Wednesday, March 07, 2018

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI' | Fuhh fuhhh! Tajuk ena kali niiii, jadi wanita 'sejati' macam mana tu ye. Ahaks. Topik yang ena nak bebel ni tiada kaitan dengan transgender tu semua hokaii. Yang lelaki tetap lelaki, yang perempuan tu tetap perempuan. Apa beza perempuan dan wanita pula? Har har har, sama ja jannggg hoiiii. Okay, bebelan kali ini dituju khas bagi wanita di luar sana. Bagi yang rasa diri tu wanita tu, mooohhhh ler kita bersama-sama menjaga luaran dan dalaman kita dengan minuman kesihatan Femingra nii haaa. Ahhhh sudah, apa kebenda Femingra ni pula dahhh? Haaa kalau nak tahu lebih, nanti ena share serba sedikit mengenai minuman ini kat bawah. Mohon jangan skip membaca ya.


FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'

Kebanyakkan wanita di luar sana sangat mementingkan kecantikan secara luaran, betul kan? Yela, pakat-pakat pulun nak pakai cleaser itu ini la, pakai makeup cantik-cantik la, dress up aaaummm aummmm la. Termasuklah diri ena ni haaaa. Umur semakin meningkat ni, jiwa dah mula ke arah keperempuanan gittew. Selama ni tak kisah sangat kalau diri dalam selekeh je. Hiks. By the way, bagus tau kalau ada rasa nak mempercantikkan diri sendiri namun jangan terlupa yang dalaman kita ni pun harus dijaga rapi tau. Terutama wanita yang sudah berkahwin. Hari-hari kena pikat suami sendiri, dapat pahala kannn bestt...betul tak? Ahaks. Oleh itu, bagi yang ada masalah wanita atau ingin kekalkan kesihatan dalaman tu, you all wajib baca perkongsian ena kali ini. Walaupun ena belum berkahwin, tapi tak salah rasanya ena nak kongsikan hal-hal sebegini bersama you all. Dan jangan ingat orang yang belum berkahwin tu tak boleh ambil tahu juga ye. Well, sediakan payung sebelum hujan. 


FEMINGRA MAXWELL HEALTH SDN BHD

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Kotak Femingra

Femingra merupakan minuman kesihatan produk keluaran Max Well Health Sdn Bhd yang berfungsi memperbetulkan hormon wanita, mengembalikan kesuburan wanita dan juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Femingra ini juga sesuai untuk diamalkan bagi wanita yang belum berkahwin, terutama bagi mereka yang mengalami masalah wanita seperti haid hadir tidak sekata atau wanita yang kuat bersukan serta melakukan kerja berat setiap hari.

Hal ini kerana minuman kesihatan Femingra ini diformulasikan dengan bahan-bahan yang sesuai untuk hormon wanita dengan menggunakan Teknologi MPPT (Micro Pine Pollen Technology). Antara bahan-bahan utama  Femingra yang ena mahu tekankan dan kongsikan kepada you all adalah seperti berikut:

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Bahan-bahan yang terdapat dalam satu sachet Femingra


1) Buah Markisa

Mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan. Tambahan pula, buah ini juga mampu membantu melancarkan pencernaan, meransangkan dan memperkuatkan imun badan serta menguatkan tulang.


2) Debunga Pain

Debunga pain ini boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak sebab debunga pain ini mengandungi pelbagai jenis vitamin yang bermanfaat. Selain itu, debunga pain ini juga mengandungi anti penuaan dimana membuatkan seorang wanita itu kekal seperti remaja dan yang dah kahwin tu seperti anak dara gittew. Ahaks. Debunga pain ini dapat mengimbangkan hormon manusia dan sekali gus dapat meningkatkan tahap kesuburan wanita. Banyak lagi khasiat debunga pain ini, you all boleh baca lebih lanjut lagi pada pamplet yang bakal diberikan kepada pembeli Femingra.


3) Horny Goat Weed

Juga dikenali sebagai Epimedium. Epimedium ini berfungsi melambatkan tempoh penuaan pada diri seorang wanita dan juga sebagai protective diri daripada radikal bebas yang tidak bagus untuk tubuh badan. Malah, Epimedium ini bagus untuk wanita yang sudah berkahwin di mana dapat mengurangkan masalah menjalani 'hubungan ketika bersama' dengan suami. So, apa lagi! Ini masanya untuk you all pikat suami masing-masing setiap hari. Pahala weh! Pahala. Hahaha. Jangan pergi pikat laki orang sudah la pula. 


4) Akar Maca

Penyelidik mendapati akar maca ini dapat membantu melaraskan tanda-tanda premenopause / awal menopause yang kebanyakkan wanita yang sudah berumur bakal hadapi apabila sudah sampai tahapnya. Menopause ini kita tak dapat nak halang ianya berlaku tapi kita mampu mengurangkan tanda-tanda awal menopause yang agak kurang selesa seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh setiap malam, dan kemurungan. Sesetengah orang boleh jadi demam dan alami batuk yang berbulan-bulan. InshaAllah, dengan adanya Femingra ini dapat membantu mereka kerana ada beberapa kajian telah mengatakan akar maca ini dapat membantu mengurangkan masalah tersebut.


5) Manjakani

Nama lainnya adalah Oak Gall di mana bahan ini merupakan herba perubatan yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia yang berfungsi untuk mengetatkan tisu dalaman wanita, menengangkan dan menguatkan otot dalam faraj wanita. Manjakani juga mampu merawat pendarahan rahim yang tidak normal, keputihan yang tidak terkawal dan menghapuskan bau busuk di kawasan faraj. 


