Saturday, June 02, 2018

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE

PPZ MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE | Hidup zaman sekarang ini sudah mudah dengan kebanyakkan urusan kehidupan kita boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Begitu juga dengan pembayaran zakat yang sekarang ini anda boleh bayar melalui online sahaja. Anda boleh layaran laman sesawang Pusat Pungutan Zakan MAIWP (PPZ-MAIWP).

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter

Setibanya bulan Ramadan Al-Mubarak ini, kita sebagai umat Islam difardhukan untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat diri tidak kira lelaki mahupun perempuan. Zakat juga merupakan rukun Islam yang ketiga, oleh itu kita dikehendaki untuk membayar zakat bagi yang berkemampuan. Zakat ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.


PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter

Sukacitanya, mulai sekarang anda sudah boleh membayar zakat secara online sahaja. Semuanya dihujung cara. Anda boleh mendapatkan maklumat zakat ini melalui laman web PPZ-MAIWP. Kemudahan yang disediakan ini, sedikit sebanyak meringankan juga beban mereka yang tidak sempat atau tiada masa untuk ke pusat zakat untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam ini. Selain itu, kelebihan yang paling penting secara online ini untuk kita semua anda boleh baca di bawah ini. Ena ada senaraikan kenapa anda perlu memilih membayar zakat secara online di laman sesawang PPZ-MAIWP.


MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE

Antara sebab bayar zakat adalah seperti berikut:

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter


1) Cepat & Pantas
Pembayaran zakat boleh diselesaikan hanya lebih kurang 2 minit sahaja menggunakn FPX atau debit atau kad kredit Islam. Tidak perlu mencari kaunter bayar zakat yang berdekatan dengan anda lagi.

2) Hanya di Hujung Jari
Tidak perlu habiskan tenaga beratur panjang di kaunter pembayaran zakat kerana anda boleh membayar zakat menerusi telefon bimbit atau komputer riba masing-masing.

3) 24 Jam, 7 Hari
Anda boleh membayar zakat bila-bila masa sahaja, ketika pejabat sudah tutup pun anda boleh membayar zakat menerusi online.

4) Kira Zakat Dengan Mudah
Hanya dengan isi borang ONLINE yang disediakan dan anda sudah boleh mengira zakat yang anda perlu bayar. Mudahkan?

5) Kalkulator Zakat
Kalkulator khas untuk membuat kiraan zakat dengan tepat dan selamat, sama ada anda wajib berzakat atau tidak.

6) Semakan Bayaran
Anda boleh menyemak bayaran zakat anda yang lepas dengan cepat dan mudah.

7) Kemaskini Maklumat
Dari sini, anda boleh membuat pengubahan mengenai maklumat peribadi, alamat surat menyurat dengan selamat.


DETAILS BAYAR ZAKAT ONLINE PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter

Betapa mudahnya untuk membayar zakat pada zaman sekarang, semua hanya di hujung jari dengan dunia yang tanpa sempadan ini. Tiada lagi alasan untuk tidak membayar zakat lagi, semuanya ada di laman sesawang PPZ-MAIWP. Di bawah ini ena sediakan link serta nombor telefon untuk hubungi pihak mereka.

WEBSITE:

FACEBOOK:

HOTLINE:
1-300-88-5757

Share

Other Article

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE
4/ 5
Oleh

1 Comments:

Comments
avatar
2.6.18

mudah skrang so takde alasan orang tanak bayar. wajib bayar tu keatas yang mampu..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)