MANJAKAN KULIT MUKA DI MEDISPA SKINVALET RAWANG

by - Tuesday, August 20, 2019

MANJAKAN KULIT MUKA DI MEDISPA SKINVALET RAWANG |  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Selama ena hidup, ena tak pernah buat skin analysis untuk muka ena ni. Main agak je mengikut tips dari hasil pembacaan ena selama ni. Baru-baru ni, ena ada baca satu perkongsian daripada orang lain bahawa kita perlu juga buat skin analysis di mana scan secara detail mengenai kulit muka kita. Paling kurang sebulan sekali. Oleh itu, ketika cuti hari pertabalan Agong 2019, ena dan Yazid ambil keputusan untuk buat skin analysis di Medispa Skinvalet Rawang.


MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa

Pada mulanya ingat nak buat skin analysis sahaja, memandangkan tengah cuti dan tetiba diri rasa nak ber'me-time' setelah sekian lama muka ni tak dibelai-belai, kami laki bini terus buat keputusan untuk buat skin treatment terus. Berpatah balik pada skin analysis, fuhhh ku sangkakan kulit ena 100% jenis berminyak, rupanya jenis kombinasi. Bahagian pipi ena jenis kulit kering dan bahagian hidung la paling berminyak. Kulit Yazid pula jenis berminyak. Lagi satu, disebabkan kami berdua ni dulu jenis tak pakai sunscreen / sunblock, haaaa memang kulit berpigmentasi la. Nasib baik baru nak jadi dan masih boleh heal lagi. 

Okay, lepas dah buat skin analysis dengan Pakar Kecantikkan Wajah Skinvalet Rawang, kami diberi treatment-treatment yang sesuai dengan keadaan masalah kulit kami. Namun begitu, memandangkan ena tengah pregnant, tak semua treatment ena boleh buat sebab ada mesin yang boleh memudaratkan kesihatan janin. So, kalau anda mengandung kena inform awal-awal dengan pihak mereka. Oleh itu, ena cuba treatment terbaru mereka iaitu Ice Facial dan Yazid treatment untuk dia adalah SV Carbon Peel


MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Scan kulit muka dulu di Medispa Skinvalet Rawang

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Lepas Scan, Pakar Kecantikan Skinvalet Rawang akan berikan nasihat dan saranan rawatan seterusnya

MEDISPA SKINVALET RAWANG

Medispa Skinvalet Rawang merupakan tempat di mana anda boleh dapatkan rawatan kulit muka yang dijamin selamat dan berkesan sebab pihak mereka akan berikan khidmat nasihat mengenai kulit anda dengan lebih jelas serta mendalam. Anda tidak perlu risau sebab semua staff di sini sudah terlatih dan pakar perunding mereka juga merupakan Beauty Expert yang diiktiraf, bukan sebarang orang yang bekerja di Medispa Skinvalet Rawang. Mereka jugalah yang bakal menganalisis dan merawat kulit anda dengan cara yang lebih betul dan sistematik.

Anda yang menetap di Rawang atau berdekatan dengan Rawang, anda tidak perlu lagi pergi jauh untuk mendapat rawatan muka yang dipercayai dan diyakini sebab Skinvalet ini sudah beroperasi lebih daripada 3 tahun di Rawang. Ketika ena datang kemari, memang ramai orang yang buat treatment. Bermakna Medispa Skinvalet Rawang sudah memberi kesan yang positif terhadap ramai pelanggan. Serkiranya anda ingin cuba sendiri, dibawah ini ena serta alamat untuk ke sana.



MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Medispa Skin Valet Rawang
A26G, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef Rawang,
48000 Rawang, Selangor
(Landmark: Sederet dengan blok Mykori Rawang)
(Waze: Skinvalet Rawang)


MASA OPERASI:
Waktu: 10am - 7pm 
Hari: Isnin - Ahad


Gambar ena ketika buat treatment tak ada sangat sebab aurat ena agak terdedah masa ni. Oleh itu, ena share gambar ketika Yazid buat SV Carbon Peel sahaja la, lagipun dia punya treatment lebih gempak daripada ena. Ahaks. Cuma still ena tak dapat nak kongsikan sampai dia habis rawatan sebab giliran ena sudah sampai. 

