KEMPEN EAT THAI, VISIT THAILAND 2019 OLEH TAT & MR TUK TUK

by - Tuesday, April 02, 2019

KEMPEN EAT THAI, VISIT THAILAND 2019 OLEH TAT & MR TUK TUK | Hari ini ena nak ajak semua para pembaca blog ena untuk sertai satu kempen yang sedang berlangsung sekarang hingga akhir bulan April 2019 nanti. Kempen tersebut adalah kempen Eat Thai, Visit Thailand 2019 atau dalam Bahasa Malaysia adalah Makan Thai, Lawat Thailand 2019.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER


Kempen Eat Thai, Visit Thailand 2019 ini dianjurkan oleh kolaborasi antara Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) dan kesemua 8 cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Kempen ini berlangsung dari 20 March 2019 hingga ke 30 April 2019. Untuk pengetahuan anda juga, kempen ini selari dengan kempen "Membuka Lembaran Baharu" dalam Amazing Thailand yang menumpukan 5 sektor utama pelancongan bagi membantu para pelancong antarabangsa merasai dan mendalami pengalaman terbaru mengenai negara Thailand ini. 5 sektor tersebut adalah Gastronomi, Seni dan Kraft, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai. 

Apa itu TAT? Okay, mari ena share dengan korang serba sedikit info mengenai TAT ini.


PIHAK BERKUASA PELANCONGAN THAILAND, MALAYSIA (TAT)

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Dari Kiri - Mr & Mrs Leong (Founder Mr Tuk Tuk),  Ms Jacquelynn Leong, Mr Ahmad Mad-Adam (Director of TAT), Ms Sirinthara Surakanitaya (Deputy Director of TAT)

TAT atau panggilan penuhnya Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (Tourism Authority of Thailand) adalah satu organisasi yang mempromosikan pelancongan Thailand dengan mempermudahkan pelacong mencari lokasi-lokasi yang best di negara tersebut, kemudahan pelancongan dan membangunkan serta memelihara sumber-sumber pelancongan.

Pejabat TAT terletak di Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Para pelancong yang ingin ketahui segala maklumat atau sebarang pertanyaan mengenai Thailand, anda boleh datang ke pejabat TAT atau telefon pihak mereka atau email kepada mereka. Di bawah ini ena sediakan maklumat nombor untuk hubungi serta alamat email pihak TAT.


CONTACT NUMBER TAT:
(603) 21623480

EMAIL:


RESTORAN MR TUK TUK

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Di hadapan Restoran Mr Tuk Tuk The Starling Mall

Di Malaysia, Restoran Mr Tuk Tuk ini terdiri daripada 8 cawangan setakat ini iaitu di Setia City Mall, Gamuda Walk, The Gardens, The Starling Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Empire City dan Nu Sentral. Pada bulan 5 tahun ni, satu lagi cawangan bakal dibuka di IOI City Mall Putrajaya. Nama restoran ini diambil semperna salah satu pengangkutan popular di Thailand yang dipanggil Tuk Tuk. Restoran ini telah wujud di Malaysia sejak tahun 2015 lagi dan juga merupakan anak syarikat kepada Koh Samui Restaurant yang telah berpengalaman lebih 24 tahun dalam perniagaan restoran.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER

Semperna kempen Eat Thai, Visit Thailand 2019, Restoran Mr Tuk Tuk memperkenalkan beberapa makanan dan minuman terbaru untuk anda semua rasai. Jangan risau semua makanan dan minuman di restoran ini adalah Halal, Berkualiti dan Bersih untuk kita semua makan. Setiap makanan dan minuman di sini telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik yang kita dapat di mana-mana restoran di negara Thailand. Tak perlu pergi jauh kalau teringin sangat nak makanan jalanan Thailand, datang je ke Restoran Mr Tuk Tuk.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Founder Mr Tuk Tuk, Mr Ken Leong, bersama dengan chef menyediakan Thai Prawn Salad with Lemongrass
MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Ena pun turut cuba try test buat sendiri Thai Prawn Salad with Lemon Grass ni. Ini hasilnya. Memang sedapp! Freshhh!

Dibawah ini ena share beberapa makanan dan minuman tersebut. Tak semua ena share tau. Kalau anda nak tahu selebihnya, anda dialu-alukan untuk cuba try test sendiri makanan yang ada di Mr Tuk Tuk ini. Ena dah cuba, anda bila lagi???

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Thai Iced Lemongrass Tea With Crispy Waterchestnut Pearl

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Thai Seafood Otak-Otak

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Fried Tofu With Basil Leaves

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Thai Prawn Salad with Lemongrass

Thai Pumpkin Custard

Ini merupakan kali pertama ena memburu makanan kat Mr Tuk Tuk dan ena dah mula jatuh hati dengan makanan jalanan Thailand yang ada di sini. Semua sedap dan menyelerakan. Tak perlu nak pergi jauh-jauh dah, datang je ke Mr Tuk Tuk untuk merasai keaslian makanan jalanan Thailand. Wa tak tipu sama lu. Nyummmy! Berikut pula adalah menu yang lain selain di atas yang ena makan dengan sepuas hati ena. Sedap sangat, rasa nak habiskan semua. Ahaks.

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER


MENANGI HADIAH PERCUTIAN KE BANGKOK

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER

Sepanjang kempen ini juga, jika anda membelanjakan lebih daripada RM50 dalam satu reset di semua cawangan Mr Tuk Tuk seperti yang ena sudah nyatakan di atas, anda berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang telah disediakan. Antara hadiahnya adalah lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel 3 hari 2 malam, lima beg bagasi, 10 beg tangan dan 4 baucer makanan di Mr Tuk Tuk.

Bestkannn hadiah yang disediakan tu. Haishh, kalau dapat lawatan percuma ke Bangkok tu memang syok habissss! Oleh itu, apa lagi, jom ramai-ramai ke Mr Tuk Tuk dan rebut peluang yang masih ada ni. Tarikh tamat 30 / 4 / 2019. Ayohhhh!

Rebut peluang keemasan ini sekarang. Jom sama-sama terjah Mr Tuk Tuk dan belanja RM50 dan ke atas



DETAILS MR TUK TUK

Kalau anda ingin ketahui maklumat dengan lebih lanjut lagi, anda boleh lawati laman social Mr Tuk Tuk di bawah ni. Anda boleh ketahui info semasa mereka di sana. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Jangan lupa share info ni dengan rakan-rakan serta keluarga anda ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Inilah kendaraan awam yang di panggil Tuk Tuk di negara Thailand. Ala-ala teksi macam tu.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:


You May Also Like

2 Comments