Nak dijadikan cerita, foundation ena pula habis. Alamak! Mujur ada Jolie Shimmer Shine iaitu CC Cushion yang berfungsi lebih kurang seperti foundation cuma lebih ringan strukturnya. Kalau tak pakai bedak alas selepas pakai CC Cushion ni pun tak mengapa. Ena baru sahaja memiliki CC Cushion Jolie ni cuma tak yakin nak pakai sebab takut tak dapat cover parut-parut jerawat yang ada di muka ni. Sekali dah apply di muka, wow!!!!! Best sangatttt! Okay, mesti anda tak tahu mengenai produk ni kan...oleh itu ena nak share serba sedikit mengenai Jolie Shimmer Shine ini.
Jolie Shimmer Shine ini merupakan produk keluaran Malaysia semenjak September 2018 tempoh hari. Kiranya masih baru di dalam arena pasaran negara kita. Namun begitu, produk Jolie ini mampu dan yakin boleh duduk sama level dengan produk kecantikan yang ada di Malaysia kini.
Hal ini kerana kelebihan yang ada pada produk ini dimana mampu memberikan keyakinan kepada para pemakai dengan menutup segala parut hitam pada kulit wajah, selesa walau kulit muka tengah berpeluh, struktur yang ringan dan mencerahkan warna kulit wajah. Yela, perempuan mana tidak mahu jadi cantik, ena pun nak cantik bila keluar dari rumah, pergi kerja atau pergi memburu makanan. Oleh itu, dengan memakai bedak atau foundation atau CC / BB cream bukan sahaja menyantikkan wajah malah dapat membangkitkan keyakinan dalam diri seseorang wanita itu.
KELEBIHAN JOLIE SHIMMER SHINE
Berikut ada kelebihan yang ada pada Jolie Shimmer Shine yang menguatkan produknya setanding produk kecantikkan antarabangsa adalah:-
![]() |
Jolie Shimmer Shine mudah untuk dipegang dengan saiznya ngam-ngam besar tapak tangan |
1) Mengandungi Vitamin C dah SPF 35+ yang mampu melindungi kulit muka dari bahaya sinaran cahaya matahari
2) Mampu mengekalkan kelembapan dan kesegaran pada rauk wajah
3) Hanya pakai satu lapisan sahaja mampu menutup parut hitam dan juga sekatakan warna kulit.
4) Tekstur yang ringan, wangi dan selesa untuk si pemakai
5) Tidak meninggalkan kesan bedak pada anak tudung atau tudung sekiranya berpeluh
6) Mudah dipakai sebab bekasnya berbentuk compact. Tidak perlu kotorkan tangan lagi.
7) Mudah dibersihkan dan mesra wuduk.
8) Tidak perlu tambah bedak asa untuk mengurangkan rasa melekik selepas pakai produk ini
FEEDBACK DARIPADA ENA
Ena memang recommended sangat untuk anda mencuba Jolie Shimmer Shine ini sebab ena sendiri sudah memakainya banyak kali. Setiap kali pergi kerja, ena mesti pakai. Dap dap pada bawah mata lebih sedikit untuk tutup warna kulit tidak bermaya di bawah mata. Kat bahagian lain anda hanya dap sekali sahaja dan hasilnya memang awesome.
Kalau anda tak percaya, anda boleh tengok gambar ena sebelum dan selepas di bawah ini.
![]() |
Sebelum dan Selepas menggunakan Jolie Shimmer Shine |
Selain itu, dengan kelebihan yang ada pada Jolie Shimmer Shine ini sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga hanya RM75 sahaja. Haaaa! Berita gembira untuk anda, ena tengok tengah promosi sekarang ini iaitu beli 2 hanya RM100 sahaja. Weehhh! Murah tuuu! Ena nak beli lagi laaa untuk stock akan datang. Ahaks. Nak beli dua jenis warna iaitu Cream dan Caramel.
![]() |
Tidak mengotorkan tangan dengan adanya sponge di compact Jolie Shimmer Shine |
![]() |
Mudah menggunakan Jolie Shimmer Shine |
DETAILS JOLIE SHIMMER SHINE
Jangan risau untuk cuba try test Jolie Shimmer Shine ni, memang best. Walaupun ena ni bukan pandai makeup sangat tapi kalau ena dah rasa selesa tu, ena tidak ragu-ragu untuk share dengan anda produk ini. Namun begitu, setiap kita ada berlainan jenis kulit. Sekiranya ada alahan atau kulit makin breakout, disarankan untuk stop pakai dan dapatkan rawatan yang segera ya.
Okay, bagi mereka yang sedang mencari cream yang boleh menutup parut hitam di wajah, anda boleh memiliki Jolie Shimmer Shine dengan menghubungi pihak pengurusan mereka. Di bawah ini ena share link untuk terus menghubungi mereka. Selamat mencuba.
PROMOSI HARGA!! BELI 2 HANYA RM100 SAHAJA
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
HEADQUATERS:
3 Comments
100 je?? murah tu :D
ReplyDeletemellyacrayola.blogspot.com
Macam best je..
ReplyDeletegood post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com
ReplyDelete