Monday, October 08, 2018

SKIM THOHIR 2018 | BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN

SKIM THOHIR 2018 | BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN | Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) sedang melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.
SKIM THOHIR 2018 by IAFoodhunter

Untuk pengetahuan anda, Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Ena pernah terangkan pada entri ena bertajuk Apa Itu Skim Thohir?. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T.

Selain daripada itu, berita gembira untuk anda semua. 10 hadiah lumayan bakal anda miliki antaranya seperti hadiah utama menunaikan umrah yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. yang bernilai RM28,000 . Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh terjah pada Facebook My Zakat.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN KEMPEN

Kalau anda berminat untuk join kempen ini, anda perlu membuat potongan gaji zakat atau penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:

a) 11 kaunter PPZ-MAIWP
b) Portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my
c) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
d) Majikan di syarikat atau organisasi
e) TALIAN ZAKAT: 1-300-88-5757


Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan pula adalah seperti berikut: 

1) Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
2) Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
3) Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
4) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP 

SKIM THOHIR 2018 by IAFoodhunter


Para pemenang bakal diumumkan ketika Karnival Zakat pada bulan November 2018 akan datang. Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.
SKIM THOHIR 2018 by IAFoodhunter


Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.



Share

Other Article

SKIM THOHIR 2018 | BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN
4/ 5
Oleh