RAMADHAN 2019 SANTAPAN BERSAMA GRANDMAMA'S PAVILION

by - Friday, May 10, 2019

RAMADHAN 2019 SANTAPAN BERSAMA GRANDMAMA'S MALAYSIA |  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Semperna bulan Ramadhan 2019 yang mulia ini, Grandmama's di Pavilion turut menyediakan set berbuka puasa santapan bersama dengan keluarga anda mahupun dengan sahabat-sahabat anda. Alhamdulillah, ena sebagai pemburu makanan turut diberikan peluang untuk menikmati dan merasai antara set juadah berbuka puasa yang ada disediakan oleh Grandmama's Pavilion.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Kebanyakkannya ena share mengenai Buffet Ramadhan 2019 kan, tapi kali ini anda hanya order di meja makan dan makanan akan dibawa oleh pelayan tetamu Grandmama's Pavilion. Ada sesetengah diantara kita tidak berapa gemar untuk makan secara buffet atau mood nak makan secara buffet tu tengah tak ada buat masa sekarang. Oleh itu, ena sarankan anda untuk berbuka puasa di Grandmama's Pavilion.


SET RAMADHAN 2019 GRANDMAMA'S MALAYSIA

Di Malaysia, cawangan Grandmama's hanya terdapat 4 tempat setakat ini iaitu di The Intermark Mall, Pavilion Mall, KLIA dan Genting Highland. Namun begitu, hanya di cawangan The Intermark Mall dan Pavilion Mall sahaja yang ada Set Santapan Bersama secara beramai-ramai. Di cawangan KLIA dan Genting Highlands hanya ada untu Set Individual Santapan Bersama Grandmama's.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Ena diberi peluang untuk merasai menu berbuka puasa di cawangan Grandmama's Pavilion dan untuk pengetahuan anda juga, ini merupakan kali pertama ena merasai makanan di Grandmama's. Selama ni lalu je depan kedainya tetapi tak berkesempatan untuk makan di situ. Alhamdulillah, memuaskan hati kesemua makanan berbuka puasa yang disediakan oleh Grandmama's Pavilion.


ALAMAT: 
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

RAMADHAN'S PROMOTION:
6/5/2019 - 4/6/2019

WAKTU OPERASI:
11.30am - 10.30pm


Juadah berbuka puasa di Grandmama's menekankan masakan Melayu seperti kari, ayam masak merah, masak petai dan banyak lagi. Setiap menu bergantung pada set Santapan Bersama Grandmama's yang kita pilih dan setiap set tu mengikut berapa pax yang bersesuaian dengan jumlah yang anda bawa. Kalau macam set tu tak cukup, anda boleh tambah yang ala-carte juga. So, don't worry be happy. Nak tahu juadah menarik untuk berbuka di sini? Jommm, sila teruskan baca blog ena ni.

Berikut adalah antara set Santapan Bersama Grandmama's di Pavilion Mall dan The Intermark Mall, Kuala Lumpur.

SET B
Pax: 4 - 5

Menu: Kerabu Mangga & Betik Muda, Fish Head Curry Hotpot, Lamb Shank Gulai Kawah, Crispy Butter Prawns, Ayam Masak Merah ala Kampung, Stir-Fried Mixed Vegetables, Steamed Rice, Kurma Dates, Traditional Kuih

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa


SET C
Pax: 6 - 8 pax

Menu: Kerabu Mangga & Betik Muda, Seafood Curry Hotpot, Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal, Sambal Petai Prawns, Ayam Masak Merah Ala Kampung, Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce, Braised Egg Beancurd with Minced Meat, Paku with Sambal Belacan, Steamed Rice, Kurma Dates and Traditional Kuih

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa


ALA CARTE

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Crispy Butter Prawns Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Lamb Shank Gulai Kawah Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Seabess Masak Tempoyak Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Kerabu Manga & Betik Muda Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Ayam Masak Merah Ala Kampung Grandmama's Pavilion

DESSERT

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
ABC Grandmama's Pavilion. Yang ini tak termasuk dalam Santapan Bersama Grandmama's tapi anda boleh order sekiranya tekak teringin ABC ketika berpuasa ni

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Kurma & Traditional Kuih Grandmama's Pavilion. Diberi dalam setiap set Santapan Bersama Grandmama's


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keluasan Restoran Grandmama's Pavilion besar dan dapat menampung 180 orang. Ada dua bahagia tau kawasan tempat duduk di situ, satu kat dalam kedai dan satu di luar kedai. Ikutlah pilihan  dan keselesaan masing-masing. Bagi ena, semua tempat duduknya selesa, kemas dan berpenghawa dingin.

SERVIS: Pelayan Grandmama's Pavilion ni semuanya peramah dan sentiasa ada dengan kita. Ena suka. Pemakaian mereka pun kemas dan mengikut uniform mereka sendiri. Inilah yang kita mahu.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Ruang makan Grandmama's Pavilion di dalam restoran 

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Ruang makan Grandmama's Pavilion di luar

KEMUDAHAN: Memandang Grandmama's ini terletak dalam mall, oleh itu anda boleh menggunakan segala kemudahakan yang ada di dalam mall. Tandas pun sangat dengan dengan restoran ini.

MAKANAN: Juadah berbuka puasa di sini, ena tak tipu memang sedap. Cuma kepedasan makanannya sedang-sedang sahaja. Mereka yang kurang makan makanan pedas sangat sesuai untuk berbuka di sini. Ena punya selera ni mana-mana boleh masuk, sebab itu ena dapat menikmati kesedapan juadah berbuka puasa di Grandmama's Pavilion. Selain itu, kuantiti nasi yang diberi nampak je macam sikit, tetapi banyak rupanya. Nasi kosongnya pun dah sedap, apatah lagi lauknya. Memuaskan hati.

HARGA: Harga kat sini berbaloi dengan apa yang kita dapat. Kalau ambil set di atas, lagi jimat sebab boleh makan beramai-ramai.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Santapan Bersama Grandmama's Pavilion Mall dan Intermark Mall
Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Santapan Bersama Grandmama's Genting Highlands

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Santapan Bersama Grandmama's KLIA


DETAILS GRANDMAMA'S PAVILION

Ena sangat sarankan kepada anda untuk cuba try test sendiri masakan juadah berbuka puasa di Grandmama's Malaysia. Ena yakin anda pasti suka dan puas hati juga seperti ena. Oleh itu, jom buat tempahan sekarang atau anda boleh walk-in sahaja sekiranya tengah shopping di Pavilion Mall atau di cawangan-cawangan yang ena sudah nyatakan di atas.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Selamat berbuka puasa dan selamat menjalani ibadah puasa dengan gembira.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Grandmama pun pandai bawa motor, ena je bila entah nak belajar. Ehhh hiks! Ayuhhh jom berbuka puasa di Grandmama's Malaysia


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

CONTACT NUMBER:
03-21439333





You May Also Like

2 Comments