PERMATA HATI WILAYAH MEMBANTU MENGURANGKAN BEBAN PARA IBU
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena dahulunya seorang yang berhati besi, namun bila
umur kian meningkat ni hati dan perasaan ena ni mudah tersentuh, sensitive dan
mudah sebak, macam hati ini sudah jadi kapas tisu tu semua la. Uhuks. Tambahan
pula, kalau ternampak orang tua, seorang diri atau berdua, lagi bertambah rasa
sebak je dada ni. Silap hari bulan, boleh mengalir air mata ni dengan
tiba-tibanya. Sama juga bila dengar cerita mengenai kisah ibu tunggal yang
kurang bernasib baik la, golongan kurang upaya serta golongan yang kurang
bernasib baik.
Baru-baru ini ketika
ena sedang menaiki kemudahan awam di ibu kota, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, ternampak seorang ibu membawa anak-anak kecilnya menaiki kenderaan awam
tersebut sambil memegang barangan yang dibeli dalam keadaan termengah-mengah.
Melihat keadaan macam tu pun ena dah rasa sedih dan sayu. Dalam hati merintih,
beginilah pengorbanan seorang ibu.
Selain daripada itu, ena pernah juga mendengar rintihan ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik dalam rezeki kehidupannya di ward postnatal, hospital dirahsiakan. Allahu, menitis air mata ni dan ena bersyukur sangat dengan rezeki yang ada sekarang sebab kat luar sana ada yang lebih susah dan peritnya hidupan mereka. Kadang kala hati kecil ni merungut juga apabila melihat orang lain rezekinya melimpah ruah, tak sama macam diri ni. Namun, bila diri sendiri sudah berhadapan dengan pesakit sendiri dan juga menjadi telinga untuk mereka, ena rasa kehidupan ena ni cukup-cukup bertuah dah. Cuma tak tahu la, kehidupan ena ni bagaimana untuk masa depan yang akan datang ni. Hidup sekarang ni pun ena dah terasa susah dan mencabar. Hmmmmm.
Selain daripada itu, ena pernah juga mendengar rintihan ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik dalam rezeki kehidupannya di ward postnatal, hospital dirahsiakan. Allahu, menitis air mata ni dan ena bersyukur sangat dengan rezeki yang ada sekarang sebab kat luar sana ada yang lebih susah dan peritnya hidupan mereka. Kadang kala hati kecil ni merungut juga apabila melihat orang lain rezekinya melimpah ruah, tak sama macam diri ni. Namun, bila diri sendiri sudah berhadapan dengan pesakit sendiri dan juga menjadi telinga untuk mereka, ena rasa kehidupan ena ni cukup-cukup bertuah dah. Cuma tak tahu la, kehidupan ena ni bagaimana untuk masa depan yang akan datang ni. Hidup sekarang ni pun ena dah terasa susah dan mencabar. Hmmmmm.
PROGRAM PERMATA HATI WILAYAH
Bercerita mengenai ibu tunggal ni, baru-baru ini ena ada terbaca tentang satu program untuk para ibu tunggal atau ibu muda di luar sana yang baru melahirkan anak terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. Yela, sekarang ni semua barang dah naik harga. Barang-barang bayi pun bukan la murah ena tengok kat pasaraya tu. Barang-barang tu semua adalah barang keperluan untu bayi. Ena sangat simpati pada pasangan yang baru menerima cahaya mata ni tetapi tidak berkemampuan, kasihan pada si anak kecil tu.
Namun, ena berasa lega sedikit bila tahu Program
Permata Hati Wilayah ni wujud. Ena sediri tak tahu sebelum ni, maaflah terkuno
sejenak. Ahaks. Okay, ena nak kongsi sedikit la mengenai program ini. Program
Permata Hati Wilayah ini bertujuan untuk mengurangkan beban ibu tunggal atau
ibu muda di luar sana yang baru melahirkan anak terutama bagi mereka yang
kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. Ini merupakan salah satu antara inisiatif
pihak Wilayah Persekutuan dimana aktiviti-aktivitinya disokong oleh Puteri Umno
Titiwangsa.
AKTIVITI LAWATAN KE HOSPITAL
Pihak mereka akan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal atau pasangan yang kurang berkemampuan dengan cara membuat lawatan ke hospital-hospital yang terpilih. Bantuan yang disumbangkan seperti barangan atau perkakas keperluan bayi dan lain-lain lagi yang mampu meringan beban ibu tunggal atau pasangan yang kurang bernasib baik.
Sekali gus dengan harapan mereka atas sumbangan ini dapat meringankan beban serta mengembalikan senyuman kepada ibu tunggal atau pasangan yang seperti dikatakan. Macam ena bebel sebelum ini, hidup kita ni makin hari makin mencabar. Bagi yang nasib hidupnya baik, Alhamdulillah. Namun, ena bayangkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Allahu, ena rasa ena pun tak kuat nak harungi.
Apapun, ena berharap dengan ada program mulia sebegini sedikit sebanyak dapat menolong serta mengurangkan beban ibu tunggal atau pasangan yang nasibnya tidak sebaik seperti pasangan yang lain. Malah, semoga Program Permata Hati Wilayah ini juga dapat membuka mata dan hati rakyat sekeliling yang ter’buta’ dengan nikmat dan keseronokan hidup yang telah dikecapi selama ini.
InshaAllah, bila kita sama-sama menolong orang yang susah, Allah akan menolong kita semula sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tak rugi pun menolong orang lain. Betul tak? Okay, itu jelaaa bebelan ena kali ini. Jangan lupa sharendengan kawan-kawan mahupun keluarga tentang Program Permata Hati Wilayah ni ye. Terima kasih.
16 Comments
memang bagus adanya program macam ni ena
ReplyDeleteMesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)
ReplyDeleteBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletesumbangan yang menceriakan pasangan ..
ReplyDeleteBagus tau program mcm ni. Sumbangan barang baby ni, kalau yg x mampu beli memang rasa terbeban sgt. Bila dpt sumbangan, Alhamdulillah.
ReplyDeletehappylah si ibu dpt surprise gift mcm ni ...
ReplyDeleteBeruntunglah ibu ibu di KL tu ye ...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki baby.
ReplyDeleterezeki anak anak di KL kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ringan sikit sakit bila ada yang datang melawat di hospital
ReplyDeleteProgram macam ni elok diteruskan
ReplyDeleteBagus program macam ni
ReplyDeletebantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.
ReplyDeleteSiapa yg tak gembira..dpt anak dan dpt hadiab lagi kan
ReplyDeletealhamdulillah syukurr~ #hebatkannegaraku
ReplyDeletebagus ni..huhu tp org wilayah je la dpt kan? ad lagi ke ni sbb titiwangsa da diambil alih pkr kikki
ReplyDelete