BUFFET RAMADHAN 2018 PUSAT KONVESYEN SHAH ALAM (SACC)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Salam Ramadhan Kareem semua, bagaimana puasa you all? Baik?? Alhamdulillah, ena setakat ni bersyukur sebab diberikan kekuatan pada tubuh badan untuk berpuasa seharian dan dalam masa yang sama selesaikan kerja apa yang patut. Okay, ena nak kongsikan satu lagi tempat Buffet Ramadan yang ena pergi baru-baru ini iaitu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.
![]() |
Para blogger yang memeriahkan Buffet Ramadan 2018 SACC |
Alhamdulillah, terima kasih pihak SACC atas jemputan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa SACC Bersama Anak Yatim 2018 baru-baru ini. Sekali gus, ena ambil peluang ini untuk kongsikan dengan you all mengenai Buffet Ramadan di sini dan juga majlis berbuka puasa seperti yang telah disebut sebelum ini. Ena sebenarnya dah lama pasang niat hendak berbuka puasa bersama-sama dengan anak yatim. Tahun ini, Alhamdulillah, dapat juga ena berbuka puasa bersama mereka walaupun tidak semeja. Ena suka join program mulia sebegini sebab ena suka tengok kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.
PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)
Mari ena share sedikit mengenai Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) memandangkan ena tidak pernah ulaskan lagi. Okay, SACC ini merupakan ikon kebanggaan Bandar Raya Shah Alam dan juga tempat untuk mereka ingin melakukan event seperti perkhidmatan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Malah, masa ena pergi kat situ, di dalamnya ada terletak bistro yang diberi nama Westside Bistro. Bistro ini beroperasi dari jam 7am hingga 11am.
![]() |
Sedikit tazkirah ketika pembukaan Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak Yatim |
Apa yang ena tahu, SACC ini memang sinonim dengan amalan kemasyarakatan, dan pada tahun ini SACC telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di mana ena pun turut sertai juga baru-baru ini. Aktiviti yang dijalankan ketika majlis berbuka puasa ini adalah seperti memberi sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim. Program ini dijalankan atas kerjasama pihak SACC dengan ADABI Consumers Industries Sdn.Bhd yang bertujuan untuk menggembirakan dan membantu sedikit sebanyak anak-anak ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. InshaAllah.
Ena turut gembira melihat anak-anak yatim ni seronok berbuka puasa di SACC dengan Buffet Ramadan yang sangat meriah dan kepelbagaian makanannya. SACC meneruskan kemeriahan Buffet Ramadan 2018 dengan bertemakan Warisan Tradisi dan menyediakan lebih daripada 100 jenis hidangan resepi turun temurun khas buat pengunjung SACC. Di bawah ini ena share details Buffet Ramadan di sini.
TARIKH BUFFET RAMADAN:
18/5/2018 (Jumaat) - 13/6/2018 (Rabu)
HARGA BUFFET:
Dewasa: RM88 (Seorang)
Kanak-kanak: RM52 (seorang)
Warga Emas: RM52 (Seorang)
Warga Emas: RM52 (Seorang)
KEMUDAHAN:
Tempat letak kenderaan, Surau, Toilet
Selain daripada itu, untuk bulan yang mulia ini pihak SACC juga melakukan satu lagi amalan yang murni iaitu berusaha mencari dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan di mana setiap pembelian Buffet Ramadan dengan harga RM88+, sebanyak RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan ini. Inisiatif yang murni ini juga atas kerjasama pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Semoga bantuan sumbangan sebegini dapat menolong mereka yang kurang bernasib baik di sana.
![]() |
Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak Yatim 2018 |
![]() |
Alhamdulillah seronok lihat anak-anak kecil ni berselera berbuka puasa di Buffet Ramadan SACC 2018 |
MENU BUFFET RAMADAN 2018 PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM
Berikut adalah segelintir menu yang ena sempat ambil gambar sebab ena dah tak sabar nak berbuka masa ni. Ahaks. Ada pelbagai jenis lagi makanan dan minuman yang disediakan untuk juadah berbuka puasa kat sini. Kalau nak tahu, you all boleh ambil pengalaman sendiri dengan berbuka puasa di sini.
![]() |
Kambing Bakar yang wajib ada di Buffet Ramadan 2018 SACC |
![]() |
Kacang Pool di Buffet Ramadan 2018 SACC. Ini first time ena makan kacang pool. Sedappp! |
![]() |
Pelbagai aneka buah-buahan yang ada di Buffet Ramadan 2018 SACC |
![]() |
Kalau nak makan nasi berlauk pun ada di Buffet Ramadan 2018 SACC. Semua sedap dan menyelerakan. Nyummm! |
![]() |
Menu paling ena suka makan di Buffet Ramadan 2018 SACC. Ena tak ingat namanya tapi ena panggil cucur cendawan. |
![]() |
Bagi penggemar kerabu, di Buffet Ramadan 2018 SACC ada pelbagai jenis kerabu yang anda boleh rasai |
![]() |
Kepelbagaian ulam yang enak dimakan dengan sambal yang super duper aaaummm. Hanya di Buffet Ramadan 2018 SACC |
![]() |
Kuih-muih tradisi pun turut ada di Buffet Ramadan 2018 SACC. |
![]() |
Pencuci mulut yang menyelerakan di Buffet Ramadan 2018 SACC |
![]() |
Minuman panas di Buffet Ramadan 2018 SACC |
![]() |
Minuman sejuk di Buffet Ramadan 2018 SACC |
DETAILS TEMPAHAN BUFFET RAMADAN SACC
Kepada yang bercadang untuk berbuka puasa di sini, ena alu-alukan sangat dan you all boleh contact dengan pihak mereka sahaja. Ena share dibawah ini cara untuk hubungi pihak mereka. Mengenai tarikh dan harga, ena sudah kongsikan di atas ya.
![]() |
Kami, Foodhunter dan Foodblogger di Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak Yatim 2018 |
![]() |
Dewan makan yang selesa untuk para tetamu menikmati Buffet Ramadan 2018 SACC |
TELEFON:
03-5511885
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
1 Comments
bestnya...ntah bila la masa free dapat bbuka sini..
ReplyDeletejemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