Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Setiap hari raya, selain daripada kuih raya, rumah ena mesti hidangkan kek. Tak kira kek lapis ke, brownis ke, janji kek la. Tetamu yang datang beraya pun akan serbu kek terlebih dahulu, termasuklah diri ena ni. Ahaks. Lagi-lagi kek tu cantik dari mata memandang, sedap dan menyelerakan.
Semperna Hari Raya Aidilfitri tak lama je lagi ni, ena nak suggestkan satu tempat untuk buat tempahan kek secara online bagi anda yang ingin menghidangkan kek untuk para tetamu yang datang nanti. Website tersebut adalah Eat Cake Today . Jejom ena nak share serba sedikit mengenai website ini kepada anda.
EAT CAKE TODAY BELI KEK SECARA ONLINE
Eat Cake Today merupakan satu laman sesawang (Website) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk mereka yang hendak membeli kek untuk perayaan masing-masing. Kalau nak beli untuk makan suka suki pun boleh. Ehhh. Bagi yang penggemar kek tu, ena sarankan untuk anda pergi ke websit ini dan ena yakin anda mesti jadi rambang mata kerana terdapat lebih 300 jenis kek yang dijual dari 40 jenis local bakery. Banyakkannn!! Ena masuk dalam website ni pun jadi rambang mata dan terliur tengok kek-kek yang sangat menyelerakan serta bentuknya nampak aumm aummm.
Lagi bestnya, Eat Cake Today ini mengamalkan konsep "Booking & Delivery" dimana mereka akan delivery kek kepada anda sendiri pada hari dan waktu yang anda kehendaki, paling cepat 4 jam mereka boleh hantar kek tersebut kepada tempat anda. Delivery hanya di buat dalam sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja ya.
![]() |
Cara-cara nak order kek di Eat Cake Today |
Anda tidak perlu risau, bahan-bahan kek yang dijual adalah halal dan sudah disahkan oleh pihak JAKIM. Pihak Eat Cake Today juga akan pastikan kek yang dijual boleh dimakan oleh semua pihak, bersih dan kualiti mesti bagus. Kek yang anda dapat pun nanti akan dalam keadaan yang baik. Sangat sesuai beli kek di sini untuk majlis perayaan anda sebab anda juga boleh customize kek yang anda kehendaki. Mungkin la ada charge lebihan untuk yang customize tapi puas hati dengan layanan dan servis yang bakal mereka berikan.
KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA
Lagi beberapa hari kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan kita berpuasa. Seperti yang ena katakan di atas, Eat Cake Today juga ada buat promosi kek untuk raya kali ini. Kek khas untuk raya pun turut ada, cantik pula tu. Haaa! Mari ena share antara kek yang berjaya menambat hati ena.
![]() |
Promosi setiap pembelian kek di Eat Cake Today. Dapatkan sekarang, masih belum terlambat |
Ooohhh lupa nak bagi tahu yang ena sendiri sudah cuba try test kek yang dijual di Eat Cake Today tau. Antaranya seperti Cake Sense, Cat & The Fiddle, The Honest Treat dan Just Heavenly. Okay jom kita tengok gambar-gambar kek yang ena pernah cuba try test.
![]() |
Bulan Sabit Cake, 6 inch |
![]() |
Hari Raya Jelly Cake |
![]() |
Raya Jelly Cupcakes |
![]() |
Raya Cupcakes, ada 6 ketul |
![]() |
Raya Cookies Set |
UNTUK KETAHUI HARGA, ANDA BOLEH KLIK: SINI
![]() |
Banyak lagi kek special untuk Hari Raya Aidilfitri di Eat Cake Today. |
Geram tak! Ini bukan budak kecil je yang geram nak makan, orang dewasa macam ena ni pun terliur. Majoriti kek yang ena dah cuba try test ni sedap dan berpatutan la dengan harga yang kita beli. Struktur keknya yang lembut, tak over manis, dan memang terbaiklah.
![]() |
Sticky Date Toffee |
![]() |
Variety of Cupcake |
![]() |
Carrot Pecan Cake, 6 inch |
![]() |
Flourless Orange Cake, 6 inch |
Terutama cheesecake daripada Cat & The Fiddle, ena pernah story mory mengenai kek ni di sini : http://www.inaainaa.com/2016/11/antara-durian-cheesecake-yang-terbaik.html. Cheesecake kat sini antara favourite ena sebab cheesecakenya tak muak pun. Lepas tu ada pelbagai perisa pula tu. Makan time cheesecake ni dalam keadaan sejuk, lagi mantopppp! Ena tak tipu, sungguh ni. Anda patut cuba dan judge sendiri tau. Heeee.
DETAILS EAT CAKE TODAY
Cantik-cantikkan kek yang dijual di Eat Cake Today. Sesuai sangat dihidangkan atas meja tetamu untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. So, apa tunggu lagi, mari beli kek pilihan anda dan buat tempahan sekarang untuk dapatkan potongan harga 10% sahaja. Peringatan, delivery hanya di buat dalam sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja. Bagi yang hendak pulang ke kampung, boleh buat tempahan sekarang dan bawa pulang untuk orang tua yang tercinta.
![]() |
Lets Eat Cake Today! |
WEBSITE:
INSTAGRAM:
FACEBOOK:
CARELINE:
017-8800153
Itu sahaja perkongsian daripada ena. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin ya.
8 Comments
waaaa.. tgk je dah tau sedap ni. hehe
ReplyDeletesedap plak nengoknya
ReplyDeleteFuhhh..banyaknya kek .. tak habis..rabia boleh tolong habiskan kek tu
ReplyDeletecantiknyaaa!
ReplyDeletetngok pun dah terliurr...huhu
ReplyDeleteMenarik tengok kek tu... Baru nak order... Sekali area kl je.. Huhu..
ReplyDeleteTerliur tengok kek nya tu.. memang suka kek jugak.. tapi baru berangan nak beli sekali tengok ade kat kl & pj je.. huhu
ReplyDeletealahai comel2..nye semuaaaa!! hahah sayang nak makann mesti sedap kan
ReplyDelete