KEMBARA EROPAH BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM BERSAMA MOOD TRAVEL

by - Sunday, August 04, 2019

KEMBARA EROPAH BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM BERSAMA MOOD TRAVEL Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat seta blog Ina Ainaa. Pada dua hari yang lepas, ena dan Yazid telah menghadiri satu majlis Hi-Tea Kembara Halal Eropah 2019 bersama agensi pelancongan Mood Travel. Majlis ini dilaksanakan di D'Saji KL Titiwangsa yang berdekatan dengan Tasik Titiwangsa tu, tahu kannn. Majlis Hi-Tea Kembara Halal Eropah 2019 bukan untuk minum petang sahaja tetapi daripada majlis ini juga lah ena sudah tahu nak pilih agensi pelancongan yang mana satu untuk ena dan suami pergi melancong pada masa akan datang. Nak tahu kenapa? Sila baca entri ena ni sampai habis.


Ena seorang yang suka pergi berjalan dan teringin sangat untuk mengembangkan lagi pengalaman diri dengan melihat budaya luar di dunia ini. Namun, buat masa sekarang hanya mampu pergi berdekatan dengan Malaysia sahaja seperti Thailand dan Singapura. Itu pun bukan under agensi pelancongan mana-mana, pergi sendiri. Ena sendiri terasa agak sukar untuk menacri makanan yang halal, masjid dan tempat yang sepatutnya perlu pergi buat pertama kalinya pergi ke sesuatu negara tu. Yela, bukan negara sendiri. Ada juga betanya kawan-kawan yang biasa pergi travel, mereka cadangkan kalau nak Travel with Peace of Mind, kena pandai cari dan ambil pakej agensi perlancongan yang dipercayai dan diyakini. Mujurlah ena didedahkan dengan agensi pelancongan Mood Travel ni.


AGENSI PELANCONGAN MOOD TRAVEL MALAYSIA

Ena yakin dan pasti, antara pembaca blog ena ni mesti pernah mengambil servis daripada agensi pelancongan Mood Travel kan? Oleh itu, boleh la anda kongsikan kenangan anda ketika di benua Eropah bersama Mood Travel diruang komen ena ya. Heeee... terima kasih. Okay, bagi yang belum pernah cuba dengan perkhidmatan agensi pelancongan Mood Travel, mari ena kongsikan mengenai agensi pelancongan ini dan kenapa anda perlu pilih Mood Travel.

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Tuan Arif Atiq Suzaili berucap mengenai Mood Travel

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Tuan Arif menerangkan serba sikit kisah diri dia ketika penubuhan agensi pelancongan Mood Travel

Mood Travel ini adalah agensi pelancongan Malaysia dan founder agensi ini pun orang Melayu dan Islam iaitu Tuan Arif Atiq Suzaili. Agensi pelancongan ini telah ditubuhkan 11 / 7 / 2016 dengan slogan kata "Travel With Peace of Mind" di mana membantu mendapatkan Pakej Muslim ke Eropah dan menyediakan makanan halal, kemudahan solat dan juga menyediakan Malaysian Tour Guide yang beragama Islam serta berpengalaman 10 tahun di Eropah.


Kelebihan Mood Travel:-

1) Pengangkutan
Pihak Mood Travel telah menyediakan bas mereka sendiri iaitu Mood Eropah yang lebih selesa, suasana mesra pelancong, ada tandas dalam bas, memuatkan 55 orang pelancong dan menggunakan pemandu Eropah berlesen serta mesra pelanggan.

2) Tempat Tinggal
Para pelancong tak perlu susah hati dengan tempat tinggal yang disediakan. Hal ini disebabkan pihak Mood Travel memberikan bilik yang bersesuaian dan juga selesa untuk para pelancong yang menggunakan servis mereka.

3) Makanan Halal
Haaa.. yang ini paling penting bagi mereka yang beragama Islam apabila berada di benua Eropah. Adanya perkhidmatan daripada Mood Travel ini, tak kira muslim ke non-muslim ke, mereka akan bawa anda ke tempat makan yang menyediakan makanan yang dijamin Halal dan bersih.

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


4) Solat
Bagusnya perkhidmatan Mood Travel ini, mereka akan memastikan anda solat pada awal waktu dan tiada alasan lagi untuk anda tinggalkan solat ketika berada di benua Eropah. Melancong tu seronok juga tapi jangan sampai lupa untuk Solat kerana itu adalah kewajiban buat umat Islam satu dunia.

5) Pemandu Pelancong
Ena sudah nyatakan di atas di mana ada pemandu pelancong daripada Malaysia yang sudah menetap di benua Eropah lebih 10 tahun dan sudah tentu beliau sangat berpengalaman selok belok di negara-negara dalam benua Eropah.

6) Membeli Belah
Ini yang best ni. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membeli belah ole-ole untuk dibawa pulang ke tanah air. Pihak Mood Travel akan beri anda peluang untuk membeli belah sampai anda puas hati. Wow! Best sangat.


Itulah kelebihan kalau anda bakal dapat sekiranya menggunakan agensi pelancongan Mood Travel yang sangat berlandaskan syariat Islam. Selain daripada itu, berita gembira untuk anda, pada tahun 2019, pihak Mood Travel bekerjasama dengan Juara Travel, BUMITRA Malaysia, Etihad Airways dan Oman Air akan mengadakan Kembara Halal Ke Eropah bersama-sama dengan mereka. Jangan lepaskan peluang ini.

Program Kembara Halal ke Eropah 2019 ini dirasmikan oleh Datuk Musa Yusof iaitu Ketua Pengarah Tourism Malaysia ketika ena hadiri Majlis Hi-Tea Kembara Eropah 2019 di D'Saji KL Titiwangsa tempoh hari. Program ini mampu membuka peluang kepada agensi-agensi pelancongan di bawah BUMITRA Malaysia untuk memperluaskan bisnes mereka lagi. Penaja untuk program yang berguna ini pula adalah Etihad Airways sebagai penaja utama, Kembara Meals sebagai penaja Perak dan Klinik TTDI Medical sebagai penaja umum.

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Ucapan daripada Datuk Musa Yusuf ketika Hi-Tea Kembara Halal Eropah 2019 bersama Mood Travel

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Para hadirin yang hadir ke Hi-Tea Kembara Halal Eropah 2019 bersama Mood Travel

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Perasmian Kembara Halal Eropah 2019 bersama Mood Travel

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Me! Turut tumpang bergambar di pentas Hi-Tea Kembara Halal Eropah 2019 bersama Mood Travel

DETAILS MOOD TRAVEL

Oleh itu, ena sarankan kepada anda semua yang ingin melancong ke negara-negara dalam benua Eropah mendapatkan perkhidmatan daripada Mood Travel yang dijamin selamat, diyakini dan dipercayai. Haaa, sebelum ena terlupa, pihak Juara Travel turut membuat pakej ke Umrah serendah RM2800, pakej Haji dan pelbagai lagi.

InshaAllah, ena lepas bersalin nanti, anak dah besar nanti, ada rezeki lebih, ena nak cuba sendiri menggunakan agensi pelancong daripada Mood Travel. Doa-doakan ena dan suami ya.

MOOD TRAVEL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa



WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

CONTACT NO:
03-89229376
018-3807828




You May Also Like

0 Comments