Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Pada bebelan ena kali ini, ena nak perkenalkan anda satu restoran yang menyediakan masakan Melayu, masakan panas, ikan bakar dan kepelbagaian masakan makanan laut di sekitar Klang, Selangor. Nama restoran tersebut adalah Sisik Restoran Ikan Bakar.
Ena tahu, di antara pembaca blog ena ramai yang suka makan ikan bakar dan juga makanan laut seperti kupang, ketam, sotong, lala dan banyak lagi. Ena dan suami ena pun suka sebab kadang kala rasa dah bosan makan berdaging ni. Oleh itu, alang-alang sudah ada di Klang, macam biasa, ena memburu makanan di Sisik Restoran Ikan Bakar. Ena sendiri nak merasai keenakan masakan makanan laut di sini.
SISIK RESTORAN IKAN BAKAR, KLANG
Sebelum ena share apa menu yang ena cuba di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang, mari ena perkenalkan anda serba sedikit pengenalan mengenai restoran ini. Restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok yang ditubuhkan pada tahun 2013 lagi. Kiranya sudah 6 tahun restoran ini beroperasi.
Selain daripada itu, Sisik Restoran Ikan Bakar ini mengutamakan masakan Melayu asli pada mulanya dan dibuka pada waktu siang. Suka citanya, sekarang restoran ini sudah ada ikan bakar serta masakan makanan laut pada waktu malam. Nanti ena sharekan waktu operasi sebenar di bawah supaya anda boleh manage masa anda dan juga alamat penuh restoran ini.
ALAMAT:
Sisik Restoran Ikan Bakar
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic,
41200 Klang, Selangor
(Landmark: Berhadapan GM Klang)
(Waze: Restoran Sisik)
MASA OPERASI:
8.00am - 4.30pm ( Masakan Melayu Asli)
5.00pm - 12.30mn (Masakan Makanan laut & Ikan Bakar)
MENU YANG ENA RASA DI SISIK RESTORAN IKAN BAKAR
FEEDBACK DARIPADA ENA
KEDAI: Keluasan Sisik Restoran Ikan Bakar agak luas sebab kedainya di corner lot bangunan. Suasana kedai tersusun, bersih, selesa tapi tiada penghawa dingin la.
SERVIS: Di sini anda akan dilayan oleh para pelayan tetamu Sisik Restoran Ikan Bakar dan mereka sangat membantu serta mesra pelanggan. Cuma masa ena datang ni, ena tak dapat nak pantau sangat sebab ramai betul pelanggan. Fuhhh! Tambahan pula, badan ena tengah lemau, so ena tak dapat nak bagi komen yang lebih.
 |
Keadaan dalam Sisik Restoran Ikan Bakar. Tak sepenuhnya la. |
KEMUDAHAN: Tempat letak kereta ada cuma kena cari sedikit. Memandangkan GM Klang tutup awal, lepas isya' macam tu parking dah clear dah. Senang nak dapatkan tempat parking berhampiran dengan Sisik Restoran Ikan Bakar.
MAKANAN: Secara keseluruhan masakan makanan laut kat sini not bad bagi ena. Kalau dapat makan panas-panas, mesti lagi aummm aummmm. Kalau rasa nak makan steamboat, anda boleh juga ambil set steamboat. Cuma rasa kuah tomyam steamboatnya agak terlampau masin dan masam tetapi masih boleh perbaiki lagi. Kalau anda rasa nak makan Nasi Lemak, pun ada tapi nasi lemak sini special sebab dikukus khas dalam buluh perindu.
 |
Steamboat Sisik Restoran Ikan Bakar |
 |
Nasi Lemak Buluh Perindu Sisik Restoran Ikan Bakar |
HARGA: Mengenai harga makanan di Sisik Restoran Ikan Bakar, tidak terlampau mahal dan berbaloi bagi ena sebab setahu ena makanan laut ni agak mahal. Tapi kat sini harga masih boleh dimiliki. Kalau ambil set family, lagi berbaloi-baloi.
DETAILS SISIK RESTORAN IKAN BAKAR
Itu sahaja perkongsian ena mengenai Sisik Restoran Ikan Bakar Klang dan semua ini adalah pendapat daripada ena dan suami. Pendapat anda semua bagaimana pula? Ayuh! Mari cuba sendiri makan malam di restoran ini. Jangan lupa ajak keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda sekali ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
 |
Foodie Blogger gegar Sisik Restoran Ikan Bakar |
WEBSITE:
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
3 Comments
Masa pergi GM dah nampak dah kedai makan ni, kata kat Suami macam baru renovate je...nanti boleh try laaa..sebab Sis kalau ke Klang suka tido di Hotel belakang tu je, senang nak gi GM dan Suami gi Pulai Indah kerja hehehehe
ReplyDeleteya ampun, tengok stong bakar dia tu tergoda habis! nak gi makan sana la nanti
ReplyDeleteSedapnya nanti jemput komen my blog k. Ada entry about food jgk. Terliur pulak tgk entry makanan ni
ReplyDelete