Kalau hari cuti, bak kata manager Skinvalet Rawang, beautician kat sini mesti tak cukup tangan dan seorang staff terpaksa handle dua tiga customer. Dia tak tipu tau sebab ena sendiri nampak depan mata. Ramai betul orang yang datang ke sini waktu ena nak buat treatment ni. Sebab itu ena kena tunggu sejenak di dalam bilik rawatan tapi ena tak kisah menunggu sebab bukan nak kejar masa pun. Plan ena memang nak ber "Me-Time" je waktu cuti Pertabalan Agong 2019 tempoh hari.  


MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Sebelum buat rawatan, mereka akan bersihkan kaki kita terlebih dahulu. Bestkan! Siap ada urutan badan free lagi di Medispa Skinvalet Rawang ni


MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Cuci muka dahulu, kasi keluar segala kekotoran dan minyak di muka

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
SV Carbon Peel Treatment in progress. Yazid cakap agak pedih sedikit tapi best

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Lepas habis semua treatment di Medispa Skinvalet Rawang, anda akan diberi minuman dan makanan sebelum pulang. 
MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Teh herba di Medispa Skinvalet Rawang dan beberapa biskut yang sedap


KELEBIHAN SV CARBON PEEL DAN ICE FACIAL

Okay berbalik pada rawatan yang Yazid dapat iaitu SV Carbon Peel, kelebihan utama yang ena ingat dan tahu ketika beautician Skinvalet Rawang terangkan kepada ena adalah:-

1) Mengecilkan liang pori pada muka
2) Membuang kulit mati atau kulit tak sihat
3) Mengawal keseimbangan kelembapan kulit
4) Membersihkan sekali gus kekotoran yang ada di celah-celah liang pori
5) Kembalikan tona kulit yang seimbang


Kelebihan rawatan ICE Facial yang pihak mereka sarankan kepada ena pula adalaj:-

1) Membuang blackheads / whiteheads / kulit yang mati 
2) Membantu mengurangkan inflammation atau kemerahan pada kulit muka
3) Mengembalikan kuantiti kolagen dalam kulit muka
4) Melembapkan semula struktur kulit bagi yang mengalami kulit muka yang kering
5) Menegangkan kulit muka
6) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan selamat untuk ibu yang mengandung.



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Serius ena cakap, ena suka sangat masuk kedai Medispa macam Skinvalet Rawang ni. Sangat selesa dan menyenangkan pemikiran. Ada satu aroma dalam kedai ni, buatkan minda kita rasa tenang dan tak serabut dengan masalah luar. Walaupun tak sebesar Skinvalet cawangan yang lain, tetapi susun atur kedainya sangat kemas, bersih dan ada ruang untuk menunggu lagi.

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Servis di Medispa Skinvalet Rawang ini sangat bagus bagi ena. Walaupun tengah ramai orang, pihak beautician mereka sangat mesra, ramah dan sentiasa terangkan satu persatu rawatan yang mereka lakukan. Selesakan kita sekiranya nampak kita sedang menunggu lama.

KEMUDAHAN: Di Medispa Skinvalet Rawang, tersedia tandas yang banyak, minuman sekiranya anda ingin basahkan tekak, ruang menunggu dan juga di sini menerima Cash mahupun Debit. Boleh pilih. Selain itu, parking pun ada cuma anda kena cari sedikit la sekiranya banyak kereta. Masa ena ke sana, parking senang je nak jumpa malah berdekatan dengan Medispa Skinvalet Rawang.

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa
Semua ini adalah skincare yang anda boleh beli di Medispa Skinvalet Rawang. Pakar kecantikkan kat sini akan suggestkan yang mana elok untuk keadaan kulit masing-masing



DETAILS SKINVALET RAWANG

Ena sangat sarankan anda yang tinggal di Rawang atau berdekatan untuk dapatkan rawatan muka di Skinvalet Rawang. Alamat ena dah nyatakan di atas. Consultation dan skin analysis adalah percuma. Tak perlu bayar, yang kena bayar adalah rawatannya sahaja. Untuk ketahui sebarang promosi yang sedang diadakan oleh Skinvalet Rawang, tambahan pada bulan kemerdekaan ni, anda boleh lawati laman social rasmi Skinvalet Rawang. Link ada di bawah ini.

MEDISPA SKINVALET RAWANG - Hak Milik Ina Ainaa



FACEBOOK:


INSTAGRAM:



CONTACT NUMBER:
013-2515657
03-60901893

You May Also Like

1 Comments