Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua peminat setia blog Ina Ainaa terutama bagi mereka warga penduduk Melaka. Ena ada nak share satu tempat yang menyediakan Buffet Ramadhan 2019 di kawasan negeri Melaka. Kepada mereka menetap atau berdekatan di Melaka boleh la baca entri ena yang ini mengenai Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka.
Ena sarankan berbuka di sini sebab suasananya ala-ala di istana gittew. Aspek yang paling penting adalah tempatnya selesa, banyak kemudahan yang ada di situ, hotel bertaraf 5 bintang dan yang bestnya harga buffetnya sangat berpatutan. Sebab itu ena nak kongsikan dengan anda semua mengenai Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka. Sekiranya anda sedang mencari tempat buffet Ramadhan yang diyakini dan berbaloi di sekitar Melaka, anda boleh pilih di hotel ini.
VILLA ISTANA MELAKA
Villa Istana Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka dan untuk pengetahuan anda juga, hotel ini pernah dijadikan lokasi set penggambaran
dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Sempena bulan Ramadhan 2019, Villa Istana Melaka menyediakan buffet Ramadhan 2019 yang menjaminkan sajian makanan
bertaraf 5 bintang, memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila anda
menikmati juadah berbuka puasa di sini.
ALAMAT:
Villa Istana Melaka
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1,
Taman Tasik Utama
Ayer Keroh,
Melaka
RAMADHAN'S PROMOTION:
10/5/2019 - 1/6/2019
RAMADHAN'S PROMOTION:
10/5/2019 - 1/6/2019
HARGA BUFFET RAMADHAN:
Dewasa: RM45 (Per Pax)
Kanak-Kanak: RM29.90 (Per Pax)
Kanak-Kanak: RM29.90 (Per Pax)
Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10/5/2019 hingga 1/6/2019. Pihak Villa Istana Melaka menggalakan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. Anda boleh buat tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga sebab ada disediakan dengan tawaran pakej yang
sangat menarik. Bagi yang hendak buat majlis korporat dikehendaki buat tempahan awal bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan
dengan lancar dan selesa.
MENU BUFFET RAMADHAN 2019 VILLA ISTANA MELAKA
Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan
moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.
Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak
Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang
dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan.
KEMUDAHAN DI VILLA ISTANA MELAKA
Kemudahan yang ada di Villa Istana Melaka ini antaranya adalah suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Dewan makan ini mampu memuatkan
500 tetamu dalam satu masa. Selain itu, anda boleh menggunakan kemudahaan wifi percuma yang disediakan di sini. Oleh sebab itu, Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi
tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak
yatim pada setiap tahun.
Tambahan pula, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas
awam yang bersih, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk. Anda dapat menunaikan solat Maghrib dan / atau Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa di sini.
Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan Islami
dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini. Di Villa Istana Melaka ini turut menyediakan bilik penginapan ekslusif untuk para musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.
DETAILS VILLA ISTANA MELAKA
Sekiranya anda ingin buat tempahan Buffet Ramadhan Villa Istana Melaka, anda boleh hubungi pihak mereka sendiri. Di bawah ni ena sertakan link untuk hubungi secara terus dengan mereka. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa ya.
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
NOMBOR HUBUNGI:
06 - 233 0205
017 - 340 8715
016 - 790 0804
010 - 794 0115
017 - 335 7466
0 Comments