RESEPI MUDAH DORAYAKI PERISA COKLAT

by - Saturday, May 11, 2019

RESEPI MUDAH DORAYAKI PERISA COKLAT |  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Sudah hampir seminggu kita berpuasa, pejam celik je kan. Pada hari ini, ena nak kongsi satu resepi mudah iaitu resepi Dorayaki Perisa Coklat. Asyik memburu makanan sahaja, kali ini ena nak share resepi pula dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Ena borong bahan-bahannya di Segi Freshmart yang berdekatan dengan rumah ena.

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

Resepi ini ena buat selepas solat Tarawih, moreh sebab teringin nak makan Dorayaki perisa coklat dengan jem anggur. Mujur semua bahan-bahan ada kat dapur dari hasil memborong kat Segi Freshmart hari tu. Apa lagi, bertukang la kat dapur. Suami ena pula sejenis penggemar benda manis macam ni, bertambah semangatlah ena nak buat Dorayaki perisa coklat. Senang je resepi ni. Ena dulu belajar dari instagram Khairul Aming.  Sekali cuba, terus ingat dalam kepala sebab mudah.Cuma Khairul Aming buat dorayaki yang biasa, ena just tambah serbuk coklat. Okay, mari ena nak kongsikan bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.


RESEPI DORAYAKI PERISA COKLAT

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa


Bahan-Bahan:

Telur : 2 biji
Gula : 4 - 5 sudu makan
Madu : 1 sudu kecil
Tepung Penaik (Baking Powder) : 1/2 sudu kecil
Tepung Gandum : 1 cawan 200ml
Susu Sejat / Susu Segar : 5-6 sudu makan
Serbuk Coklat : 2-3 sudu makan (Terpulang pada individu)
Garam : Secubit rasa


Cara Penyediaan:

1) Sediakan mangkuk dan pemukul telur. 
2) Masukkan kesemua bahan secara satu persatu.
3) Gaul sampai sebati menggunakan pemukul telur.
4) Panaskan pan / kuali. 
5) Bila kuali dah panas, buka api sepelahan yang boleh.
6) Resepi ini tak perlu minya atau majerin untuk masak. Takkan melekat pada pan
7) Letak adunan tadi menggunakan penyeduk makanan (Ladle). Satu ladle = Satu keping
8) Lepas anda letak adunan, biarkan dia membulat sebegitu. Tak perlu leperkan atau ratakan untuk dapatkan saiz yang sama semuanya.
9) Nak memasaknya agak lama sebab guna api kecil tapi itu yang membuatkan semua adunan tu masak. Bersabar ya.
10) Siap! Boleh makan begitu sahaja atau makan sekali dengan jam.

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Gaul sampai sebati. Ena letak air sedikit sebab nak buat Dorayaki perisa Coklat leper sikit. Hiks
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Inilah Ladle. Kalau nak buat Dorayaki perisa Coklat saiz besar, satu senduk ni dah cukup. Kalau nak kecil, kurangkan kuantitinya
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Letak di tengah-tengah, jangan ratakan, jangan leperkan. Biar adunan Dorayaki Perisa Coklat ni membentuk sendiri
Tak perlu guna minyak atau mentega untuk masak Dorayaki perisa coklat ni. Jangan risau, takkan melekat pada fry pan
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Siappp! Sedappp makan Dorayaki perisa coklat dengan Jem Anggur Crown's Choice ni
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Makan pula dengan air Premix Coffee dari Segifresh. Nikmatttt


Serbuk Coklat Trader's Choice, Premix Coffee Segifresh, Tisu Muka Trader's Choice, Jem Anggur Crown's Choice dan Susu Sejat Trader's Choice tu ena beli kat Segi Freshmart je. Serbuk coklat dengan coffenya memang sedap, tak tipu. Ena pun pertama kali cuba try test sebab harganya berpatutan sangat dan berbaloi untuk beli. Best juga memborong kat Segi Freshmart ni. Bawa RM 100 sahaja dah boleh dapat barang sebanyak ini. Fuhhhhh! Stok sebulan puasa. 

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Ena habiskan RM100 di Segi Freshmart dan boleh dapat kesemua bahan-bahan keperluan dapur ni. Alhamdulillah

Okay, sebelum raya nak mai ni, mari kita perabiskan bahan-bahan yang ada ni. Nak masak apa lagi ye? Ada cadangan apa-apa tak untuk ena masak? Ena macam banyak idea cuma rajin atau tak je. Ahak. Sejak kebelakangan ni ena rasa seronok memasak bila dah jadi isteri orang ni. Fikirkan nak penuhkan perut suami, jadi bersemangat. Heee. 







You May Also Like

4 Comments

  1. alamak sedapnyaaa. okay i'm making roti bakar again today. sbb cde bahan nak buat dorayaki haha

    ReplyDelete
  2. Sedap plak nampak dorayaki coklat ni. Hihi

    ReplyDelete
  3. Alamak, menyelerakanlah ena masak. Akk. Xpernah masak dorayaki. Nanti boleh Cuba resepi ena. Sb ank. Akk suka ni

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnyaaaa...nanti boleh nak cuba resepi ni jugakk

    ReplyDelete