PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 BERSAMA DR AZIZAN OSMAN

by - Saturday, May 11, 2019

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 BERSAMA DR AZIZAN OSMAN |  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena sejak dah meningkat umur ni dan juga sudah berumahtangga, hal masa depan akan menjadi keutamaan bagi diri ena. Zaman kanak-kanak Ribenna dulu memang tak fikir dah, fikir nak seronok time tu juga. Betul tak? Hiks. Sekarang ni baru celik mata bertungkus lumus hendak merancang itu ini untuk masa depan keluarga ena sendiri.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Apapun, hendak membina masa depan yang cerah, yang diingini bukan la semudah ABC. Ada di antara yang masih struggle, ada yang masih dalam dunia mimpi, ada yang masih tidur, ada yang sudah capai cita-citanya tapi ujian hidupnya kelain pula. Itulah nama kehidupan. Bak kata orang putih, "Struggle Is Real". Walaubagaimanapun, nasib kehidupan seseorang tu bergantung juga pada dirinya sendiri. Nak ubah hidup tetapi takut bertindak pun tak boleh juga. Namun, nak bertindak tu biarlah betul caranya. Oleh itu, ena nak dedahkan kepada anda semua tentang satu program untuk membantu mereka yang masih buntu mencari jalan penyelesaian masalah kehidupan masing-masing. Program tersebut adalah Program Nak Ubah Hidup 2019.


PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019

Program Nak Ubah Hidup 2019- Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes ini dilancarkan oleh Richworks International Sdn Bhd secara Live Event pada 30 / 8 /2019 hingga 1 / 9 / 2019 di Setia City Convention Centre (SCCC). Richworks International Sdn Bhd ini sudah 11 ditubuhkan dan lebih daripada 700 000 peserta menyertai dan menghadiri program yang diadakan oleh Richworks. Hal ini kerana ramai yang hadir berjaya mengubah nasib mereka dari kurang bernasib baik, hutang keliling pinggang dan tekanan dengan masalah kewangan, menjadi manusia yang lebih luar biasa dan lebih berkualiti.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Program ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin kembangkan sektor peniagaan masing-masing. Ada diantara peniaga yang berniaga tanpa ilmu pengetahuan yang cukup dan betul yang menyebabkan peniagaan mereka terbabas dari landasan yang selayaknya. Selain itu, ada juga antara mereka terpaksa berhadapan dengan hutang bisnes yang besar akibat atas asbab kehidupan mereka sendiri juga. 

Namun, selepas mereka menghadiri beberapa program dilancarkan oleh Richworks International Sdn Bhd, ramai peniaga yang dulunya bermasalah dan kini sudah mampu berniaga dengan lancar tanpa ada rasa cabaran dan tekanan yang berat. Hal ini kerana mereka berani dan berjaya mengambil tindakan untuk mengubah nasib hidup mereka dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Master Coach Richworks International Sdn Bhd ialah Dr Azizan Osman yang digelarkan sebagai jutawan seawal umur 32 tahun melalui syarikat Richworks International Sdn Bhd sejak 2008 lagi. Dan kini beliau merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Kejayaan Dr Azizan adalah beliau telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan di Malaysia dan juga banyak menyumbangkan kepada perkembangan perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. 

Sebelum ena teruskan kata-kata, ena nak ajak anda semua tonton video ini terlebih dahulu. Semoga kita dapat ambil sesuatu daripada video ini. Okay, selamat menonton.



Program Nak Ubah Hidup 2019 bakal disasarkan pada bulan Ogos 2019 yang dihadiri lebih 10 000 peserta selari dengan misi program ini dimana ingin melahir lebih lagi bakal usahawan yang berjaya. Bakal peserta yang menyertai program ini bakal mempelajari ilmu menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes. Sekali gus membantu ubah hidup mereka dari ZERO hingga ke JUTAWAN hanya dengan perniagaan. 

Dr Azizan menyatakan bahawa individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya berbangsa Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri. 


DETAILS UNTUK SERTAI PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019


PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Oleh itu, bagi anda yang hendak menambahkan ilmu di dada dan mahu ubah hidup masing-masing, dijemput untuk sertai program ini. Tidak rugi bagi anda untuk menimba ilmu yang boleh membantu anda menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes. Untuk sertai anda boleh terus contact pihak Richworks International Sdn Bhd. Berikut adalah link ke sana.


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

TWITTER:

YOUTUBE:

LINKEDIN:

HOTLINE: 
1-300-88-2424


You May Also Like

0 Comments