KUKU DUCKBILL MENYEDIAKAN BARANG KEPERLUAN BABY YANG COMEL

by - Sunday, July 14, 2019

KUKU DUCKBILL MENYEDIAKAN BARANG KEPERLUAN BABY YANG COMEL |  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Penyediaan barang keperluan baby adalah sangat penting dan yang dicari-cari oleh semua ibu bapa seperti botol air, bekas simpan makanan, bantal, baju dan pelbagai lagi. Ena pun sudah sampai masanya untuk memikirkan semua itu sebab inshaAllah tak lama lagi, ena pun bakal menjadi seorang ibu. Kebetulan baru-baru ni ada Open House Raya 2019 yang dianjurkan oleh KuKu Duckbill Malaysia dan Butik Tateh, lepas ni ena dah tahu tempat nak memborong barang keperluan baby.

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

Barang keperluan baby bukan sahaja perlu diambil berat dari segi rupa parasnya sahaja, malah hal keselamatan dan kualiti barang tersebut turut ditekankan oleh para ibu bapa ketika memilih barang keperluan baby. Yela, ibu bapa mana yang nak berbahayakan anak sendiri, anak itu anugerah. Oleh itu, KuKu Duckbill merupakan salah satu produk yang terjamin pembuatannya dan kualitinya untuk kegunaan baby masing-masing. Ketika di Open House Raya 2019 KuKu Duckbill Malaysia di Ampang Glasshouse, pihak mereka turut membuat perlancaran 8 jenis produk yang baru yang memudahkan penggunaan seharian ibu bapa dan juga kualitinya pun bukan dari calang-calang cara pembuatannya.


KUKU DUCKBILL MALAYSIA

Sebelum ena tunjukkan 8 barang terbaru daripada KuKu Duckbill, mari ena nak kongsi dengan anda serba sedikit mengenai jenama barang keperluan baby yang comel ni. Jenama KuKu Duckbill ni sudah menapak di pasaran selama 40 tahun dan diasaskan oleh pengurus besar Jini Baby, Guan Linli yang berasal daripada Taiwan semasa beliau dalam perjalanan perniagaan ke Australia. Untuk pengetahuan anda lagi, produk KuKu Duckbill setakat ini sudah mencecah 1200 jenis barang keperluan baby yang comel dan sesuai mengikut pengembangan umur baby anda.

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
CEO Butik Tateh Malaysia

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Director of KUKU Duckbill yang datang dari Taiwan.

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Barang keperluan pakaian dan tidur baby dari KuKu DuckBill

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Barang keperluan susuan baby dari KuKu Duckbill

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Barang keperluan untuk makan baby dari KuKu Duckbill

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Barang keperluan mandian baby dari KuKu Duckbill

Pasaran KuKu Duckbill turut mengembangkan sayapnya ke negera lain seperti China, Hong Kong, Jepun, Korea, Indonesia, Malaysia, Filipina, Jerman dan lain-lain lagi. Di Malaysia, anda boleh dapatkan barangan keperluan baby jenama KuKu Duckbill di Butik Tateh yang berdekatan dengan anda. Butik Tateh mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia dan butik ini juga sangat sesuai untuk menempatkan memasarkan barang keperluan baby KuKu Duckbill kerana terdapat kepelbagaian pembeli yang datang ke Butik Tateh.

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Open House Raya 2019 KuKu Duckbill Malaysia dan Butik Tateh Malaysia di Ampang Glasshouse.

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Bersama dengan Ainan Tasneem  dan kak Yaya Natsumi

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Bersama dengan pelakon kak Anita Baharom, pelakon Dunia Baru dulu-dulu ni.

KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa




PELANCARAN PRODUK BARU KUKU DUCKBILL MALAYSIA

KuKu Duckbill sangat mengambil berat tentang perkembangan dan pembangunan produknya dan pihak mereka banyak menghabiskan masa melakukan penyelidikan tentang keperluan pengguna di negara kita, kaedah ibu bapa dan apa yang sesuai mengikut budaya negara kita apabila membesarkan anak-anak kecil. Baru-baru ini KuKu Duckbill mengadakan majlis pelancaran 8 lagi produk baru mereka di Ampang Glasshouse Malaysia. Ena pun turut hadir ke majlis tersebut untuk melihat sendiri produk terbaru KuKu Duckbill. 

Berikut adalah 8 produk terbaru KuKu Duckbill dan kelebihan yang ada pada setiap produk. Ena yakin ibu bapa di luar sana mesti rasa bertambah yakin untuk menggunakan barang keperluan baby daripada jenama KuKu Duckbill. Kesemua produk ini anda boleh dapatkan di mana-mana Butik Tateh di seluruh Malaysia.


1) PPSU Standard Feeding Bottle 240ml

Kelebihan:-

- PPSU atau nama panjangnya Polyphenylene Sulfone tidak mempunyai sebarang bahan kimia
  berbahaya seperti Bisphenol A, dan selamat untuk kegunaan baby anda.
- Ketahanan suhu sehingga 200 darjah Celsius (392 Fahrenheit)
- Strukturnya kombinasi antara gelas dan plastik. BPA-free dan ringan.
- Puting susu diperbuat daripada bahan soft good-grade liquid silicone yang tidak berbau, tiada  
  warna atau tidak meninggalkan kekotoran.


