KASUT MAYSAA IJMAL BERI KESELESAAN IBU MENGANDUNG

by - Tuesday, July 23, 2019

KASUT MAYSAA IJMAL BERI KESELESAAN IBU MENGANDUNGAssalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena sejak azali lagi seorang yang suka berjalan sana sini, tengok dunia luar. Walaupun tengah mengandung pun, mood ena nak berjalan makan angin tu makin menjadi-jadi. Tapi bila dah makin banyak minggu ni, makin cepat penat. Namun, itu bukan jadi penghalang untuk diri ena. Cuma ena perlukan kasut yang sesuai, selesa dan selamat untuk dipakai ketika keluar berjalan dan sebab itu ena pilih kasut Maysaa Ijmal Malaysia ni. 

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa

Ena jumpa laman sesawang Ijmal Malaysia ni pun daripada hasil perkongsian kawan-kawan ena dan mereka kata kasut Ijmal Malaysia memang selesa pakai. Apa lagi, ena usya laman sesawang Ijmal Malaysia ni dan terjatuh hati dengan kasut Maysaa Ijmal sebab dah lama ena suka design kasut sebegitu. Malah, bila baca kelebihan kasut Maysaa Ijmal dan kelebihan kalau beli kasut di laman sesawang Ijmal Malaysia, terus ena dapatkan sepasang kasut Maysaa Ijmal. Ena ni jenis tak pentingkan sangat fesyen terkini ke apa, janji kasut tu selesa, kemas, selamat dan tak melecet kalau pakai dalam keadaan yang lama. Anda nak tahu kenapa kasut Maysaa Ijmal ini berjaya menambat hati ena? Ayuh! Ena share dengan anda kelebihan yang ada pada kasut Maysaa Ijmal ni.


KASUT MAYSAA IJMAL MALAYSIA

Ijmal Malaysia adalah tempat jualan kasut-kasut wanita secara online dan boleh membuat penghantaran di dalam Malaysia termasuk Sabah Sarawak serta luar negara. Ena ada berkenan dengan satu kasut Ijmal ni tapi kena preorder pula sebab stok dah habis. Fuhhh! Ramai yang suka dengan kasut daripada jenama Ijmal Malaysia ni, oleh itu kena cepat-cepat beli sementara masih ada stok. Kali ini, ena pilih Maysaa Ijmal warna hitam dulu sebab sesuai dengan semua baju. Nanti-nanti nak beli yang lain pula, tunggu la lepas bersalin nanti. 

Ena sarankan anda yang sedang mengandung dan inginkan kasut yang selesa untuk diri anda, pilihlah kasut Maysaa Ijmal sebab anda bakal dapat kelebihan seperti ena dapat sekarang. Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang ada pada kasut Maysaa Ijmal Malaysia.

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa

1) Kasut Maysaa Ijmal ini lebih tahan lama dan tidak mudah terkoyak sekiranya pakai dalam keadaan yang lama. Hal ini kerana bahagian badan kasut dan tapak bukan dilekat dengan gam semata-mata, tetapi dijahit bersama supaya strukturnya lebih kukuh.

2) Bahagian lapik di dalam kasut Maysaa Ijmal menggunakan teknologi Ortholite di mana pihak Ijmal memastikan tekanan diberikan sama rata pada keseluruhan tapak kaki si pemakai. Oleh itu, kasut ini sangat sesuai untuk di pakai para ibu mengandung kerana anda tidak mudah rasa lenguh dan sengal-sengal di bahagian tapak kaki sekira berjalan atau berdiri dalam masa yang lama. 

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa

3) Tapak kasut Maysaa Ijmal ini memang sangat fleksibel. Anda boleh lentur sendiri kasut Ijmal anda. Ena dah cuba dah, memang lembut seperti dalam gambar. Patutlah selesa pakai, kaki tak rasa keras bila berjalan atas permukaan yang keras.

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa

4) Bentuk dan kualiti badan kasut Maysaa Ijmal yang direka khas untuk mereka yang ingin travel jauh dan berjalan dalam keadaan yang lama tanpa memberi kecederaan pada kulit kaki dan juga otot kaki. Ena sendiri dah pakai dan memang sangat selesa. Wa tak tipu sama luuuu. Hiks.

5) Harga asal Maysaa Ijmal ni RM259 tetapi sekarang tengah ada promosi dan harga sekarang RM179 sahaja. Yuran penghantaran pihak mereka tanggung sendiri di mana anda tidak perlu bayar postage, baik Semenanjung Malaysia atau Sabah Sarawak. Fuhhh! Rugi kalau tak grab sekarang sementara stok masih ada. 

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa
Guna code INA20IJMAL untuk dapatkan potongan harga kasut Maysaa Ijmal sebanyak RM20. Valid hingga 31/7/2019

6) Setiap pembelian kasut di Ijmal Malaysia, anda akan dapat warranty selama setahun. Sekiranya ada sebarang kerosakan pada kasut Ijmal yang anda terima, anda boleh pulangkan semula dan menukarnya dengan yang baru.

7) Anda juga boleh buat penukaran saiz sekiranya saiz yang anda terima tidak padan dengan saiz kaki anda. Oleh itu, anda tak perlu risau kalau saiz yang diterima tidak memuaskan hati anda. Pihak Ijmal Malaysia akan memberi layan yang baik dan cepat kepada anda.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena sangat galakkan mereka yang suka melancong, suka berjalan, ibu-ibu mengandung untuk dapatkan kasut Maysaa Ijmal Malaysia. Tak perlu beli yang harga terlampau mahal dah, beli kasut Ijmal Malaysia dah memadai dan berbaloi sangat. Ena pun rasa tak menyesal memiliki sepasang kasut Maysaa Ijmal kerana banyak kelebihan yang ena dapat. Kaki ena tidak terasa sakit bila berjalan jauh atau berdiri lama sangat. Kasut Maysaa Ijmal memang berikan keselesaan pada ena yang sedang mengandung ni. 

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa

KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa

Tambahan pula, kulit kaki ena ni jenis mudah melecet sekiranya kasut tu baru sahaja ena pakai, lagi-lagi kalau kasut tu keras atau kasar sangat. Tetapi dengan kasut Maysaa Ijmal ni, tak pernah lagi  kaki ena jadi melecet malah lebih sedap bila memakainya. Alhamdulillah, kasut Maysaa Ijmal adalah salah satu jenama kegemaran ena sekarang. Ena nak beli lagi kasut Ijmal yang lain, tunggu design yang baru pula. 


DETAILS IJMAL MALAYSIA

Ena dah memiliki dan mencuba sendiri kasut Maysaa Ijmal Malaysia, anda bila lagi? Jika anda mahu beli kasut secara online, pilihlah Ijmal Malaysia. Dibawah ini ena sharekan link untuk anda ketahui info terkini atau untuk ketahui kasut terbaru Ijmal Malaysia pada masa akan datang. Itu sahaja perkongsian daripada ena, semoga dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang mengandung di luar sana untuk mencari kasut yang sesuai, selesa dan selamat untuk dipakai.


KASUT MAYSAA IJMAL - Hak Milik Ina Ainaa
Ena nak bagi code diskaun (INA20IJMAL) untuk dapatkan potongan harga kasut Maysaa Ijmal sebanyak RM20. Valid sampai 31/7/2019


WEBSITE:

FACEBOOK:


INSTAGRAM:



You May Also Like

0 Comments