KEPELBAGAIAN JUADAH BERBUKA PUASA 2019 THE VENUE SHAH ALAM

by - Tuesday, May 14, 2019

KEPELBAGAIAN JUADAH BERBUKA PUASA DI THE VENUE SHAH ALAM | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Semperna bulan Ramadhan Al-Mubarak 2019 ini, ena sebagai pemburu makanan ingin kongsikan tempat berbuka yang menyediakan buffet Ramadhan 2019 di beberapa tempat yang ena sendiri sudah rasai makanannya. Pada perkongsian kali ini ena nak share hasil buruan ena di The Venue Shah Alam, Seksyen 15 Shah Alam. Bagi anda yang sedang mencari tempat yang cantik, selesa dan memiliki juadah berbuka puasa yang kepelbagaian, anda boleh baca perkongsian ena ni. Mana tahu, sesuai dengan citarasa anda.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

Sedikit sebanyak informasi untuk anda iaitu The Venue Shah Alam ini merupakan Event Space yang agak terkenal di sekitar Shah Alam di mana anda boleh tempah dewan ini untuk majlis kahwin, nikah, pelancaran produk, seminar dan pelbagai lagi. Bangunan The Venue Shah Alam ini mempunyai 3 tingkat dan mempunyai 2 dewan yang berkonsepkan ballroom hotel. Buffet Ramadhan 2019 The Venue Shah Alam yang ena pergi ni menggunakan dewan Grand Ballroom di tingkat 1. Memang besar dan cantik sangat dewan Grand Ballroom ni.


BUFFET RAMADHAN THE VENUE SHAH ALAM

Buffet Ramadhan 2019 di The Venue Shah Alam bertemakan Colours of Ramadhan yang melambangkan kepelbagaian budaya dan bangsa. Juadah berbuka puasa di sini pada tahun ini berlainan dengan tahun-tahun lepas di mana semua makanannya dari masakan Melayu, Cina dan India. Bestkannn. Anda dapat berbuka puasa dengan hati yang gembira dan perut pun jemu sebab dapat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap.

Lokasi The Venue Shah Alam terletak di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor seperti yang ena sudah nyatakan di atas. Anda boleh menggunakan kemudahan Waze atau Google Map untuk ke sini dengan hanya buat pencarian nama tempat buffet Ramadhan ini. Ena datang ke tempat ini pun dengan bantuan waze juga. InshaAllah, jangan risau tak akan sesat. Sekiranya anda ingin alamat penuh tempat ini, berikut adalah alamat penuh dan harga buffet Ramdhan 2019 The Venue Shah Alam.

THE VENUE SHAH ALAM - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor

HARGA BUFFET RAMADHAN:
Dewasa: RM55 (Per Pax)
Kanak-Kanak (7-12 Tahun): RM30 (Per Pax)
Satu Meja: RM500 (10 pax Dewasa)


Untuk pengetahuan anda, juadah berbuka puasa di The Venue Shah Alam akan berubah-ubah pada setiap hari. Oleh itu, tetamu yang datang berbuka puasa di sini dapat merasai masakan yang berbeza-beza  setiap kali datang ke The Venue Shah Alam. Dengan cara ini, para tetamu turut tidak akan berasa bosan dengan kepelbagaian juadah berbuka puasa yang disediakan. Mari ena tunjukkan juadah berbuka puasa di sini dan Alhamdulillah hampir kesemua makanan ena dah rasa sendiri.

Tambahan informasi untuk anda, semperna ulangtahun yang ke 3 The Venue Shah Alam, pihak mereka menawarkan promosi Rebat RM1000 dan PERCUMA Kambing Golek untuk anda yang mengambil mana-mana pakej perkahwinan mereka. Wow!!! Bestnyaaa! Apa lagi, buat tempahan sekarang sebab kaunter tempat 2019 dan 2020 sudah pun di buka.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

Selain daripada itu, untuk Hari Raya Aidilfitri 2019 nanti, anda juga boleh buat tempahan Buffet Hari Raya di The Venue Shah Alam. Harga serendah RM60 / pax untuk minimun 100 orang. Sekiranya anda ingin buat sebarang open house atau event raya, pilih la The Venie Shah Alam dan buat tempahan sekarang.


MENU BUFFET RAMADHAN 2019 THE VENUE SHAH ALAM

Kemeriahan Ramadhan 2019 kali ini adalah The Venue Shah Alam menyediakan 13 stall makanan yang menempatkan kepelbagaian juadah berbuka puasa. Ketika ena datang ke sini, makanan memang banyak dan suami ena pun kata makanan kat sini tak jemu. Macam-macam para tetamu boleh makan. Nak tahu juadah apa yang ena diberi peluang untuk jamah hari tu di The Venue Shah Alam, jommm tengok gambar-gambar kat bawah ini. Jangan sampai air liur melelh ketika berpuasa ya. Hiks.


MAKANAN

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


KUIH TRADISIONAL

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


MINUMAN

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa



PEMBUKA SELERA

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


FEEBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kawasan dewan Grand Ballroom The Venue Shah Alam sangat luas yang mampu menyumbat 2500 orang untuk majlis buffet dan 530 untuk majlis seated, dekorasi dewan ini pun cantik, ada penghawa dingin yang cukup dan memang selesa untuk anda berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda di sini.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

SERVIS: Bila makan secara buffet, kita akan layan diri sendiri di mana kita akan ambil makanan dan minuman sendiri di 13 stall makanan yang telah di sediakan. Namun, jangan risau, masih ada pelayan tetamu di sana untuk membantu kita kemaskan meja kita, angkat pinggan mangkuk yang sudah diguna dan pastikan makanan di stall ada. Selain itu, The Venue Shah Alam mengadakan khidmat Live Band yang akan menghiburkan para tetamu semasa majlis Buffet Ramadhan diadakan pada tahun ini.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Di The Venue Shah Alam terdapat kemudahan seperti tandas, surau, parking yang luas dan diuruskan oleh pihak RELA, tempat khas untuk merokok dan kemudahan lift untuk memudahkan urusan pelanggan, warga tua dan OKU.

MAKANAN: Hampir kesemua makanan di sini ena sangat berpuas hati dengan rasa dan teksturnya. Ena paling suka Shell Out Seafood kat sini. Sedap sangat sos Shell Outnya. Beriani Kambing pun berjaya memikat hati ena. Semua rasa makanan kat sini masuk dengan tekak ena.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Bagi ena harganya berbaloi dan tidak terlampau mahal. Namun, terpulang pada bajet dan kemampuan masing-masing ya.


DETAILS THE VENUE SHAH ALAM

Itu sahaja kisah Buffet Ramadhan yang ena kongsikan kali ini. Anda boleh fikir-fikirkan dahulu sebelum buat keputusan. Sekiranya anda yang muktamad ingin berbuka puasa kat sini, anda boleh hubungi terus pihak The Venue Shah Alam. Di bawah ini ena sertakan website mereka dan nombor untuk dihubungi.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


NOMBOR TELEFON:
019-8585825 / 019-8585375 (WhatsApp)

FACEBOOK: 

INSTAGRAM:


You May Also Like

0 Comments