajadinya boleh ditemui di dalam saluran penghadaman, susu ibu dan merupakan normal microflora di bayi yang baru lahir. Ini bermakna BioGaia Probiotic Chewable bagus dan disarankan untuk ibu mengandung amalkan setiap hari. 

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa


KELEBIHAN BIOGAIA PROBIOTIC 

BioGaia Probiotic Chewable ini bukan sahaja bagus diamalkan untuk ibu yang mengandung, malah boleh di orang dewasa baik lelaki mahupun perempuan, ibu yang menyusu anak dan kanak-kanak berumur 4 hingga 18 tahun. Berikut adalah lebihan yang ada pada BioGaia Probiotic Chewable ini.

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa


1) Merupakan supplement probiotic semulajadi untuk tubuh badan manusia.

2) Mendapat kelulusan daripada MOH MAL 07010905XCR

3) Disarankan oleh doktor pakar kanak-kanak dalam 90 negara.

4) Mengandungi probiotic strain Lactobacillus Reuteri iaitu mempunyai bahan antimicrobial, antiviral dan antifungal.

5) Mampu membantu mengurangkan sakit perut yang berterusan.

6) Sudah terbukti tiada kesan sampingan yang berbahaya sekiranya terlebih overdose.

7) BioGaia Lactobacillus Reuteri mempercepatkan sel di usus tumbuh baru dan menggantikan sel yang sudah tidak sihat atau sel yang sudah mati.

8) Mampu mengurangkan masalah sembelit terutama yang sering berlaku pada ibu mengandung

9) BioGaia Probiotic Chewable boleh didapati di klinik, hospital atau farmasi. Bermakna produk ini boleh dipercayai dan diyakini untuk kesihatan tubuh badan kita.

10) Meningkatkan proses penghadaman yang lebih teratur.



Lactobacillus Reuteri sangat elok dan sangat digalakkan untuk rutin harian anak-anak demi mencegah:

a) Infatile Colic (Sakit perut yang kuat berlaku pada anak-anak kecil)

b) Regurgitation (Masalah muntah-muntah)

c) Constipation (Sembelit)

d) Acute Gastroenteritis (Jangkitan pada saluran penghadaman)

e) Allergies and Eczema 

f) Boleh dijadikan sebagai antibiotic-associated side effects.



CARA-CARA PENGGUNAAN BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE

Setiap hari ena amalkan 1 tablet dan hisap sampai habis. Bukan telan terus tau, nama pun chewable. Mengenai rasa, sedap juga sebab rasa lemon dan tak manis mana. Ini bermakna supplement ini tidak letak gula dengan kuantiti yang banyak. Okay, ini untuk BioGaia Probiotic Chewable. Bagi yang jenis BioGaia Probiotic Drops, sekali bagi dalam 5 titisan untuk setiap hari. 

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa

Jenis yang titisan ini direka khas untuk diamalkan oleh anak kecil yang berumur 0 hingga 3 tahun supaya anak kecil senang nak makan dan menghidari dari tercekik. Kelebihannya tetap sama sahaja dengan chewable.

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa



DETAILS BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE

Itu sahaja perkongsian daripada ena mengenai amalan yang ena ambil ketika fasa mengandung ni. Jaga kesihatan dalaman ni adalah tanggungjawab diri sendiri dan jaga kesihatan anak dalam kandungan pula adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Oleh itu, pilihlah BioGaia Probiotic sebagai supplement anda setiap hari.

Sekiranya anda ingin keterangan yang lebih lanjut, anda boleh ke website rasmi BioGaia Probiotic. Di bawah ini ena sudah kongsikan link untuk ke sana. 

BIOGAIA PROBIOTIC CHEWABLE - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE

INSTAGRAM:

FACEBOOK:



You May Also Like

0 Comments