OPEN HOUSE RAYA 2019 BURGERLARI DI JAMIN HALAL

by - Thursday, July 04, 2019

OPEN HOUSE RAYA 2019 BURGERLARI DIJAMIN HALAL | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Apabila dapat pergi ke Open House Raya memang satu kenikmatan bagi ena sebab dapat makan makanan yang sedap-sedap dan yang pasti boleh makan sampai lebam. Itulah ena seorang pemburu makanan yang tegar.  Pantang dapat makan percuma ni. Ahaks. Ala siapa pun akan suka dan excited kann.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa

Baru-baru ini, Alhamdulillah, ena diberi peluang untuk menghadiri Open House Raya 2019 yang dianjurkan oleh Restoran Burgerlari sempena bulan Syawal yang indah ini. Open House Raya Burgerlari berlangsung di restorannya sendiri iaitu di Cheras Leisure Mall. Pada hari yang sama juga, sukacitanya Burgerlari sudah mendapat sijil HALAL dari JAKIM.


BURGERLARI CHERAS LEISURE MALL

Nama Restoran Burgerlari ini diilhamkan oleh idea anak-anak kepada pengarang restoran ini sendiri iaitu Justine Leon yang berkonsepkan makanan segera yang mudah dibeli dan pelanggan dapat menikmati makanan yang mengenyangkan dengan pantas. Oleh sebab itu, nama restoran ini diberi nama "Burgerlari" di mana Beli Burger dan Lari, mudah dan pantas.

Burgerlari sudah beroperasi sejak 20 / 2 / 2019 lagi dan pada 18 / 6 / 2019, seperti yang ena sudah nyatakan di atas, restoran ini telah menerima sijil Halal daripada pihak JAKIM ketika Open House Raya 2019 Burgerlari diadakan. Penyerahan sijil Halal dilaksanakan di hadapan kami semua dan membuktikan kesemua bahan-bahan yang digunakan telah dijamin halal, selamat dan bersih untuk dijamah oleh semua pelanggan yang hadir.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Penyerahan Sijil Halal kepada owner Burgerlari daripada pihak JAKIM sendiri

ALAMAT:
Restoran Burgerlari
L1-65, Cheras Leisure Mall,
Jalan Manis 6, Taman Segar,
56100 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Setiap Hari
Masa: 10am-10pm



MENU BURGERLARI

Kesemua burger yang dijual di Restoran Burgerlari bukanlah sebarangan burger dari segi kualiti dan kuantitinya yang sangat menekan citarasa tempatan yang diolah dengan baik supaya menjadi salah satu burger yang digilai dan digemari oleh orang ramai. Keistimewaan burger di sini adalah roti burger yang digunakan adalah roti arang yang berwarna hitam dan juga strukturnya yang lembut dan mampu kekal segar dengan lebih lama. 

Ini merupakan kali pertama ena merasai burger di Burgerlari. Masa datang Open House Raya 2019 Burgerlari tempoh hari, alang-alang tu ena nak share sedikit komen mengenai tempat ini. Namun sebelum itu, ena nak share dengan anda menu burger yang available di Restoran Burgerlari.

Berikut adalah menu Burgerlari yang halal dan bersih untuk kita semua makan.


BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Hainanese Chicken Chop

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Rendang

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Butter Chicken

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Chicken Rice 

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Satay

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Nasi Lemak



FEEBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keluasan kawasan Restoran Burgerlari ini tidak la sebesar mana malah tidak juga sekecil mana. Cukup memberi ruang yang selesa untuk para pelanggan menjamah burger di sini. Susun atur kedai pun kemas, simple tetapi nampak modern di situ. 

SERVIS: Mengenai servis ena tak mahu cakap lebih sangat sebab masa ena datang memburu makanan di Burgerlari pada waktu Open House. Oleh itu, makanan yang disediakan pun secara buffet dan pastinya kena layan diri sendiri. Walaubagaimana pun, para pelayan akan sentiasa pastikan makanan mencukupi dan sentiasa penuh dalam dulang makanan.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Open House Raya 2019 Burgelari Di Jamin Halal

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Open House Raya 2019 Burgelari Di Jamin Halal


KEMUDAHAN: Restoran Burgerlari ini terletak di dalam Shopping Mall. Anda boleh menggunakan ke semua kemudahan yang ada di mall tersebut antaranya seperti tandas, surau, parking dan kaunter pertanyaan.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari di jamin Halal dan bersih untuk dimakan

MAKANAN: Ena suka dengan struktur roti burger arang Burgerlari ni sebab lembut je. Kebanyakkan ena jumpa roti burger arang ni agak keras dan bila makan akan rasa berderai tetapi memang berbeza dengan roti burger arang Burgerlari. Puas hati makan burger kat sini. Dalam banyak-banyak jenis burger di Burgerlari, ada beberapa yang ena paling suka iaitu Burger Hainanese Chicken Chop dan Burger Ayam Mentega. Anda patut mencubanya sendiri, sebab setiap orang berbeza kesukaannya dan boleh share yang mana set Burgerlari yang anda paling gemari. 

HARGA: Di Burgerlari anda boleh pilih burger secara ala carte atau pun set. Bagi ena, sangat berbaloi dengan harga kalau beli secara set sebab dapat kentang dan air. Kalau beli secara ala carte, beza berapa Ringgit Malaysia sahaja. Sekiranya anda tak minat kentangnya, anda boleh kongsi dengan rakan atau family anda. Apapun, semua pilihan terletak di tangan anda.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Kaunter di Restoran Burgerlari


DETAILS RESTORAN BURGERLARI 

Kepada anda penggemar makan burger dan ingin makanan anda siap dengan pantas serta panas, anda boleh cuba try test burger di Restoran Burgerlari. Gerenti puas hati. Tambahan pula, Burgerlari pun sudah di jamin. Anda boleh dapatkan info lebih lanjut di laman social rasmi Burgerlari. Ena sediakan link untuk ke sana di bawah ini. Anda hanya perlu klik sahaja.

Itu sahaja perkongsian kisah buruan makanan ena kali ini. Jangan lupa untuk share berita gembira ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Foodie blogger di Restoran Burgerlari














You May Also Like

2 Comments

  1. unik betul nama burgerlari dia tu,,boleh try ni nanti untuk food hunting, heheee

    ReplyDelete