Thursday, May 17, 2018

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT | Alhamdulillah, lagi sekali  kita sebagai umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Sekejap je masa berlalu kan. Ena rasa macam baru sahaja beraya pada bulan 7 tahun lepas. Fuhhhh! Mesti you all tengah excited kan??? Yela, masing-masing ingin menikmati keindahan bulan puasa kali ni bersama dengan family mahupun dengan rakan-rakan atau orang yang disayangi. Sudah rancang untuk berbuka puasa di mana nanti? Pada minggu pertama sudah pasti ada yang mengambil peluang untuk berbuka di rumah bersama family kannn. Ena je masih berpuasa diperantauan. Sobs! 

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Ena dan partner Foodhunting ena, Yazid untuk merasai Buffer Ramadan Restoran Bangi Golf Resort 2018

Namun sekiranya ada yang ingin berbuka di luar bersama keluarga tersayang, mari ena nak share satu tempat makan yang menyediakan Buffet Ramadan yang telah lama dikenali oleh orang ramai. Buffet Ramadan tersebut bertempatkan di Restoran Bangi Golf Resort (BGR), Bangi. Siapa pernah berbuka di sini?? Best tak? Mari kongsika di ruang komen ya. Alhamdulillah, pada tahun ini lagi sekali ena diberi peluang untuk kongsikan kepada you all tentang Buffet Ramadan 2018 Restoran Bangi Golf Resort. Menarik menu Buffet Ramadan kali ini. Nanti ena share di bawah. Pada tahun-tahun sebelum ini pun ena ada kongsikan juga Buffet Ramadan di sini, you all dijemput baca pada Suasana Beriftar di Bangi Golf Resort 2015 dan Buffet Ramadan Bangi Golf Resort 2017.


BUFFET RAMADAN 2018 RESTORAN BANGI GOLF RESORT

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Tema Buffet Ramadan Restoran Bangi Golf Resort 2018, Kebun Dalam Bandar

Pada mereka di luar sana yang gemar dan suka berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort (BGR), pada Ramadan 2018 kali ini, pihak mereka bakal menyediakan hidangan Buffet Ramadan yang kepelbagaian, mewah dan menyelerakan. Lebih daripada 200 jenis hidangan gastronomik yang bakal disediakan nanti, makanan masakan barat, timur dan juga Melayu. Oleh itu, you all boleh penuhkan perut you all dengan kepelbagaian jenis makanan yang ada di Restoran BGR.

Bagi yang tidak pernah lagi cuba try test berbuka puasa di sini, jangan risau tentang status kebersihan dan halal kat sini. Restoran BGR ini telah mendapat status halal daripada JAKIM sejak tahun 2009, malah telah diiktirafkan sebagai restoran yang sangat patuh dengan polisi halal dalam negeri Selangor. Berikut pula adalah tarikh serta details Buffet Ramadan 2018 Restoran BGR.


TARIKH BUFFET RAMADAN:
19/5/2018 (Sabtu) - 13/6/2018 (Rabu)

HARGA BUFFET:
Dewasa: RM59 (Seorang)
Kanak-kanak: RM29.50 (seorang)

KEMUDAHAN:
800 tempat letak kenderaan, Surau, Toilet


MENU BUFFET RAMADAN 2018 RESTORAN BANGI GOLF RESORT

1) Sajian Eksklusif

Para tetamu boleh merasai keenakan makanan yang sangat digemari oleh orang ramai iaitu Daging Bakar dan Sup Kambing Mamak. Panas-panas disediakan kepada you all semua. Selain itu, you all boleh menikmati Satay Ayam dan Daging serta Kuey  Teow goreng dan Mee Mamak.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


2) Hidangan Barat Moden

Di bahagian ini pula, menyediakan masakan dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Kalau ada yang berminat untuk menu Lasagna Ayam dan Spaghetti Carbonara, you all boleh dapatkan di sini juga.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


3) Masakan Melayu dan Tradisional

Bertemakan "Kebun Dalam Bandar" di mana chef Restoran BGR menanam sendiri sayur-sayuran organik di sini dan menggunakan tanaman tersebut untuk juadah berbuka puasa di sini. Antara menu yang meletop untuk bahagian ini adalah Nasi Kerabu atau nasi biru yang diperbuat daripada kelopak bunga Telang, dan warna biru tu pastinya bukan daripada pewarna tau. You all juga boleh menikmati Laksa Tradisional Sarawak dan Laksa Tradisional Singapura.


BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


4) Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna

Restoran BGR juga menyediakan Nasi Ayam Hainan yang menggunakan cara masakan berteknologi tinggi untuk memberikan rasa yang empuk dan berjus pada daging ayam tersebut. Tidak lupa dengan menu kegemaran ramai iaitu Daging Masak Lada Hitam dan juga menu terbaru mereka iaitu Filet Ikan digoreng dengan Sos Mentega.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


5) Pencuci Mulut

Pencuci mulut kat sini memang banyak dan rambang mata. Dari pemanis mulut hingga la buah-buahan, you all boleh makan sepuas hati dan semampu perut masing-masing. Ena nak senaraikan satu-satu memang tak boleh la, banyak. Kalau nak tahu lebih lagi, marilah sendiri berbuka puasa di sini.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


FEEDBACK DARIPADA ENA

Buffet Ramadan Restoran Bangi Golf Resort kali ini berjaya memuaskan hati ena dengan kesedapan dan hidangan daripada pihak mereka. Setiap tahun ena merasai Buffet Ramadan di Restoran BGR ini, tidak pernah mengecewakan ena malah setiap tahun itu ena rasa keenakan masakannya semakin bertambah.

Selain itu, tempat pun selesa untuk berbuka puasa. Ada penghawa dingin dan tidak berpenghawa dingin. Toilet dan surau pun dekat dengan dewan makan Restoran BGR. Sangat memudahkan mereka untuk menunaikan solat di sana. Harga untuk Buffet Ramadan Restoram BGR pun sangat berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan serta minumannya.

Kawan-kawan ena a.k.a patner foodhunter ena menikmati Buffet Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Dewan Kenanga Restoran Bangi Golf Resort

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Tempat makan yang lain di sediakan juga di Restoran Bangi Golf Resort

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Persembahan untuk memeriahkan majlis berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort. Bermula 6.30pm hingga 9.30pm

Untuk pengetahuan you all, sebanyak 1% daripada keuntungan yang pihak Restoran BGR dapat akan disalurkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tambahan juga, pihak mereka juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan serta menyelamatkan makanan yang berlebihan dari Buffet Ramadan ini untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.


DETAILS TEMPAHAN BUFFET RAMADAN RESTORAN BGR

Kepada mereka yang ingin buat tempahan, details harga dan tarikh boleh rujuk di atas ya, you all boleh hubungi pihak mereka dengan details di bawah ini.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


ALAMAT
Restoran Bangi Golf Resort 
No.1, Persiaran Bandar, 
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(Boleh guna Waze / Google Map)


HOTLINE 
1700-81-8557 (Tempahan / Pertanyaan)


FACEBOOK: 

INSTAGRAM:

WEBSITE:


HASHTAG:
#BGRBuffetRamadhan18  #BangiGolfResort  #makansedap


Share

Other Article

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT
4/ 5
Oleh

2 Comments

Comments
avatar
20.5.18

BGR ni mmg xpernah mengecewakan...huhu... tapi aritu xdpt nk join....

Reply