Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Apa khabar kepada
semua pembaca blog ena? Ada ke yang rindu dengan perkongsian ena tentang kisah
foodhunting ena? Haaaa kalau ada yang rindu tu, jommm.. kali ini ena nak share satu
restoran yang diberi nama Restoran Rod Dee Ded yang menyediakan Shower Beef dan
juga masakan Ala Thai yang lain.
Apakah itu Shower Beef? Mula-mula jejak kaki kat restoran ini, ena pun tak tahu apa itu Shower Beef. Tengok kat atas meja makan ada slice beef, ada tempat macam steamboat tu dengan sup yang sedang dididihkan, ada cendawan, ada mee kering dan lain-lain lagi. Ena ingat Shower Beef ni steamboat yang biasa-biasa kita makan tu la. Tapi bila pihak Restoran Rod Dee Ded tunjukkan cara penyediaan Shower Beef ni, haaa ena baru tahu ada kelainan di situ. Maknanya ini merupakan pertama kali ena merasai kesedapan Shower Beef ni. Nanti ena share apa kelainan Shower Beef ni dan anda boleh bezakannya sendiri.
RESTORAN ROD DEE DED
Rod Dee Ded
bermakna Delicious atau Sedap. Untuk pengetahui anda, Restoran Rod Dee Ded ini berasal dari
Bangkok, Thailand dan sudah beroperasi sejak tahun 1965 lagi. Dah lama kannnn,
dalam 54 tahun dah. Namun, pada January 2019, Restoran Rod Dee Ded baru ditubuhkan
di dalam Malaysia. Cawangan pertama restoran ini adalah Restoran Rod Dee Ded Damansara
Utama dan inshaAllah akan mengembangkan sayapnya di tempat lain suatu hari
nanti. Di bawah ni ena share alamat untuk ke restoran ini. Tapi anda juga boleh
menggunakan kemudahan Waze / Google Map untuk kemari dengan hanya taip nama
restoran ini pada ruang carian.
![]() |
Rupa depan Restoran Rod Dee Ded Damansara |
ALAMAT:
Restoran Rod Dee Ded
15 G, Jalan SS21/37,
Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya,
Selangor
WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11am - 3pm & 6pm -10pm (3pm-6pm Rest)
SHOWER BEEF PERTAMA DI MALAYSIA
Menu utama dan keistimewaan di Restoran Rod Dee Ded ini adalah Shower Beef seperti yang ena sudah nyatakan di atas. Keistimewaannya adalah kerana Shower beef di sini merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia setakat ini. Beef broth tersebut ada dua jenis iaitu original dan spicy. Kalau tekak Melayu ni, mesti ngam dengan Beef Broth Spicy. Sedappp! Selain itu, daging lembu yang digunakan adalah halal dan original diimport dari negara Australia. Semua dagingnya adalah dari jenis daging Wagyu. Tengok bentuk dagingnya pun ena tahu dah. Sebab itu juga struktur dagingnya sangat lembut dan tidak liat.
![]() |
Ada pelbagai jenis kepingan daging ini mengikut part yang di ambil antaranya Sirloin, Shortrib, Chuck, Oysterblade dan Ribeye |
Okay, di bawah ni ena share gambar bagaimana Shower Beef ini
disediakan untuk dimakan.
![]() |
Letak beberapa keping daging di dalam mangkuk yang telah disediakan seperti diatas |
![]() |
Ena panggil Pucuk. Boleh makan sekali dengan Shower Beef Rod Dee Ded |
![]() |
Meatball. Boleh makan sekali dengan Shower Beef Rod Dee Ded |
![]() |
Sayur-sayuran dan cendawan. Boleh makan sekali dengan Beef Broth dan Shower Beef Rod Dee Ded |
![]() |
Pelbagai jenis mee yang ada, rice vermicelli (atas), thai kuay tiew (bawah), Ipoh Kuay Tiew (Kanan) dan Egg Noodle (Kiri) |
MENU ALA THAI DI RESTORAN ROD DEE DED
Sekira anda tak ada mood nak layan Shower Beef, anda juga boleh order menu ala Thai yang lain juga. Di sini bukan semata-mata shower beef sahaja, ada juga menu ala carte yang lain. Boleh dikatakan macam masakan panas la. Haaaa, salah satu kelebihan kat restoran ini, lebih 80 % bahan yang digunakan berasal dari Thailand seperti nasi, rempah ratus dan noodles. Anda jangan risau, status restoran ini adalah Pork Free dan semua daging yang digunakan adalah halal dan bersih.
