BBQ ARANG DI SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena
kalau dapat makan kat restoran yang menyediakan BBQ ni memang tersenyum sampai
ke telinga la. Kegemaran ena sejak dari dulu lagi. Kali ini, ena berpeluang
untuk makan makanan Korea yang berkonsepkan Charcoal BBQ atau BBQ yang
menggunakan arang. Ena pernah makan Korean BBQ ni kat tempat lain tapi
kebanyakkannya menggunakan dapur gas yang jenis elektrik tu. Di SeoulNami
Korean BBQ ni menggunakan arang untuk memanggang.
Bagi ena itulah keistimewaan di SeoulNami Korean BBQ sebab walaupun restaurannya di dalam Gardens Mall tetapi dengan kemudahan untuk menyedut asap dari hasil BBQ nya, dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk memanggang dan asap BBQ tu tak merebak sampai luar daripada SeoulNami Korean BBQ. Haaaa, kalau nak tahu cerobong asapnya bagaimana, sila teruskan membaca ya.
SEOULNAMI KOREAN BBQ
Konsep BBQ di SeoulNami Korean
BBQ ini diambil dari konsep makanan daerah Chuncheon, Korea Selatan iaitu ayam
panggang, dimana mereka memanggang ayam atau makanan yang lain di atas bara api
di atas meja. Ena ada perasan dalam cerita Korea mereka makan sebegitu.
Panggang daging atas meja, pastu balut dengan daun salad. Allahu sedapnyaaaa!
Anda jangan risau, di sini makanan serta minumannya yang disediakan adalah
halal dan dijamin bersih. Di bawah ini ena kongsikan alamat restoran Korea ini.
MENU DI SEOULNAMI KOREAN BBQ
Di sini, ada cara tersendiri tau
kalau nak makan set BBQnya. Ena akan
buat list di bawah ini untuk memudahkan anda buat rujukan sekiranya anda
berniat untuk layan BBQ arang di SeoulNami Korean BBQ. Jom baca list cara untuk menikmati makanan di sana
Selain daripada BBQ, anda juga
boleh pilih menu yang lain. Ada juga yang jenis ala carte. Cuma ena kali ini
memang tak pandang lain dah, pandang yang BBQ je. So, kalau anda nak tahu dengan
lebih lagi, anda kena datang ke sini sendiri dan lihat menu apa yang ada. Okay?
HARGA: Harga kat sini berpatutan dengan tempatnya. Tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sesuai dengan kuantiti dan kuanliti yang kita dapat.
DETAILS SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL
Berikut adalah daripada pendapat ena sendiri, tak semua orang tekak macam ena. Kalau anda nak rasai sendiri, anda dialu-alukan untuk cuba try test BBQ arang kat sini sendiri. Tak rugi dan ena jamin buat anda yang minat dengan makanan Korea tu pasti akan suka makanan serta minuman di SeoulNami Korean BBQ ni.
Bagi ena itulah keistimewaan di SeoulNami Korean BBQ sebab walaupun restaurannya di dalam Gardens Mall tetapi dengan kemudahan untuk menyedut asap dari hasil BBQ nya, dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk memanggang dan asap BBQ tu tak merebak sampai luar daripada SeoulNami Korean BBQ. Haaaa, kalau nak tahu cerobong asapnya bagaimana, sila teruskan membaca ya.
SEOULNAMI KOREAN BBQ
![]() |
Depan Restoran SeoulNami Korean BBQ The Gardens Mall |
ALAMAT:
SeoulNami Korean BBQ
(Berdekatan dengan kedai Robinsons)
F-215 The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur
WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11am - 10.30pm
![]() |
Bara arang sedia untuk memanggang. Yeahhhh! Hanya di SeoulNami Korean BBQ |
So,
bila ena datang ke SeoulNami Korean BBQ ini, ena dapat merasai kenikmatan makan
sedemikian dimana panggang daging lembu atau ayam sendiri di atas meja dan ambil satu helai daun salad, letak daging
lembu yang sudah masak, letak kimchi, sos dan balut. Lepas tu ngap semuanya
sekali gus ke dalam mulut. Fuhhhh! Anda patut mencubanya sendiri nanti sebab
ena tak dapat gambarkan dengan tulisan perasaan tu bagaimana.
MENU DI SEOULNAMI KOREAN BBQ
![]() |
Buku menu SeoulNami Korean BBQ |
1) Pilih
Ayam / Daging Lembu
2) Pilih
Side Dishes dan Sos Pencicah (Boleh refill sekiranya sudah habis)
3) Nanti
ada steam egg percuma untuk para tetamu. Anda perlu masak menggunakan dapur
pemanas yang telah disediakan. Awas! Jangan sampai jadi hangit tau.
4) Untuk
BBQ, pelayan tetamu SeoulNami Korean BBQ akan tolong anda letakkan arang,
letakkan tempat untuk memanggang dan sebelum tutup dengan alas pemanggang tu,
anda jangan lupa letak Sweet Potato atau nama lainnya Goguma on Fire dalam
arang sebab Sweet Potato tu ambil masa untuk masak secukupnya.
