Tuesday, March 20, 2018

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK


G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK | Ena kalau sehari tu terskip waktumakan, mesti perut rasa sakit kat bahagian hulu hati ena ni. Takpun, kalau ena dalam keadaan stress ke, penat ke, lepas tu tak makan ikut waktu, haaaaa..siap sedialah perut ni mula meragam. Sama ada ena jadi hypo, atau ena mengalami gastrik yang teruk. Tahap pedih gastrik ena tu sampai ena ni tak boleh nak luruskan badan bila berjalan. Mencucuk-cucuk sakit tu di belah kiri ni abdomen ena ni. Kalau jadi hypo tak mengapa lagi sebab boleh minum milo suam je ena dah jadi okay.  Kalau gastrik, hmmmm alamatnya kena cari dan kena ngap makanan yang berat-berat seperti nasi, ayam, roti or daging.


G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH

Baru-baru ni ena jumpa satu susu yang boleh dijadikan  alternative melegakan rasa pedih gastrik ena ni. Memang berkesan pun. Ena dah amalkan sampai sekarang. Nama susu tersebut adalah G-Storm 360 dari keluaran Ellvita. Susu G-Storm 360 ni bukan sebarangan susu tau. Susunya diperbuat daripada susu kambing, bukan susu mooo mooo (Lembu).  Hiks. Bagaimana rasa susu ni?? Haaaa sila teruskan pembacaan you all ya sebab ena ada share feedback untuk susu ni. So, yang mana ada gastrik macam ena tu, disarankan lah untuk baca entri ni sebelum terus beli susu ni.


G-STORM 360 ELLVITA

Seperti yang ena sudah katakan di atas, susu G-Storm 360 ini merupakan produk keluaran Ellvita HQ yang mengandungi energy booster yang sangat sesuai untuk seisi keluarga dan sangat disarankan  juga bagi mereka yang mengalami pedih hulu hati atau lebih dikenali sebagai Gastrik. Ena ada terangkan serba sedikit mengenai syarikat Ellvita ini di entri Vachoc 10 Plus Ellvita. You all boleh baca di sana ya.


20 bahan semulajadi dalam 1 sachet G-Storm 360
Susu G-Storm 360 ini diformulasikan daripada susu kambing yang telah terbukti khasiatnya pada tubuh badan manusia dan bergabung pula dengan 20 bahan semulajadi yang lain seperti peppermint, manna gum, black seeds, yogurt, apple, spinach, banana, almonds, aloe vera, broccoli, white kidney beans, tomato, carrot, clove flower, turmeric, barley grass, green tea, ginger, fennel seeds, F.O.S dan stevia.

Setiap 20 bahan semulajadi ini memberikan banyak khasiat dan vitamin kepada satu cawan susu G-Storm 360. Sebab itu susu ini sangat elok untuk diamalkan oleh semua manusia. Malah, susu ini juga dapat melegakan pedih gastrik pada perut. Kalau you all nak diet pun boleh amalkan minum susu ni sahaja sebab bagi ena, hanya minum segelas sahaja sudah boleh mengenyangkan perut ena serta memberikan tenaga pada diri ena untuk melakukan kerja seharian.

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK
Bekas G-Storm 360 ini memang ditutup rapi. Dijamin bersih dan selamat. Ni ena dah minum banyak dah, tu sebab tinggal sedikit je sachet tu. Sedappppp


Kelebihan Susu Kambing G-Storm 360 Ellvita adalah seperti berikut:-

1) Sesuai untuk minuman seluruh keluarga kita
2) Memberi tenaga pada diri, otot dan pemikiran kita
3) Mengandungi khasiat yang banyak
4) Memberikan kesihatan pada perut dan usus kita
5) Membuang toksin-toksin yang tidak bagus pada organ badan
6) Melancarkan process penghadaman
7) Mengurangkan rasa pedih gastrik / pedih hulu hati / kerap sendawa


CARA-CARA MENYEDIAKAN G-STORM 360 ELLVITA

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH
Segelas susu G-Storm 360. Nyummmm

Bagi ena, ena suka buat susu ni suam-suam kuku. Ada yang suka letak ais tapi ena lebih prefer minum suam. Lagipun, kalau perut tengah gastrik sesuai minum air yang suam-suam ni.  Malah, dapat mengurangkan rasa muak. Hiks. Okay, jom ena share cara hendak menyediakannya. Mudah sahaja dan tak rumit pun. Cara-caranya adalahhhh.....

