KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA BERSAMA PACIFIC WEST

by - Thursday, June 20, 2019

KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA BERSAMA PACIFIC WEST | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Ketika bulan Ramadhan yang lepas, ena berpeluang untuk berbuka puasa dengan suami ena di Restaurant Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. Alaaa, restoran yang dikenali berputar dan bergerak tu. Nanti anda boleh Google restoran ini untuk ketahui dengan lebih lagi. Sudah lama ena idamkan untuk jejak kaki di restoran ini dan alhamdulillah pada bulan puasa tahun 2019 ni, rezeki ena serta suami di mana kami berpeluang untuk berbuka puasa di Restaurant Atmosphere 360 dengan dihidangkan juadah berbuka yang mewah dan mewah yang khas menggunakan produk dari Pacific West. 


PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa


Walaupun kejadian ini sudah lepas, namun ena tetap hendak kongsikan dengan anda mengenai semua juadah berbuka yang telah dihidangkan kepada ena. Nama pun pemburu makanan, mana boleh tak kongsikan bersama pembaca blog ena. Ahaks. Tambahan pula, untuk pengetahuan anda semua sekarang ni ada satu kempen dari Pacific Wesr yang masih berlangsung dan kempen tersebut diberi nama Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya 2019. Sukacitanya, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik yang berharga RM40,000. Wow! Banyak tuuuu, best betul kalau ena dapat jadi pemenang utama. Hiks.


PRODUK PACIFIC WEST


PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
Antara produk frozen Pacific West yang ada dipasaran

Produk Pacific West ini adalah sejenis makanan laut yang difrozenkan dan boleh dimasak dengan segera. Lebih kurang macam nugget atau potato fries tula. Ena lebih gemar panggil makanan sebegini sebagai 'kudapan'. Tapi produk Pacific West ini menggunakan sumber laut yang fresh seperti ikan, udang dan sotong. Sekiranya anda sukakan kelainan dalam makanan atau gemar makan makanan laut, anda disarankan untuk cuba try test produk frozen Pacific West ni. 

Pacific West ini berasal dari negara Australia dan sudah ada di pasaran sejak tahun 1995 lagi. Setakat ini, produk ini telah mengembangkan sayapnya ke 20 negara yang lain termasuklah negara kita yang tercinta ini. Untuk pengetahuan anda, tahun 2019 ini, Pacific West telah berjaya memenangi special award untuk Convenience in Seafood Excellence Global 2019 yang dihakimi oleh Chef Professional dan Culinary Expert yang berasal dari Belgium, Perancis, Itali, Czeh Republik dan Hong Kong.


Ramai yang suka dan gemar beli produk Pacific West ini bukan kerana keenakkannya sahaja tetapi ianya mudah disediakan dan cepat untuk dimasak. Mengikut pengalaman ena, ena masak dalam masa yang sekejap dengan menggunakan api yang kecil sahaja dan ena dah boleh dihidangkan serta makan sambil tengok movie. Tak leceh pun. Dan boleh pilih juga untuk masak menggunakan kuali ataupun oven, malah tidak perlu di defroze kan terlebih dahulu. Keluarkan dari freezer, boleh terus masak.

Selain daripada goreng kosong sahaja, anda juga boleh ubah suai kesemua makanan frozen Pacific West ini menjadi makanan yang berat atau pencuci mulut dengan mengikut citarasa sendiri. Macam juadah yang ena berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang lepas, chef dari Restaurant Atmosphere 360 telah mengubahsuai makanan dari produk Pacific West ini menjadi satu juadah yang menarik untuk dimakan.

 Antaranya seperti berikut:-

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
AMUSE BOUCHE : Toast Salmon Nigiri, Salt and Pepper Squid dengan Mentai Aioli

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
APPETIZER : Popcorn Fish Satay dengan Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll dengan Breaded Torpedo Prawn dan Nuoc Cham

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
SOUP : Dusted Baby Squid dengan Creamy Prawns Bisque. Ini masakan yang paling ena suka. Sedap sangat.

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
MAIN COURSE : Cod Fish Fingers dengan Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns dan Tempura Natural Calamari Rings dihidangkan dengan Vegetables Bouquet dan Parslied Crushed Potato

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
DESSERT : Serawa Durian dengan Glutinous Rice

KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA

Semperna bulan Ramadhan hingga ke bulan Syawal pada tahun ini, pihak Pacific West telah melancarkan Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya dengan menggalakkan kita semua yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menyambut perayaan ini sambil kongsikan makanan yang menarik dan lazat. Menerusi kempen ini juga sekali gus dapat memupuk hubungan yang sihat antara sesama kita semua. Kempen ini sudah berlangsung sejak 15/4/2019 hingga 15/7/2019.

Sepanjang kempen ini berlangsung, anda juga boleh beli mana-mana produk makanan laut dari jenama Pacific West ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah Motosikal baru dalam satu resit sahaja. Bukan itu sahaja hadiah yang bakal diperolehi, ada banyak lagi yang bernilai RM40,000. Anda boleh rujuk pada poster  yang ena kongsikan di bawah ini dan di dalam poster tersebuttelah dinyatakan cara-cara untuk sertai kempen ini. Baca dengan teliti yaaa, jangan sampai tersalah steps.

Produk Pacific West ini anda boleh beli dan dapatkan di mana-mana Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan di tempat-tempat yang anda pernah terjumpa ada jual produk Pacific West ini.


Anda tidak perlu risau sebab kualiti produk Pacific West ini sebab kualitinya memang tiada tandingan dengan piawaian keselematan dan proses makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM! Tambahan lagi, kesemua produk makanan frozen ini sudah disahkan HALAL dan bersih untuk kita semua makan. Oleh  itu, beli la sebanyak yang mampu dan simpan di dalam freezer anda. Kalau lapar dan rasa nak makan kudapan, masak je makanan laut frozen Pacific West ini. Memang terbaik!


DETAILS PACIFIC WEST

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya, anda boleh layari websitenya sendiri atau hubungi pihak Pacific West. Di bawah ini ena share link dan nombor hotline mereka.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Maaf agak macam terlewat meng war-war kan berita ini tetapi tarikh tutup kempen ini masih belum tamat. Oleh itu, mari memborong produk makanan laut Pacific West sekarang dan join kempen ini. Raya masih belum habis, boleh jamu tetamu atau buat open house dengan menyediakan makanan daripada produk ini. Sambil-sambil tu, mana tahu boleh menang hadiah dari Pacific West.

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

CONTACT NUMBER:
1800 888 389

FACEBOOK:


You May Also Like

0 Comments