RESTORAN MANGKUK AYAM DPULZE CYBERJAYA
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Lama sungguh ena tak berceloteh di sini mengenai hasil buruan ena sebagai Food Hunter. Oleh itu, tanpa melengahkan masa untuk kali ini ena nak share satu kedai makan yang baru sahaja wujud di dalam Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Nama kedai makan tersebut di beri nama Restoran Mangkuk Ayam . Kepada penduduk Cyberjaya atau yang berhampiran dengan situ, lai lai baca perkongsian dari hasil buruan ena kali ini.

Restoran Mangkuk Ayam ini baru sahaja ditubuhkan pada 15 September 2018, haaa genaplah sebulan hari ini. Ena berbesar hati sangat-sangat kerana dapat juga cuba try test makan makanan yang ada dijual di Restoran Mangkuk Ayam ini. Menu yang ada masih tak banyak lagi buat masa sekarang, inshaAllah mungkin bertambah akan datang. Selain daripada itu, di sini ena perhatikan banyak makanan yang berasaskan mee dan ena ambil kesempatan ini juga untuk mencuba Mee Rojak Ayam Restoran Mangkuk Ayam. Ramai kata sedap, so apa lagi, mohler mencubaaa.
ALAMAT:
Restoran Mangkuk Ayam
P10 Dpulze Shopping Centre,
Cyberjaya
WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11am - 11pm
MENU DI RESTORAN MANGKUK AYAM CYBERJAYA
![]() |
Menu yang ada di Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya |
Ketika ini ena datang bersama dengan partner foodhunting serta kawan-kawan blogger ena yang lain. Pelbagai jenis hidangan yang diberikan untuk kami mencuba tetapi ena pilih untuk cuba try test Rojak Mee Ayam memandangkan itu adalah antara favourite makanan ena. Partner foodhunting ena pula pilih Mee Kari dan Manggo Ais.
Walaubagaimana pun, ena juga hendak share menu-menu lain yang berjaya menarik hati ena untuk cuba try test nanti. Cuma tak semua la ena nak share. Kalau anda ingin tahu lebih boleh sendiri datang ke sini sekiranya anda sudah berada di Pulze Shopping Centre Cyberjaya. Okay? Okay, jejommm tengok gambar makanan yang ada di Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya.
![]() |
Mee Rojak Ayam Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Nasi Lemak Rendang Daging Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Asam Laksa Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Mango Ais Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Mee Kari Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Kuey Teow Sup Ayam Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Tauhu Sumbat Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Mee Rojak Sotong Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Bubur Ayam Restoran Mangkuk Ayam |
FEEDBACK DARIPADA ENA
KEDAI: Keadaan kedainya bersih, selesa untuk menjamu selera di sini. Cuma keluasan kedainya tidaklah sebesar mana, sedang-sedang gittew. Perhiasan kedai pun selari dengan namanya sebab banyak pinggan mangkuk ada lambang ayam jantan.
SERVIS: Servis kat sini okay. Tidak terlampau lambat dan juga tidak terlampau cepat. Pelayan kat Restoran Mangkuk Ayam pun okay, sedia melayan tetamu yang ada dengan baik walaupun kedai dipenuhi dengan pelanggan.
![]() |
Keadaan Restoran Mangkuk Ayam |
![]() |
Depan Restoran Mangkuk Ayam |
KEMUDAHAN: Memandangkan Restoran Mangkuk Ayam ini berada di dalam mall, so segala kemudahan yang ada dalam mall boleh digunakan seperti toilet, surau dan parking.
MAKANAN: Ena paling suka Mee Rojak Ayam kat sini, sedap kuah kacangnya. Tak menyesal ena pilih menu ini. Lepas tu ena makan Pecal Sayurnya pula, fuhhh terbaiklah walaupun berasaskan sayur. I like sayur what. Hiks. Kesedapan kuah kacangnya yang menaikkan lagi selera makan ena. Selain itu, ena cuba mee kari pula. Sedap dan banyak kuantitinya cuma rasa aroma bunga cengkihnya terlebih bagi pendapat ena. Kalau dikurangkan rasa tu, mesti double triple sedap. Maaf, menu yang lain ena tak dapat nak merasa sebab perut full sudah. Ahaks. Nanti nak repeat makan kat sini lagi. InshaAllah.
HARGA: Harga makanan kat sini berpatutan dengan makanan yang dihidangkan. Tidak terlampau mahal, standard harga kedai-kedai di dalam mall. Tambahan pula, Dpulze Shopping Centre ni pun di Cyberjaya.
DETAILS RESTORAN MANGKUK AYAM
Seperti yang ena tuliskan di atas, restoran ini baru sahaja dibuka sebulan yang lepas, restoran ini hanya ada Facebook official sahaja. Kalau anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca dan usya facebooknya. Di bawah ini ena kongsikan link untuk ke sana. Sebelum ena akhiri patah perkataan ena, ena berharap pihak Restoran Mangkuk Ayam akan kekalkan pretasi seperti sekarang malah keep moving forward.
Itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada ena, inshaAllah lepas ini ena kongsikan lagi tempat-tempat makan yang ena bakal memburu nanti. Terima kasih sudi baca bebelan ena kali ini dan jangan lupa untuk share entri ini kepada rakan-rakan serta family anda ya.
Itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada ena, inshaAllah lepas ini ena kongsikan lagi tempat-tempat makan yang ena bakal memburu nanti. Terima kasih sudi baca bebelan ena kali ini dan jangan lupa untuk share entri ini kepada rakan-rakan serta family anda ya.
![]() |
Para bloggers yang serbu Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya. |
FACEBOOK:
2 Comments
sdap2 menu dia..:)
ReplyDeleteSedapnyaaa tengok semua makanan.. Perut tiba2 jadi lapar pulak.. Nanti kalau pergi cyberjaya.. Boleh lah singgah kejap. .Hihi
ReplyDelete