TEMPAH TIKET FLIGHT MURAH KE PERTH DI TRAVELOKA

by - Friday, May 03, 2019

TEMPAH TIKET FLIGHT MURAH KE PERTH DI TRAVELOKA | Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua peminat setia blog Ina Ainaa. Tengah buat apa tu? Ada tak antara anda yang sedang merancang untuk ke Perth, Australia? Ena pun tengah ada masa terluang ni ada juga usha-usha negara ni dan serta harga tiket ke sana di laman sesawang Traveloka pada bahagian Books Flight To Perth. Ramai kata tiket flight ke Perth tengah murah sekarang kalau beli melalui Traveloka. Sebab itu ena tengah cuci mata di laman web Traveloka.

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa

Ena dengan suami ena, Yazid seorang yang kaki berjalan sejak zaman kami berkawan lagi. Nak ke Perth ni memang angan-angan ena sejak dulu lagi sebab salah satunya nak jumpa beruang Koala. Ahaks. I am animal lover. Geram tengok Koala ni. Ena nak sendiri ada pengalaman dukung Koala, kat Malaysia tak ada haiwan tu. Sobs. Lepas tu tengok kawan-kawan yang sudah selamat sampai ke sana, Ya Allah cantiknya pemandangan di Perth tu, bersih je tengok bandar serta taman kat sana. Banyak tempat-tempat yang best untuk kita lawati ke sana, alangkah seronoknya kalau ena dapat tengok dengan mata kasar ena sendiri. Oleh sebab itu ena cuba try test usya tiket flight ke Perth melalui website Traveloka.

Selain daripada itu, ena teringin juga nak pelajari budaya orang sana. Bagaimana mereka hidup seharian, apa yang mereka jual kat kedai-kedai, keadaan cuaca kat sana bagaimana, adakah seperti yang dibayangkan selama ni. Selalunya kalau kita jenis suka travel ni, kita akan jadi seorang yang senang terima dengan perbezaan budaya orang lain cuma jangan sampai terlupa terus asal usul diri dari mana. Itu sahaja. 


KELEBIHAN TEMPAH TIKET FLIGHT DI TRAVELOKA 

Ena nak bagitahu serba sedikit kelebihan yang anda akan dapat sekiranya anda pilih Traveloka untuk book tiket flight. Antaranya seperti berikut:-

1) Tiada charge yang tersembunyi dikenakan
2) Anda boleh buat monthly installment di Maybank
3) Boleh set price alert melalui Apps Traveloka.

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa
Apps Traveloka. Mudah dan Tersusun. Senang nak tempah tiket penerbangan atau hotel

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa
Sambil baring pun boleh cuci mata di website Traveloka

Sekarang ni, anda boleh download Apps Traveloka di telefon pintar masing-masing. Di Apps ini anda boleh lihat tempat-tempat yang anda ingin pergi malah anda boleh set alert harga promosi sekira tempat yang anda ingin pergi tu sedang buat promosi. Ini bermakna Traveloka akan hantar notification kepada anda terlebih dahulu sekiranya ada harga promosi pada sesuatu tempat tu. Contoh macam ena yang merancang untuk ke Perth tetapi belum ada harga promosi. Dengan itu, ena buat set alert untuk harga promosi ke Perth. Sekiranya bulan hadapan ada harga promosi, ena akan dapat notification terlebih dahulu daripada Apps Traveloka. Mudahkannn? Dengan adanya notifikasi sebegini, anda tidak terlepas peluang untuk menikmati harga tiket flight murah ke destinasi yang anda idamkan selama ini.

Pada bahagian Books Flight To Perth di Traveloka ada pelbagai pilihan Syarikat Penerbangan yang anda boleh pilih mengikut bajet dan citarasa masing-masing. Namun, ena nampak satu Syarikat Penerbangan yang sesuai dengan anda yang ingin bajet yang berbaloi, selesa dan selamat. Anda boleh pergi ke Cheap Cathay Pacific Flights sahaja. Ena semak penerbangan untuk bulan 12 nanti, macam okay je harganya. Boleh la nak booked sekarang, sebelum terlambat. Tapi ena kena bincang semula dengan suami sebab waktu tu dah 'bertiga' dah, InshaAllah. Heeeeee.

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa
Pelbagai jenis syarikat penerbangan yang ada di Traveloka

DETAILS TRAVELOKA MALAYSIA

Oleh itu, bagi anda yang ingin pergi honeymoon ke Perth ataupun ada perancangan dengan kawan-kawan, boleh la usya ke laman sesawang Traveloka. Sekali gus boleh kira bajet masing-masing. Di bawah ini ena ada share link untuk terus hubungi pihak Traveloka.


TRAVELOKA

BOOKS FLIGHT TO PERTH

INSTAGRAM




You May Also Like

0 Comments