6) Habbatus Sauda

Di dalam Al-Quran, ada mengatakan bahawa Habbatus Sauda ini mampu merawat segala penyakit kecuali penyakit mati. Habbatus Sauda ini diformulasikan dalam Femingra untuk mengawal kitaran haid wanita, membantu melancarkan pengedaran darah dan juga mengatasi masalah penghadaman. Ia juga mampu mengembalikan kesihatan pada kulit wanita supaya kelihatan lebih segar dan tidak kusam.


7) Tribulus Terrestris

Tribulus ini dapat membantu meningkatkan pretasi seksual dan sensitiviti bagi kebanyakan wanita. Sesuai juga bagi mereka yang melakukan aktiviti yang lasak kerana mampu meningkatkan stamina dan daya tahan diri. Wanita yang kuat bersukan tu, elok sangat amalkan minuman Femingra ini.

8) Pueraria Mifirica

Pueraria ini dapat menganjalkan dan meningkatkan saiz payudara. Selain itu, dapat mengurangkan kemunculan selulit pada kulit terutama bahagian payudara, peha, perut dan pinggul. Tambahan pula, dapat juga membantu meningkat kelembapan pada faraj wanita dan memang sesuaila bagi mereka yang sudah berkahwin. 


FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Tersenyum dengan bau minuman Femingra ni. Bau sedappp! Nyummmm

Gabungan semua kelebihan dan fungsi bahan-bahan semulajadi ini, rasanya you all sudah boleh tahu apa kelebihan Femingra ini secara keseluruhan. Femingra ini memang dicipta khas untuk kaum-kaum hawa di luar sana, termasuklah diri owner kepada blog ini. Ahaks. Ena ada minum juga. Nak tahu apa jadi pada diri ena? Boleh baca bebelan ena di bawah ini ya.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Setakat ini ena dah amalkan minum Femingra ini dalam seminggu lebih. Ena tak ambil selalu la, ada waktu rest ena. Hiks. Tapi tak mengapa kalau nak amalkan setiap hari. Tidak ada kemudaratan. InshaAllah. Okay, walaupun ena tak kahwin lagi, tapi ena nampak la juga ada perubahan terutama ketika ena datang haid. Perubahannya adalah ena tidak mengalami period pain atau bahasa Melayunya, senggugut. Sedar-sedar dah muncul haid tu. Bukan setakat ena je rasa perubahannya, kawan-kawan ena yang lain pun ada yang bagi feedback yang positif. Mereka kata ada perubahan pada kitaran haid mereka. Ada yang sudah berapa bulan tak datang haid, lepas dia minum Femingra, Alhamdulillah pada bulan tersebut dia datang haid dengan normal. Fuhhh!

Banyak lagi testimoni yang lain, terutama mereka yang ada masalah yang susah nak mengandung, masalah ketika ingin melakukan hubungan intim bersama suami dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hal rumah tangga ni la. Kalau you all tak percaya, you all boleh baca sendiri testimoni mereka pada link bawah ni



FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Setiap sachet Femingra

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Di kotak Femingra sudah ada arahan yang boleh jadi rujukan pada pembeli



CARA MENGGUNAKAN FEMINGRA

Mudah sahaja untuk menyediakan Femingra ini, senang macam nak bancuh minuman 3 in 1. Caranya, masukkan satu sachet Femingra ke dalam 120ml air kosong. Suhu air tu terpulang pada diri sendiri nak buat suam-suam ke, atau sejuk-sejuk ke. Dua-dua boleh. Bagi ena, ena suka minum suam-suam ketika waktu pagi. Rasa segar badan ni. Hiks.


Sehari x 1 sachet
 (Minum sebelum sarapan pagi. Tidak digalakkan minum waktu malam)


FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Air suam / sejuk dalam 120ml untuk larutkan serbuk Femingra

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Satu sachet untuk satu hari tau. Bungkusan Femingra yang kedap udara dan dapat mengekalkan kualitinya

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Tuang satu sachet Femingra pada 120ml air suam / sejuk

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Siap! Boleh minum Femingra ni. Sedapppp! Minum sebelum sarapan pagi ye.


WARNING: Bagi yang wanita yang sedang mengandung, menyusu anak atau dalam menjalani rawatan, tidak digalakkan minum ye. Boleh dapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum amalkan Femingra ini.


DETAILS FEMINGRA MAX WELL SDN BHD

Bagi wanita di luar sana yang ingin mencuba Femingra ini, you all boleh layari laman web rasminya sendiri. Kat sana lagi banyak info terkini mengenai produk ini. Di bawah ini ena sharekan link-link yang memudakan you all untuk berhubung dengan pihak mereka secara personal.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Jangan lupa kongsikan hal ini kepada keluarga dan kenalan you all ye. Jom jadi wanita yang 'sejati' bersama Femingra. Ena sudah, you all bila lagi? Hiks

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
1 kotak = 15 sachets. Harga sekotak Femingra pada asalnya RM169. Tetapi sekarang ni ada potongan iaitu RM150

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Nyumnyummm. Not bad rasa Femingra ni. Rasa apa? Haaaa cuba la sendiri dan describe sendiri ya. Hiks


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WHATSAPP:
+6012-326 3304

Share

Other Article

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
4/ 5
Oleh

2 Comments

Comments
avatar
8.3.18

bagus untuk wanita2 amalkan

Reply
avatar
8.3.18

lepas ni orang dah cantik makin tambah cantik marveles minum ni :))

Reply