SUKACITA RAWANG SUDAH ADA MARRYBROWN MALAYSIA
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Bila difikirkan balik, dah bertahun juga ena tak makan di Marrybrown Malaysia ni. Ena sampai dah terlupa menu apa yang ada di situ. Tambahan pula, outlet Marrybrown memang tiada yang berdekatan dengan ena selama ni. Alamatnya ena memang jarang la nak lepak di Marrybrown.
Namun, ena gembira sangat sekarang sebab Marrybrown Malaysia sudah buka cawangan terbarunya di sekitar Rawang, Selangor dan tersangatlah berdekatan dengan tempat tinggal ena sekarang. Kalau naik kereta, dalam 10 minit dah sampai sekiranya tiada kesesakan lalu lintas. Ena kalau nak ke Rawang ikut jalan dalam, ena akan dan mesti lalu depan Marrybrown ni. Haaa, nak tahu lokasinya di mana? Ayuh! Dibawah ini ena kongsikan serba sedikit mengenai cawangan terbaru Marrybrown Malaysia ini.
MARRYBROWN MALAYSIA RAWANG
Pada 15 Ogos 2019, Marrybrown Malaysia cawangan Rawang telah rasmi pembukaannya oleh CEO Marrybrown Malaysia, Dato' Joshua Liew dan Country Chairman of Chevron Malaysia Limited, Mr Shahid Ahmed. Ena dan Yazid sendiri menghadiri majlis Pembukaan Rasmi Marrybrown di stesen minyak Caltex Sg.Choh, Rawang. Haaa! Untuk pengetahuan anda, ini merupakan pertama kalinya cawangan Marrybrown Malaysia bergabung dengan stesen minyak Caltex Malaysia.
![]() |
CEO Marrybrown Malaysia, Dato' Joshua Liew |
![]() |
Country Chaiman of Chevron Malaysia Limited, Mr Shahid Ahmed |
![]() |
Upacara perasmian pembukaan Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
![]() |
Tarian Singa memeriahkan Majlis Perasmian Pembukaan Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
![]() |
Walaupun panas tetapi happy dengan tarian singa di Majlis Perasmian Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
Penduduk yang berdekatan dengan Rawang, sudah tentu tahu akan lokasi Caltex Sg.Choh, Rawang ini di mana. Bagi penduduk diluar kawasan atau masih tidak fasih dengan selok-belok kawasan Rawang ini, jangan risau. Ena akan kongsikan alamat lokasi dan juga waktu operasi Marrybrown Sg.Choh, Rawang.
ALAMAT:
Marrybrown Sg.Choh, Rawang
Stesen Minyak Caltex Malaysia,
Kampung Stesen Sungai Choh,
48200 Rawang, Selangor
(Waze: Caltex Sg.Choh, Rawang)
Stesen Minyak Caltex Malaysia,
Kampung Stesen Sungai Choh,
48200 Rawang, Selangor
(Waze: Caltex Sg.Choh, Rawang)
MASA OPERASI:
Hari: Setiap Hari
Waktu: 10am - 10pm
Waktu: 10am - 10pm
MAKANAN PERCUMA UNTUK 100 PELANGGAN TERAWAL
![]() |
Ena bersama maskot Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
Berita gembira untuk anda yang ada di sekitar Rawang, selama tiga hari ini, pihak Marrybrown Sg.Choh, Rawang sempena pembukaan cawangan terbaru ini. Namun, ada syarat-syarat yang perlu anda patuhi dan tidak semua makanan free sebenarnya. Oleh itu, berikut adalah senarai makanan percuma yang sedang menanti anda.
2) Percuma Marrybrown Chicken Burger (16/8/2019, Jumaat)
3) Percuma One-Piece Marrybrown Crispy Chicken (17/8/2019, Sabtu)
T&C: Dengan setiap satu pembelian di Marrybrown Sg.Choh, Rawang. Beli air sahaja pun dah boleh menikmati makanan percuma Marrybrown sini.
![]() |
Ada playground untuk kanak-kanak di Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
![]() |
100 pelanggan yang bertuah untuk mendapatkan makanan free di Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
![]() |
Di kaunter Marrybrown Sg.Choh, Rawang |
DETAILS MARRYBROWN MALAYSIA
Haaa! Apa tunggu lagi! Rebut peluang yang masih berbaki sehari je lagi. Cepat! Cepattt jadi 100 pelanggan terawal yang bertuah untuk menikmati makanan percuma daripada Marrybrown Malaysia cawangan Rawang di stesen minyak Caltex Sg.Choh. Selain itu, anda dialu-alukan juga boleh mengikuti info terkini pihak mereka dengan mengunjungi laman social rasmi mereka ya. Mana tahu ada harga promosi sempena hari Kemerdekaan nanti.
WEBSITE:
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
1 Comments
Rabia tak pernah makan lagi dekat marrybrown ni
ReplyDelete