AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

by - Monday, April 29, 2019

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN|  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Cuaca sekarang ni boleh dikatakan tengah panas. Tempat ena menetap sekarang waktu siang memang panas terik. Kalau keluar rumah, terasa pedih kulit muka ni. Sunburn tu usah cakap la, kulit muka jadi kering dan berjerawat. Tambahan pula, ena sekarang tengah hormone tak menentu. Muka ena breakout teruk. Kalau ena tak pakai foundation, nampak jerawat nanah serta parut jerawat kat muka ni. Fuhhh Sabar jela.


AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa

Namun ena tak risau sangat dengan sunburn serta jerawat ni. Sekarang ena guna satu cream dari jenama Hansaegee Nature yang mampu rawat suburn pada kulit muka ena. Cream tersebut adalah Aqua Whitening Cream. Anda jangan takut pula, walaupun namanya ‘whitening cream’ tetapi cream ini tidak menghakis kulit. Krim ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kulit yang kusam kepada kulit yang lebih sihat dan nampak berseri. Mari ena kongsikan serba sedikit yang ena tahu mengenai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini.


AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Pergi kemana sahaja ena mesti bawa Aqua Whitening Cream ini di dalam beg ena

Aqua Whitening Cream adalah pelembap muka dari keluaran Hansaegee Nature. Hansaegee Nature merupakan brand penjagaan kulit muka dari Malaysia tetapi semua produk skincarenya diperbuat 100% dari Korea. Jenama ini telah ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011 lagi. Salah satu produknya yang tengah hot sekarang adalah Aqua Whitening Cream ni la.

Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresep ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.


AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Struktur Aqua Whitening Cream adalah water drop based cream yang lebih ringan dan tidak menyumbat liang roma pada kulit muka

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Kuantiti Aqua Whitening Cream dalam satu bekas ni banyak juga. Berbaloi beli sebab tahan lama even pakai setiap hari

Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Nak jadi putih melepak tu tak dapat la tetapi boleh menaikkan seri muka. Oleh sebab itu, keyakinan diri ena tak turun bila kulit muka ena tengah breakout ketika berhadapan dengan orang. Walaupun tengah berparut jerawat, bila letak krim ini kulit wajah ena nampak lebih berseri dan yang paling penting tak nampak kusam.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Pada keseluruhan ena suka Aqua Whitening Cream  Hansaegee Nature ni sebab lepas je ena pakai, wajah ena nampak lebih segar, lembap dan tidak nampak kusam. Tak percaya? Haa tengok gambar ena kat bawah ni. Not bad kan?? Masa ni ena nak keluar pergi kedai berdekatan sahaja, so malas nak pakai foundation bedak apa semua tu. Hanya pakai krim ini dengan calit sedikit gincu bibir. Segala parut dan jerawat tu tak dapat nak cover dah la. Lagipun tengah nak sembuh tu.

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Rasa kulit muka kekeringan, dalam kereta je pun dah boleh pakai Aqua Whitening Cream. Mudah dan cepat

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Ena tidak perlu risau lagi dengan kulit muka sendiri bila adanya Aqua Whitening Cream di dalam handbag ena

Selain itu, ena suka dengan struktur Aqua Whitening Cream ni sebab ringan, muka tak bertompok sebab krimnya transparent, tidak kering like watery gittew dan senang la nak ratakan kat satu muka. Sejujurnya, muka ena tak rasa berat selepas pakai pakai cream ini dan muka lebih menyegarkan. Tambahan pula, apa yang menyebabkan kelembapan kulit kekal normal adalah bila urut krim ini pada muka, lama-lama akan nampak titisan air pada kulit wajah. Titisan air itu la yang memastikan kulit wajah tidak menjadi terlampau akibat cuaca yang sangat panas seperti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Kalau tak percaya, mari tengok gambar kat bawah ni ena buat sedikit demo kat atas tangan ena sendiri. Anda boleh lihat sendiri.

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Letak sedikit Aqua Whitening Cream di atas tangan atau muka sendiri

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Sapu sehingga rata. Urut secara putaran tau

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Tadaaaa! Nampak tak water droplet tu. Nice kan

DETAILS AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Kepada yang sedang mengalami masalah kulit muka seperti sunburn, kering, berjerawat dan kusam, anda boleh cuba try test Aqua Whitening Cream ini sendiri. Ena dah cuba dah, memang sesuai dengan kulit ena sekarang. Nampak perubahan semenjak ena konsisten pakai krim pelembap ini. Haaaa! Konsisten tu la yang paling penting kalau nak dapatkan kulit yang diingini. Apapun jangan lupa minum air kosong yang banyak setiap hari, cuaca tengah panas sekarang ni. Jaga diri anda masing-masing.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai produk kecantikkan. Siapa tak nak cantikkan? So siapa nak cantik tu sila-silalah ke website atau laman social Hansaegee Nature. Di sana lagi banyak produk kecantikkan yang ada dijual. Anda boleh klik sahaja pada link kat bawah ini.



WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

YOUTUBE:



You May Also Like

2 Comments

  1. Wahhhh flawless + glowing!
    Mahal tak harganya?

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete