NIKMATI KESEJUKAN KAKIGORI MYKORI CAWANGAN RAWANG

by - Thursday, August 01, 2019

NIKMATI KESEJUKAN KAKIGORI MYKORI CAWANGAN RAWANG | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa yang ada berdekatan dengan Rawang dan masih belum sempat merasai Kakigori atau dessert ala-ala ABC di Mykori Dessert Cafe? Haaaa, berita gembira untuk anda bahawa Mykori Dessert Cafe telah buka cawangannya di Rawang, Selangor baru-baru ini.


MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa

Ena pun tak pernah layan Kakigori Mykori sebelum ni, hanya mampu tengok orang lain makan je. Namun, lepas cawangan Rawang ni dah buka, terus ena pergi memburu ke sana. Kebetulan ada kawan pula yang jenis suka memburu makanan tinggal berdekatan dengan ena, haaa alang-alang angkut sekali. 


MYKORI CAWANGAN RAWANG

Apa yang ena tahu, Mykori Dessert Cafe ini menyediakan makanan ala-ala pencuci mulut yang datang dari negara Jepun dan antaranya seperti Kakigori dan Taiyakie. Makanan berat tak ada, semuanya jenis yang manis-manis tapi bergantung pada perisa yang dipilih la. Macam makanan bernasi bento tu semua tak ada la. Nama pun "Dessert Cafe". 

Cawangan Mykori Dessert Cafe sudah menapak di Malaysia sejak bulan Oktober tahun 2016 dan cawangan pertamanya di Puchong Jaya. Pada tahun 2019, cawangannya sudah ada 45 buah di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan anda, cawangan Rawang merupakan cawangan yang 37 dan telah ditubuhkan pada tarikh 28/6/2019. Sekiranya anda yang berada berdekatan dengan Rawang, anda berpeluang untuk menikmati Kakigori yang ada di Mykori Dessert Cafe cawangan situ. Nak tahu kat mana? Mari, ena sharekan lokasi cafe ini.


ALAMAT:
MYKORI Dessert Cafe Rawang
A17-G, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef,
48000 Rawang, Selangor
(Landmark: Berhampiran dengan Tesco Rawang, sederet dengan bangun Maybank sebelah Tesco)
(Waze: Mykori Rawang)


WAKTU OPERASI:
Masa: 
2pm-11pm (Weekdays)
1pm - 11pm (Weekends)



MENU PILIHAN ENA

Masa ena pergi memburu ke Mykori cawangan Rawang ni, ena pergi berempat. Oleh itu, ada 4 jenis dessert yang ena dapat rasa dalam satu hari. Sengaja pilih berlainan perisa sebab boleh rasa kepelbagaian perisa yang ada di Mykori Dessert Cafe. Ayuh, berikit adalah menu pilihan ena dan partner foodhunting ena yang lain.

MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa
Mykori Kakigori Matcha Latte 

MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa
Mykori Chocolate Banana Strawberry Toast. Perisa aiskrim anda boleh pilih dua jenis.

MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa
Mykori Mango Honey Crunch Toast. Perisa aiskrim anda boleh pilih dua jenis.

MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa
Mykori Chocolate Banofee Kakigori



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keadaan kedainya memang bersih, selesa untuk menjamu selera di sini. Ada penghawa dingin dan cantik, sesuai nak bergambar dalam Mykori cawangan Rawang ni. Ada patung-patung unicorn disediakan untuk mennyantikkan lagi gambar yang ada ambil bersama dengan Kakigori atau menu yang lain di sana.

SERVIS: Servis kat sini okay dan kena layan diri la. Makanan yang  dah siapa ada kena ambil sendiri di kaunter mengikut nombor giliran tapi kalau macam terlambat ke apa, pelayan sana akan hantar ke meja. Boleh minta mereka hantarkan sebab tak semua dessert siap dalam keadaan yang serentak. Agak sukar juga la kalau tiap kali nak kena bangun pergi ambil di kaunter.

MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa
Keadaan dalam cafe Mykori cawangan Rawang

KEMUDAHAN: Mykori cawangan Rawang ini berada di blok bangunan, oleh itu, depan cafenya ada parking kereta cuma kena pandai cari la. Sederet dengan Maybank, incase tak cukup duit, boleh keluarkan dulu sebab buat masa sekarang Mykori sini hanya terima tunai sahaja. Selain daripada itu, dalam cafenya ada sediakan tempat ambil air Coway secara percuma, sinki basuh tangan dan juga toilet yang bersih.

MAKANAN: Secara keseluruhan dessert Jepun yang ena dan kawan ena pilih boleh dikategorikan sedap. Pilih Kakigori yang saiz mini pun dah boleh kongsi dua orang. Lagipun ena dengan yazid bukan la sejenis yang kuat makan makanan manis ni. Mujur pilih untuk kongsi, kalau tak membazir sahaja. Dan mujur juga, Matcha Latte Kakigori pilihan ena ni tak over manis. Chocolate Banana Strawberry Toast pilihan ena pun sangat sedap sebab chocolatenya yang memang aumm aummm. Lepas tu, ada pula strawberry, rasa sesuai kat tekak ena sebab rasa masam manis tak muak. Cuma pisangnya agak tak berapa manis berlemak, rasa bergetah sedikit. Mungkin pisang muda digunakan.

HARGA: Harga dessert kat boleh tahan kalau nak makan sekali sekala. Kalau selalu tu, agak tak sesuai melainkan anda ada duit berkepuk-kepuk setiap hari. Ahaks. Nak tahu tentang harga lebih lanjut, anda boleh Klik Sini.


DETAILS MYKORI DESSERT CAFE

Sekiranya ada teringin nak lepak santai-santai sambil menikmati dessert yang sejuk, anda boleh la ajak orang yang anda kenali datang ke Mykori Dessert Cafe yang berhampiran dengan anda. Jom nikmati kesejukan Kakigori Mykori dengan orang-orang yang anda sayang.

Itu sahaja perkongsian hasil buruan makanan ena kali ini. Kesemua yang ena share ini adalah berdasar daripada pendapat ena dan suami ena, Yazid, sebagai partner foodhunting ena selamanya. Taste setiap orang berbeza, ada yang sama dengan ena dan ada juga tak sama. Oleh itu, jom share pendapat anda pula mengenai menu di Mykori Dessert Cafe.

MYKORI CAWANGAN RAWANG -Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



You May Also Like

1 Comments

  1. Mykori ni lain-lain tu Sis tak cuba lagi, yang paling suka makan kalau ke sini yang Orea tu, perghh sedapnyaaa....

    ReplyDelete