Seterusnya,
ena nak share beberapa menu Ala Carte yang lain. Kesemuanya ena dah cuba try
test dan ada yang jadi kegemaran ena sekarang. InshaAllah, kalau ena mai makan
kat sini lagi, ena nak order makanan yang dah berjaya buat ena jatuh hati.
Shower beef tu wajib kena order la. Hiks.
Set Nasi
![]() |
Chicken Green Curry dan Nasi |
![]() |
Stewed Beef Red Curry dan Nasi |
![]() |
Pad Ka Pow Ayam / Daging |
![]() |
Rod Dee Ded Stewed Beef dan Nasi |
![]() |
Stewed Brisket Claypot dan Steamed Rice |
Set Mee
![]() |
Pad Kee Mao Chicken / Beef |
![]() |
RDD MUA (Meatball, Beef Slices Brisket & Tendons, Original Sup, Mee) |
![]() |
Spicy MUA (Meatball, Beef Slices Brisket & Tendons, Spicy Soup, Mee) |
Set Appetizer
![]() |
Fried Chicken Wing dengan Sos Sweet dan Sour |
Minuman
![]() |
Jus Mata Kucing, my favourite. Minuman pilihan ena ketika ini |
![]() |
Signature Rod Dee Ded Thai Iced Coffee |
![]() |
Signature Rod Dee Ded Thai Iced Tea |
Dessert
![]() |
Sea Coconut |
![]() |
Passion Fruits |
Tidak semua menu yang ada di
Restoran Rod Dee Ded ena sertakan di sini. Kalau anda ingin tahu dengan lebih
lagi, anda boleh datang ke sini sendiri untuk melihat dan merasai makanan yang
ada terdapat di restoran ini.
FEEDBACK DARIPADA ENA
Kedai: Suasana dan susun atur keadaan kedai ini
selesa , bersih dan menyenangkan dengan penghawa dinginnya. Kedainya tertutup
dan best la kalau nak lepak makan kat sini. Cuma keluasan kedainya tak adalah
besar mana, sedang-sedang sahaja untuk tetamu bergerak dan ada ruang untuk
duduk dengan selesa.
Servis: Servis kat sini okay, pelayan sangat
membantu pelayan yang datang ke sini dan turut fasih dalam bahasa Melayu sekira kita tak fasih dalam Bahasa
Inggeris.
Kemudahan: Parking
ada cuma kena pandai cari sebab kat sini agak sukar untuk mencari parking.
Selain itu, kat dalam restoran ini ada disediakan tandas dan juga tempat cuci
tangan yang selesa. Oleh itu, jangan risau tentang hal itu.
Makanan: Shower
Beef kat sini memang sedap dengan struktur dagingnya yang lembut dan juicy.
Beef Brothnya pun berjaya memikat hati ena. Makanan yang lain, not bad, boleh
diterima tekak ena ni. Nanti boleh repeat makan kat sini
Harga: Harga
berpatutan sebab daging yang digunakan bukan sebarang daging. Daging import
wehhh! Sebab itu harganya berpatutan bagi ena. Dengan rempah ratus serta nasi,
mee yang lain memang original daripada Thailand. So, worth to eat la.
DETAILS RESTORAN ROD DEE DED
Ena sangat recommended anda semua untuk cuba try test Shower Beef kat sini. Memang sedap dan puas hati. Kalau nak tahu info lebih lagi tentang Restoran Rod Dee Ded ini, anda boleh lawati laman social mereka di bawah ini.
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
4 Comments
sdap2 mnu dia..:)
ReplyDeleteSedapnya! Nampak menarik lain dari yang lain. Asal Bangkok rupanya ish dah la kak ju suka menu dari sana, kot terlalu boleh singgah nanti.
ReplyDeleteBesar modal ni.. tapi berbaloi pasti.
ReplyDeleteTerliur tgk semua menu.. Sea coconut tu mcm mana rasa dia eh.. Mcm isi kelapa biasa tu ke
ReplyDelete