5) Bila
dah setup, bolehlah anda panggang daging, ayam atau sotong anda. Ikutlah nak
BBQ yang mana. Dan jangan lupa untuk turunkan cerobong sedut asap ketika tengah
BBQ tu. Bila dah guna arang ni, kuantiti asap tu banyak dari biasa. Untuk
keselesaan kita serta orang lain, jangan lupa turunkan cerobong asap tu.
6) Bila
daging / ayam dah masak, terpulang la dengan anda nak makan dengan apa. Makan
dengan salad pun sedap atau makan dengan Fist Rice pun sedap. Untuk menaikkan
selera lagi, makan dengan Kimchi Trio nya. Perrrgghhhh! Terbaik wa cakap sama
lu.
![]() |
Ini dikira macam dessert la. Makan sambil menunggu menu utama sampai. Free di SeoulNami Korean BBQ. Boleh refill |
![]() |
Steam Eggs ini juga free setiap kali datang ke SeoulNami Korean BBQ |
![]() |
Beef Platter SeoulNami Korean BBQ |
![]() |
Tunggu Beef siap di panggang. Beef ni boleh di makan dengan Fist Rice atau buat salad wrap. |
![]() |
Chuncheon Chicken SeoulNami Korean BBQ. Ada 3 perisa iaitu Sweet, Spicy dan Savoury |
![]() |
Agak lama sedikit untuk ayam ni masak sebab tebal isinya. Berbaloi makan. Chuncheon Chicken ini boleh juga dimakan dengan Cheese Lava. Potong kecil-kecil ayamnya |
![]() |
Cheese Lava SeoulNami Korean BBQ. Sedapppp. Tak terlampau masin. |
![]() |
Spicy Octopus SeoulNami Korean BBQ. Yang ni belum masak lagi ye. Anda kena BBQ dulu. |
![]() |
Kimchi Trio hanya ada di SeoulNami Korean BBQ |
![]() |
Fist Rice SeoulNami Korean BBQ. Campuran nasi, ayam dan seaweed. Sedap sangat. Paling suka yang ini bila makan dengan Beef Platter dan Kimchi Trio |
![]() |
Salad, cili sayur, lobak merah dan timun Jepun di SeoulNami Korean BBQ. Boleh buat Salad Wrap dengan daging lembu atau ayam yang sudah dipanggang. |
![]() |
Ada 4 jenis sos disediakan di SeoulNami Korean BBQ iaitu Seoul Spicy Sauce, Black Pink Grind, Korean Pow Wow Ssamjang dan Roasted Injeolmi Power. Habis boleh refill. |
![]() |
Signature minuman SeoulNami Korean BBQ. Dari kiri Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda, Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade |
FEEDBACK DARIPADA ENA
KEDAI:
Suasana kedai yang selesa, susun atur meja makan pun teratur, dan dekorasinya
menarik pandangan orang lain yang lalu lalang. Keluasan SeoulNami Korean BBQ ni
besar dan boleh menampung ramai tetamu.
SERVIS: Pelayan
sangat mesra pelanggan, cekap, pantas buat kerja dan pemakaian mereka kemas.
Sedia membantu anda sekiranya ada yang anda tidak ketahui bagaimana untuk order
atau handle makanan kat sini seperti nak setup meja BBQ.
KEMUDAHAN: SeoulNami
Korean BBQ ni berada dalam mall. Oleh tu, anda boleh menggunakan kemudahan yang
ada dalam mall ini. Paling dekat dengan tandas. Selain itu, setiap meja yang
ada tempat BBQ, ada cerobong sedut asap. Senang.
![]() |
Nampak benda yang panjang-panjang atas setiap meja tu? Itulah cerobong penyedut asap. Salah satu kemudahan di SeoulNami Korean BBQ |
MAKANAN: Kesemua
makanan yang disediakan memuaskan hati ena. Paling suka Trio Kimchinya.
Disebabkan kesedapan kimchi kat sini, selera makan ena menambah-nambah. Sedap
sangat. Lepas tu, Fist Ricenya pun sedap sangat, ada seaweed, ada ayam. Fuhhhh!
Gembira anak-anak lemak dalam perut ena ni haaa makanan semua sedap-sedap.
![]() |
Cubaan untuk buat Fist Rice. Kat sini kita boleh buat sendiri. Ikutlah nak size bola tu besar mana |
HARGA: Harga kat sini berpatutan dengan tempatnya. Tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sesuai dengan kuantiti dan kuanliti yang kita dapat.
DETAILS SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL
Berikut adalah daripada pendapat ena sendiri, tak semua orang tekak macam ena. Kalau anda nak rasai sendiri, anda dialu-alukan untuk cuba try test BBQ arang kat sini sendiri. Tak rugi dan ena jamin buat anda yang minat dengan makanan Korea tu pasti akan suka makanan serta minuman di SeoulNami Korean BBQ ni.
![]() |
Bagi ena, keseluruhannya ena berpuas hati makan makanan di SeoulNami Korean BBQ |
Itu sahaja perkongsian hasil
memburu ena kali ini. Untuk detail yang lebih lagi, anda boleh rujuk pada link
di bawah ini
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
2 Comments
Sedapnya.. Entah bila nak merasa makan kat sini
ReplyDeletemakasih sis, infonya,.
ReplyDelete