SUMBANGAN NUR RAMADAN DISALURKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Alhamdulillah, lebih kurang daripada 20 hari
sahaja semua umat Islam bakal meraikan bulan yang sangat mulia iaitu bulan
Ramadan Al-Mubarak, bulan dimana kita semua akan berpuasa selama sebulan. Ena
rasa macam baru je lagi sambut bulan Ramadan hari tu, rupanya sudah nak dekat
setahun. Cepat betul masa berlalu. Namun, ena bersyukur kerana diberikan
pelbagai kemudahan dan kesempatan untuk menyambut bulan puasa dengan
gembiranya. Cukup makan, cukup perbelanjaan, cukup masa dan pelbagai lagi
kemudahan.
![]() |
Sumbangan Nur Ramadan. Sumber: Google |
Namun begitu, kita kena beringat juga
bahawa ada antara kita yang kurang bernasib baik seperti kita dimana mereka tak
mampu meraikan bulan Ramadan serta Syawal segembira dan semewah kita semua. Bak
kata pepatah, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Terutamanya
golongan seperti golongan asnaf.
Sara hidup di ibu kota, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur ini sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Tempat memang
nampak gah secara luarannya kerana dikenali sebagai ‘Ibu Kota kepada Negara’. Namun
bukan semua penghuni di situ memiliki kemewahan yang melimpah ruah serta
kesenangan hidup sepanjangan masa. Golongan yang kurang bernasib baik ini juga
ada menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu. Sangat kasihan pada
golongan asnaf ni, tambahan pula kena teruskan kehidupan mereka di sana yang
penuh dengan ujian kehidupan serta rezeki masing-masing.
SUMBANGAN NUR RAMADAN
![]() |
Aktiviti Sumbangan Nur Ramadan. Sumber Gambar: Google |
Demi menangani masalah serta beban yang ditanggung oleh golongan asnaf ini, terutama pada bulan Ramadan yang mulia, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergading bahu mengadakan satu program yang sangat mulia iaitu Sumbangan Nur Ramadan. Program ini diterajui oleh Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Program Sumbangan Nur Ramadan ini bertujuan
untuk meringan beban yang dialami golongan asnaf terutamanya ibu tunggal,
anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga yang kurang
berkemampuan. Program ini akan kembangkan sayapnya ke 13 kawasan Parlimen di
Wilayah Persekutuan yang lain, termasuklah Putrajaya dan Labuan.
Ketika program ini berlangsung, beberapa aktiviti yang bakal dijalankan bersama dengan golongan asnaf ini seperti majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, majlis penyampaian sumbangan dan pelbagai lagi aktiviti yang ada yang dapat menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini. Sebarang informasi terkini mengenai program serta aktiviti akan di update dari semasa ke semasa.
![]() |
Aktiviti Sumbang Nur Ramadan pada golongan asnaf. Sumber Gambar: Google |
Dengan harapan yang tinggi semoga tujuan utama program seperti ini tercapai dan dapat memberikan sinar kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tiada jurang antara yang kurang bernasib baik dengan mereka yang berkemampuan serba serbi. Semua dapat merasai dan menikmati rezeki yang Allah bagi pada kita semua terutama ketika bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Semoga semua umat Islam di negara ini, tidak kira pangkat atau darjat, dapat menyambut bulan Ramdan Al-Mubarak bersama-sama dengan rasa lebih gembira dan lebih bersyukur dengan apa yang nikmat diberikan. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Alhamdulillah lagi sekali, negara kita yang dicintai ini, Malaysia, masih aman dan bertuah lagi kalau hendak dibandingkan negara Islam yang sedang bergelut dengan musuh. Namun, kita di sini jangan lupa berdoa juga untuk umat Islam di sana supaya dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah.
29 Comments
Alhamdulillah..mereka bantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteBagus la program ni, membantu mereka yang betul2 memerlukan
ReplyDeleteMoga ramadhan kali ini ada lagi program-program macam ni...
ReplyDeleteNak dekat-dekat bulan puasa ni memang kencang la agensi korporat menjamu anak yatim dan asnaf.
ReplyDeleteMoga sedekahnya beroleh keberkatan.
Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.
ReplyDeletedengan bantuan yg diberi tu, tak adalah golongan ASNAF ni rasa terpinggir di negara sendiri..patut diteruskan program ni pada bulan2 biasa juga...
ReplyDeletesambil kita bergembira, tak lupa pada insan yg memerlukan pertolongan ...
ReplyDeletesemoga usaha ini diteruskan dan diberkati. Semoga mereka yang menerima dapat menjalani ibadah dengan lebih mudah dan tenang.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Moga program ni meringankan bebanan mereka tuk menyambut Ramadhan tak lama jer lagi ni
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ramai yang prihatin. Semoga program di akan di teruskan demi membantu golongan yang kurang upaya
ReplyDeletediharapkan program2 mcm ni bukan shj dilakukan di bulan ramadan tapi di bulan2 yg lain bg membantu golongan asnaf ni..diorg ni x de sape nak mintk tolong dah kan
ReplyDeleteDengan bantuan nih boleh la ringankan sikit beban dorang kan.
ReplyDeletejelas terpancar dimata mereka pabila menerima bntuan sebegini.. moga ramadan kali ini lebih bmakna
ReplyDeletesian mereka. mujur ada yg perihatin membantu kan.. alhamdulillah ;)
ReplyDeleteharap harap program ni diteruskan pada masa hadapan
ReplyDeleteAlhamdulillah. semoga menjadi nur buat golongan asnaf
ReplyDeleteramadhan dan nak dkt, selain dr menyemarakkan bulan mulia ini, dptla bntu mereka yg memerlukan
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada lagi insan yang prihatin dengan golongan asnaf ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat jugak meringankan beban dia orang.
ReplyDeleteSumbangan yang menceriakan hati golongan yang tidak berkemampuan.. :)
ReplyDeleteAmalan mulia yg harus dikekalkan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sedikit sebanyak dpt membantu kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah... ringan sikit beban depa...
ReplyDeletediharap bantuan ini dapat membantu mereka kan? #hebatkannegaraku
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah, ada usaha2 yang murni macam ni. Moga diberkati :)
ReplyDeleteDapat bagi keceriaan buat yang memerlukan
ReplyDeletealhamdulillah, semoga program ini memberi manfaat yang sepatutnya kepada penerima nya.
ReplyDeleteSemoga usaha murni ni bukan saje pd ramadhan tahun ni, tp setiap tahun. Syukur masih ada yg prihatin.
ReplyDeleteBesar makna kepada mereka.. :)
ReplyDelete...