2) Milk Powder Container


Kelebihan:-

- Mempunya laluan / lubang untuk memudahkan susu tepung dikeluarkan dengan senang dan juga 
  mudah dibersihakan.
- Boleh digunakan untuk simpan makanan baby dan boleh diletak dalam peti sejuk.
- Penutup Milk Powder Container boleh digunakan sebagai lapik dan sekali gus menjadi penstabil 
  bekas susu tepung ni. Ibu bapa tak perlu sediakan bekas yang lain lagi.


3) Pacifier Bandana Bib


Kelebihan:- 

- Membantu menahan dan menyerap air liur baby anda dari mengotori baju baby anda.
- Boleh ubah suai keluasan tengkuk mengikut keselesaan dan saiz baby anda.
- Mempunyai pemegang pacifier baby yang dapat mencegah puting palsu tersebut jatuh atau hilang.


4)Take-apart Food Scissors



Kelebihan:-

- Mempunyai penutup pada pemotong gunting bagi mengelakkan terkena habuk atau kekotoran.
- Besi yang digunakan adalah stainless steel di mana susah untuk berkarat
- Single blades direka bentuk khas untuk menghiris dan mengupas.


5) The Dream of You Glass Wide-Nick Feeding Bottle - 240ml

Kelebihan:-

- Kuat dengan sebarang bahan kimia yang mudah terhakis
- Selamat digunakan dan tahan menampung suhu membeku hingga ke suhu takat didih air.
- Ketahanan suhu hingga 600 darjah Celsius
- Puting susu direka khas seperti puting semulajadi dan anti-colic di mana membantu baby anda
  kurang menyedut angin ketika menyusu.
- Corak di luar botol bukan mengunakan ink yang mudah luntur dan tidak berbahaya.


6) Swaddle & Sleeping Bag

Kelebihan:-



- Reka bentuk zip dicipta istimewa supaya tidak melukakan kulit baby.
- Di bahagian tangan ada butang di mana boleh mengeluarkan tangan baby untuk keselesaannya.
- Ada zip dua hala dan memudahkan ibu bapa untuk menukar pampers baby masing-masing.
- Memberikan keselesaan yang berkualiti kepada baby anda ketika tidur mahupun sedang berjaga
- Di bahagian kaki, bentuk dan saiz bentuk bendung ini lebih luas supaya baby anda bebas untuk
  bergerak.


7) Magic Disposable Breast Pads

Kelebihan:-

- Khas untuk kegunaan ibu yang menyusu di mana mampu menyerap susu badan yang terkeluar
  hingga 150ml dan dapat menyelamatkan susu tersebut terkena pada baju.
- Nipis dan ringan, tidak nampak ketara sekira ibu memakainya ketika di luar rumah.
- Bentuk yang sangat sesuai dengan bentuk payudara ibu yang menyusu.
- Tidak mudah terlucut dengan adanya pelekat untuk melekat pada pakaian dalam ibu
- Mudah juga untuk membuang pads tersebut.


8) Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 months and Above

Kelebihan:-

- Bentuk baby pacifier ini direka khas mengikut perkembangan tumbesaran mulut baby dan
  mencegah daripada baby menjadi jongan.
- Kekuatan puting palsu ini turut mengikut European Safety Standard di mana tahan daripada mudah
  terkoyak dan boleh diguna dalam jangka masa yang lama.
- Bebas daripada bau, rasa, Phthalate (Boleh Google untuk ketahui lebih lanjut) dan Bisphenol-A
  (BPA)
- Mudah untuk dicuci dan dapat menghindarkan dari pembiakan bakteria berbahaya di celah-celah
  puting palsu ini.

Ena dapat bekas letak minuman panas daripada KuKu Duckbill



DETAILS KUKU DUCKBILL DAN BUTIK TATEH

Keterangan di atas adalah 8 produk terbaru daripada KuKu Duckbill dan apabila melihat kelebihan kualiti serta rekabentuknya membuatkan ena sanga tertarik untuk membeli belah barang keperluan baby daripada jenama ini. Bukan comel sahaja malah sangat selamat dan memudahkan para ibu untuk menggunakannya pada baby masing-masing. Oleh itu, jom beli barang keperluan baby yang comel KuKu Duckbill di Butik Tateh berdekatan sekarang. 

Sekiranya anda ingin ketahu produk KuKu Duckbill yang lain, anda boleh direct lihat pada laman social rasmi jenama ini. Macam biasa, di bawah ini ena share link untuk memudahkan ke sana. Itu sahaja bebelan ena setakat ini dan jangan lupa share berita baik ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda ya. Terima kasih.


KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

KUKU DUCKBILL MALAYSIA

FACEBOOK:

INSTAGRAM:


KUKU DUCKBILL MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

BUTIK TATEH MALAYSIA

FACEBOOK:

INSTAGRAM:


You May Also Like

3 Comments

  1. Sis doakan semoga dipermudahkan urusan ena nnti. Sis pon baru 1st trimester. Nanti boleh la cuci mata tengok produk ni.

    ReplyDelete
  2. geram tengok barang2 baby ni, comel2 semuanya 😍 lagi tak sabar nak tengok baby ena nanti 🙆🏻‍♀️

    ReplyDelete
  3. Wah byk pilihan, rambang mata nak pilih.

    ReplyDelete