PERCUMA UKIR NAMA SENDIRI SETIAP PEMBELIAN JOVI LEATHER PURSE

by - Tuesday, July 16, 2019

PERCUMA UKIR NAMA SENDIRI SETIAP PEMBELIAN JOVI LEATHER PURSE  | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa antara pembaca ena gemar kumpul purse dari pelbagai jenis dan warna? Kalau ada, boleh dah geng dengan ena. Hiks. Oleh itu, ena nak kongsikan satu purse ni yang memang berbaloi untuk anda beli di mana memang 100% menggunakan kulit lembu dan anda juga boleh ukir nama sendiri setiap pembelian purse dari jenama JOVI Leather. Nanti ena terangkan lebih lanjut kelebihan purse ni.


JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa

Masa ena zaman selekeh dulu ni memang tak gemar nak beli purse ni. Susah betul nak beli, beli satu pakai sampai koyak baru beli yang lain. Namun, sejak dah umur bertambah ni, mood wanita tu terserlah sangat. Ena mula jadi gemar nak kumpul handbag, purse, kasut, baju dan tudung. Sejak jumpa JOVI Leather purse ni, terus ena grab satu dan ena pilih yang Elise Edition warna hijau. Warna yang lain dah ada dalam koleksi ena dan juga sudah selalu menjadi pilihan warna sekiranya ingin beli purse baru. Alang-alang hijau tak pernah menjadi pilihan ena, so apa salahnya kali ini ena gayakan JOVI Leather Elise Purse yang warna hijau pula. 


JOVI LEATHER PURSE

JOVI Leather adalah laman sesawang untuk anda membeli belah purse, wallet, handbag dan perhiasan handbag secara online. Ena pun turut terjebat beli purse dan tag di website ini tapi kali ini ena pilih Elise Purse dan Dhea Tag. Kenapa ena pilih Elise Purse dari JOVI Leather? Mari ena share kelebihan purse dari Elise Edition ini. Ayuh!

1) Dijamin 100% diperbuat daripada kulit lembut yang menyebabkan purse Elise ini lebih tahan lama dan berkualiti tinggi. Tidak perlu berbelanja dengan harga yang mahal untuk dapatkan purse kulit kerana dengan harga yang murah, anda mampu memiliki purse Elise JOVI Leather ini. Sekarang pun tengah sales, apa lagi, rebut peluang keemasan ini. 

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa
Elise JOVI Leather sekarang tengah ada promosi.

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa
Begitu juga DHEA Tag JOVI Leather. Kat Tag ni pun anda boleh letak nama anda

2) Salah satu yang membuatkan ena teruja adalah purse Elise JOVI Leather ini mempunyai RFID Anti-Theft di mana melindui diri anda daripada penyeluk saku yang paling ditakuti oleh orang ramai. Terutama kaum wanita yang sering bersendirian di luar sana.

3) Yang menampakkan purse Elise JOVI Leather ini lebih mahal dan bergaya adalah disebabkan zip, jenama, senang cerita perhiasan pada purse ini seakan-akan emas yang berkilat. Sebab itu ena tidak menyesal pilih Elise JOVI Leather purse ini. Puas hati.

4) Struktur dan saiz purse Elise JOVI memudahkan para wanita untuk menyimpan kad yang banyak dan juga telefon pintar masing-masing. Hal ini kerana purse Elise Edition ini mempunyai 18 slots kad, mobile slots dan juga ruang tempat letak duit yang banyak.

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa
Ena pergi mana-mana bawa Elise JOVI Leather ni je. Letak smart ena sekali kat dalam. Muat.

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa
Elise JOVI Leather emiliki 18 slots untuk letak kad anda. 

5) Packaging yang merupakan sebuah kotak yang sangat exclusive, selamat, cantik dan kemas yang bakal anda dapat untuk setiap pembelian purse Elise JOVI Leather ini. Ena pun turut teruja bila dapat purse ini di tangan ena. Seolah-olah seseorang memberi hadiah purse kepada ena dari jauh... Gittew. Ahaks. Haaaa! Kalau anda nak hadiahkan seseorang purse ini, sangat la digalakkan. Tak perlu nak beli bekas apa semua lagi. Kad ucapan pun turut diberi sekali. Nice kannn!

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa
Setiap pembelian akan dapat box exclusive dari JOVI Leather

6) Setiap pembelian purse Elise JOVI Leather ini, anda dapat 369 hari warranty. Sekiranya ada masalah dengan zip ke, baru dapat dah ada yang dah terkoyak, tercabut ke, anda boleh contact semula dengan pihak JOVI Leather dan mereka akan gantikan yang baru. Serius best shopping purse dekat laman web ini.

7) Anda juga boleh ukir nama sendiri setiap pembelian purse Elise JOVI Leather ini secara percuma. Terpulang pada anda nak letak nama macam mana sekali pun yang penting percuma dan secara tak langsung purse tersebut seolah-olah menjadi hak mutlak anda selamanya. Yela, dah terpahat nama anda di purse tersebut. Jarang nak jumpa purse yang boleh ukir nama sendiri ni.

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa

8) Lagi best, proses penghantaran pun percuma selagi anda berada di dalam Malaysia. Sabah dan Sarawak pun, proses penghantaran mereka tanggung sendiri. Jimat sangat dah kat situ. Sebab itu berbaloi sangat anda beli purse atau wallet atau handbag di laman sesawang JOVI Leather ni.


FEEDBACK DARIPADA ENA 

Secara overall, ena sangat puas hati dengan kualiti yang ada pada Elise JOVI Leather Purse ini sebab dengan harga yang berpatutan sebegitu, ena boleh dapat purse yang exclusive dan kualitinya bukan calang-calang pembuatannya. Tambahan pula, ena suka sebab kita boleh letak nama kita secara percuma di setiap pembelian JOVI Leather purse. Lain daripada lain tau. Semua purse ena mana ada nama sendiri, yang ini je yang ada. Hiks. Lepas ni, ena nak repeat order lagi sekiranya ada design yang lain pula. Tak pun senang nak hadiahkan kat sesiapa, order je purse dari jenama ni dah.

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa

JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa
Tali pemegang Elise JOVI Leather purse anda boleh tukar dengan DHEA Tag. Cantik, blink blink gittew

DETAILS JOVI LEATHER

Hanya dengan harga yang murah, anda dapat kesemua kelebihan yang ada pada Elise JOVI Leather purse. Bukan senang nak dapat harga murah macam kat tempat lain tau. Ena sangat sarankan anda untuk dapatkan satu purse daripada JOVI Leather ni, bukan sebab cantik je, malah selamat nak pakai dengan adanya sisterm RFID Anti-Theft tu. 

Sekiranya anda inginkan purse daripada Elise Edition macam ena punya ini, anda boleh terus ke website atau laman social rasmi JOVI Leather ni. Macam biasa, dibawah ini ena share link-link untuk ke sana.


JOVI LEATHER PURSE - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:




You May Also Like

0 Comments