1 Sachet G-Storm 360 + 120ml air kosong suam.
Ambil pada waktu pagi dan malam


G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH
Satu sachet G-Storm 360 dan air suam. Kacau sampai sebati

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH
Serbuk susu G-Storm 360

Mudahhhkannn cara penyediaannya. Sekejap je dah siap. Boleh amalkan setiap hari. Tapi ena suka minum bila gastrik mai sahaja. Sayang nak habiskan cepat sebab sedap, ini pun tinggal berapa sachet je lagi. Sob! Lepas ni boleh la repeat order lagi. Nak beli yang besar terus. Yang ena pegang ni botol yang bersaiz kecil iaitu ada 300g =12 sachets ( 1 Sachet = 25g). Kalau yang botol saiz besar ada 650g iaitu bersamaan 26 sachets. Berbaloi sedikit kalau beli yang besar, tahan lama. 


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, susu kambing G-Storm 360 ini dah jadi satu cara atau minuman untuk melegakan rasa pedih gastrik ena. Tak perlu ambil ubat gastrik lepas ni dah. Selain iu, selepas ena minum segelas susu G-Storm 360 ini, ena dapat rasakan yang badan ena menjadi lebih bertenaga dan lebih cergas apabila nak melakukan aktiviti seharian. Perut pun jadi kenyang hanya minum segelas susu ni. Fuhh! Puas hati la. Rasanya pun sedap, ada rasa mint berangin sedikit. Tidak terover manis, sedang-sedang sahaja rasanya, tak heavy. I loike!




Bukan ena seorang sahaja yang berpuas hati dengan G-Storm 360 ini, malah ramai lagi tau. Kalau tak percaya, mari ena share beberapa feedback dari pengguna yang lain. Jom lihat!




G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK


DETAILS G-STORM 360 ELLVITA

Haaaa! Kepada yang ada gastrik tu, ena sarankan you all untuk cuba try test susu kambing ni sebab susu ni betul-betul berkesan. Tak tipu. Ena pun sudah jatuh hati dengan susu ni. So, kalau you all nak teringin nak memiliki susu ini, dibawah ini ena bagi link untuk you all direct contact dengan pihak Ellvita. You all boleh berurusan jual beli di sana. Ena tak jual tau sebab ena pun pembeli. Hiks.

Itu sahaja rasanya perkongsian ena kali ini. Semoga susu kambing G-Storm 360 ini dapat membantu you all yang ada masalah perut tu. Kalau yang ada masalah perut yang kronik tu, seeloknya pergi buat checkup di hospital yang berdekatan terlebih dahulu. Peringatan, susu G-Storm 360 ini bukan ubat ye, ianya adalah minuman yang boleh diambil dan diamalkan seharian hidup kita.

Apapun, jangan lupa kongsikan produk ini kepada keluarga dan kenalan you all juga. Terima kasih.


G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK
Yang ini saiz kecil, ada 12 sachet G-Storm 360 di dalamnya


WEBSITE:

NOMBOR TELEFON:
019-2020 911

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

Share

Other Article

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
20.3.18

wah..bagus ni..:)

Reply
avatar
Anonymous
24.3.18

Wauuu.. bestnye baca review ena.. buat sy terasa nak beli terus.

Reply
avatar
28.3.18

bagus produk ni..walau Umi tak ada masalah gastrik tapi nak cuba juga la sbb skrg ni pun dok sibuk dgn entah apa2 sampai selalu skip makan..

Reply
avatar
2.4.18

Alhamdullilah x de gastrik.. Klu x, nk juga cuba susu ni sbb ada rasa mint2.. I loike

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)