REBUT BENTO DAN ONIGIRI RM1 SEKARANG DI MYNEWS.COM

by - Wednesday, September 11, 2019

REBUT BENTO DAN ONIGIRI RM1 SEKARANG DI MYNEWS.COM Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Anda penggemar bento atau onigiri? Haaaa..sukacitanya untuk mereka yang penggemar makanan Jepun ni, ena nak ajak anda semua untuk rebut bento dan onigiri RM1 sekarang di myNews.com. Yes, hanya RM1 sahaja anda boleh menikmati kesedapan bento dan onigiri yang ada dijual di sana. 

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa

Ena pun turut tidak lepaskan peluang keemasan ni sebab ena seorang yang suka dengan makanan Jepun terutama bento dan onigiri. Bila dapat tahu harga satu makanan ni hanya RM1, terus ena ajak Yazid untuk pergi beli. Jimat wehhhh! Namun, bukan semua outlet myNews.com ada dan bukan setiap hari ada harga promosi RM1 ni. Malah, harga promosi bento dan onigiri RM1 ini hanya berlangsung pada bulan September 2019. 


BENTO DAN ONIGIRI MYNEWS.COM

MyNews.com ni bagi kefahaman ena adalah sejenis kedai runcit tetapi kualitinya lebih moden, tersusun dan lebih mesra pelanggan sebab barang yang dijual bukan sebarangan jenama yang ada. Pelbagai jenis barang disediakan antaranya seperti makanan yang boleh di makan segera, minuman, barang keperluan mandian, majalah, topup dan banyak lagi. Semakin besar sesuatu outlet myNews.com tu, semakin banyak barang jualan yang anda boleh dapat kat outlet tersebut.

Bento dan Onigiri ni salah satu makanan yang boleh didapati segera di myNews.com. Mengenai kesegaran dua jenis makanan ni anda tidak perlu risau, beli sahaja di myNews.com sebab pihak mereka akan menyediakannya setiap hari dan sudah pasti sangat menekankan kesegaran kualitinya.  Apa kebenda bento dan onigiri ni? Haaaa, mari ena terangkan serba sedikit mengenai dua jenis makanan ini.

Bento adalah sejenis lunch box yang diadaptasi dari negara Jepun di mana dalam kotak makanan tu ada nasi jepun, sayur-sayuran, buah-buahan, sashimi (lauk seperti ikan, ayam dan daging) dan pelbagai lagi. Namun, di myNews.com terdapat dua jenis bento iaitu Bento Salmon Salsa dan Bento Jumbo Chicken Cutlet. Antara dua ni, ena pilih Bento Salmon Salsa sebab harga sebenarnya boleh tahan mahal tetapi disebabkan ada promosi RM1, ena pilih yang ini. Lagipun Yazid suka salmon berbanding ayam.

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa


Onigiri pula adalah nasi kepal dan di balut dengan kepingan rumpai laut dan boleh letak inti seperti telur, ayam terriyaki, ayam mayonis, daging, tuna dan macam-macam lagi. Nasi yang digunakan sudah tentu nasi Jepun sebab strukturnya mudah melekat dan mudah dibentuk. Makanan ini merupakan makanan daripada Jepun juga dan senang untuk di bawa dalam beg. Kalau anda nak pergi travel, digalakkan beli onigiri ni sebab mengenyangkan dan berkhasiat berbanding kudapan yang lain.

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa


CARA NAK DAPAT BENTO DAN ONIGIRI RM1

Walaupun setiap hari bento dan onigiri ini disediakan namun bukan setiap hari ada harga promosi RM1 ni tau. Malah, seperti yang ena sudah nyatakan di atas, tidak semua outlet ada jual. Anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh rujuk pada banner di bawah ini atau terus sahaja ke website serta laman social myNews.com.

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa
Semua jenis bento di myNews.com hanya RM1 pada hari Selasa

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa
Semua jenis onigiri di myNews.com hanya RM1 pada hari Khamis

Selain itu, anda wajib memuat turun aplikasi myNews.com di telefon bimbit anda untuk membuat bayaran dan untuk dapatkan harga promosi ini. Kalau tak download, anda tidak dapat menikmati bento dan onigiri RM1 setiap satunya. Ena dah download dan rasa lebih mudah bayar sebarang pembelian di outlet myNews.com menggunakan aplikasi ini. 

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa


BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa


Anda kena cepat sebelum terlambat sebab tinggal berapa minggu je lagi untuk sampai ke penghujung bulan September 2019. Rebut bento dan onigiri RM1 sekarang di myNews.com. Selagi boleh jimat, buat apa membazir betul tak? Gittew.


OUTLET MYNEWS.COM PROMOSI BENTO HARI SELASA

OUTLET MYNEWS.COM PROMOSI ONIGIRI HARI KHAMIS



MARU KAFE MYNEWS.COM

Maru Kafe ini merupakan satu jenama makanan Jepun yang ada dijual dalam myNews.com. Semuanya memang nampak sedap serta menyelerakan dan harga pun berbaloi kalau nak beli. Pada tempoh hari, ena pun turut beli bakery dari jenama Maru Kafe ni sebab semua rotinya nampak menyelerakan. 

Lepas tu, ada terjumpa roti-roti yang pernah ena nampak dalam cerita anime seperti Melon Bun ni, memang terus grab satu la sebab nak rasa. Ahaks, ena ni memang mudah terpengaruh, tengok orang makan sedap terus nak pergi cari. Mujur ada Melon Bun ni ada jual di myNews.com. Yes, ena seorang yang suka tengok anime dan secara tidak langsung ena jadi suka dengan makanan-makanan daripada Jepun ni. 

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa


DETAILS MYNEWS.COM

Itu sahaja perkongsian daripada ena mengenai bento dan onigiri RM1 di myNews.com. Ena dah terjebak dengan membeli Bento RM1 di myNews.com cuma onigiri jela ena kena bayar normal price sebab hari berbeza kan kalau nak dapatkan harga RM1. Oleh itu, ena nak ajak anda untuk rebut peluang keemasan ini sebelum terlambat. Jangan lupa share perkongsia ini kepada keluarga dan kenalan anda ya. Terima kasih.

BENTO DAN ONIGIRI RM1 MYNEWS.COM - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:


FACEBOOK:


INSTAGRAM:




You May Also Like

1 Comments

  1. Wah, zira selalu beli onigiri kat aeon harga dlm rm3 lebih. Melon bun tak pernah rasa sbb jarang org jual teringin nak rasa sbb suka tngok doremon. Dan doralin suka melon bun

    ReplyDelete