SEPETANG BERSAMA KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 RAWANG

by - Thursday, August 29, 2019

SEPETANG BERSAMA KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 RAWANG |  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Waktu petang macam ni dapat pekena keropok lekor dengan air teh o panas, sedap juga ni. Fuhhh! Okay, bercakap mengenai keropok lekor, baru-baru ini ena dan Yazid ada pergi foodhunting keropok lekor cheese Leleh kawasan Sg.Choh, Rawang sebab tekak teringin nak makan keropok lekor cheese. Google punya Google, terjumpa satu kedai makan ada jual keropok lekor yang ena nak ni. Nama gerai tersebut adalah Keropok Lekor Tiptop 962.


KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa

Selama ini, ena tak pernah cuba try test lagi keropok lekor cheese leleh yang berbentuk meatball dan dalamnya ada cheese tarik. Bukan tak pernah jumpa, tapi takut tak kena dengan tekak. Yela, makanan yang berasaskan ikan dan letak pula cheese tarik kat dalam, macam tak kenaaa je. Namun, entah kenapa tekak boleh mengidam keropok lekor jenis macam tu, encik suami la suggestkan makan di Keropok Lekor Tiptop 962 ni. Kawan dia perkenalkan dulu dan kawan dia kata sedap keropok lekor cheesenya. So, betul-betul sedap ke? Ayuh! Ena kongsikan feedback sebenar daripada ena sendiri di bawah ini.


KEROPOK LEKOR TIPTOP 962
KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa
Suasana dan keadaan Keropok Lekor Tiptop 962
Keropok Lekor Tiptop 962 menyediakan menu keropok lekor yang menggunakan resepi original Terengganu dan diproses setiap hari bagi mengekalkan kesegaran keropok lekor tersebut. Tiada menu lain selain keropok lekor kat sini dan keropok lekornya di hidang pelbagai jenis antaranya seperti keropok lekor kebabom, leleh, tarik, goreng biasa dan rebus. Kedai makan ini terletak di Sungai Choh, Rawang yang berhampiran dengan traffic light simpang tiga untuk ke Serendah, Rawang dan Bukit Beruntung jika ikut jalan dalam. Apapun, memang kena ikut jalan dalam kalau hendak ke sana.


ALAMAT:
Keropok Lekor Tiptop 962
1, Simpang Sungai Choh,
48200 Rawang, Selangor
(Landmark: Berhampiran dengan Arked Sri Bengkulu dan juga Restoran Azra Grill)
(Waze: Keropok Lekor Tiptop 962 )

WAKTU OPERASI:
Waktu: 11.30am - 7pm
Hari: Isnin - Sabtu (Ahad tutup)

Di sana, anda boleh beli bungkus atau makan panas-panas di sana terus atau sekiranya anda ingin buat tempahan untuk majlis, parti serta kenduri, anda boleh hubungi pihak mereka juga. Nanti ena kongsikan nombor untuk hubungi pihak Keropok Lekor Tiptop 962. Masa ena datang memburu, ena memilih untuk makan kat sana terus sebab satu nak menikmati keropok lekornya panas-panas dan juga ketika itu perut memang tengah kelaparan. Oleh itu, berikut adalah menu yang ena dan Yazid pilih.


MENU PILIHAN ENA

Ena dan Yazid pilih dua jenis sahaja iaitu Keropok Lekor Kebabom dan Keropok Lekor Goreng biasa. Makan berdua, tak boleh nak pilih banyak-banyak. Takut tak habis satu hal, satu sebab lagi takut tak sedap. Sekali bila dah makan, menyesal oooo order dua jenis ni je. Ahaks. 

KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa
Keropok Lekor Tiptop 962 Kebabom

KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa
Keropok Lekor Tiptop 962 Goreng Biasa

KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa
Masa ena datang ni, ada air ini je dan owner kedai belanja kami. Terima kasih kak.


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keadaan kedainya santai-santai sahaja. Tak adalah macam restoran besar-besar kat luar sana tapi suasana kat situ sesuai sangat la nak layan keropok lekor pada waktu petang. Kedai kat kampung kan. Better macam ni ena rasa cuma kebersihan tu kena maintain bagi sedap mata memandang. 

SERVIS: Ena suka owner Keropok Lekor Tiptop 962 ni sebab kakak tu peramah betul dan kami tengah makan rasa tak bosan. Tersenyum sahaja. Peramah-peramah juga tapi tangan bergerak je kakak tu restok dan uli bahan-bahan keropok lekor. Oh ya, memang time tu juga dia akan buat keropok lekor tu sekiranya ada permintaan untuk keropok lekor frozen atau untuk makan panas-panas.

KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Kemudahan yang ada adalah meja untuk lepak la. Selain daripada itu tak ada. Nak parking kereta tu, pandai-pandai cari tapi tak mengapa, kawasan kampung. Tak ada polis jaga parking nak serbu. Ahaks.

MAKANAN: Keropok lekor kat sini memang sedap, rasa ikannya yang padu dan strukturnya lembut je. Tak liat dan tak gatal lelangit. Cuma sosnya la agak over manis bagi ena. Tak pastilah ramuan masa tu terlebih gula ke apa, namun masih boleh layannn. Antara dua jenis ena pilih masa ni, yang paling ena suka Keropok Lekor Kebabom sebab memang sedap, cheese tak kedekut dan tambahan pula, ena ni jenis suka cheese. Ahaks. Makan dua ketul dah kenyang tau, bukan sebab muak tau. Terbaiklahh. Tapi kena makan panas-panas la, baru mantoppp. 

KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Harga keropok lekor di sini berbaloi dengan kualiti keropok lekornya. Tak mahal mana pun dan ena dah tak kisah pasal harga sebab keropok lekor kat sini sedap. Lepas ni, boleh repeat makan kat sini lagi. Dekat je dengan rumah.


DETAILS KEROPOK LEKOR TIPTOP 962

Itu sahaja perkongsian kisah buruan ena kali ini. Ena sangat recommended anda untuk cuba try test keropok lekor kat sini. Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan Sungai Choh, Rawang dan ingin membuat tempahan untuk parti, makan besar, kenduri dan sebagainya lagi, anda boleh contact dengan pihak Keropok Lekor Tiptop 962. Di bawa ini ena share link official dan nombor untuk dihubungi.

KEROPOK LEKOR TIPTOP 962 - Hak Milik Ina Ainaa



INSTAGRAM:

CONTACT NUMBER:



You May Also Like

2 Comments

  1. Perghhh kopok lekor hipster namanya ni, siap ada cheesee ek...tapi sedapnyaa, terus rasa mengidamm wooooo...

    ReplyDelete