Monday, February 19, 2018

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG | Keluarga ena memang keturunan resdung, maybe ikut belah abah ena. Ena pun ada juga resdung tapi tak kronik sangat. Kalau ena pergi kawasan yang berhabuk, berdebu atau lepas bangun pagi-pagi tu, ena akan agak bersin teruk juga walaupun tak sekerap adik-beradik ena yang lain. Kadang kala ena bersin sampai air mata ena, hidung pun jadi merah disebabkan kegatalan tetapi ena ni ada sifat malas nak layankan sangat memang tak ambil ubat apa-apa la. Kalau hidung ni nak terasa gatal, gatal la. Rasa nak bersin, bersin la. Kalau tak, tak kisah sangat. Layankan saja. Ahaks.

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG

Anak saudara ena, anak kepada kakak ena, dia mengalami resdung yang agak kuat sejak kecil lagi. Kalau tengok dari mata dia pun, dah boleh tahu dia ni ada resdung.  Memang dia sangat laa alergik kepada debu, bulu kucing, pemakanan dan macam-macam lagi. Kalau kegatalan hidung dia dah start, memang kesian sangat tengok dia. Pepagi bersin, garu-garu hidung dan mata. Dan sekarang ni dia ambil ubat yang disarankan oleh doktor. Namun, Alhamdulillah la baru-baru ni ena terjumpa satu produk baru yang berfungsi membantu mengurangkan kegatalan atau alergik pada hidung. Nama produk tersebut adalah Thymos.


THYMOS ANTI SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Rupa sebenar bekas Thymos Anti Sinus Spray

Untuk pengetahuan you all, Thymos ni bukan ubat tau. Pada mulanya pun ena ingatkan ubat resdung. Rupanya, produk ini sejenis semburan yang berfungsi mengurangkan kegatalan hidung bagi mereka yang sangat sensitive pada debu, bulu haiwan dan habuk. So, amat sesuai digunakan dan diamalkan bagi yang ada masalah resdung dan alergik dengan debu ni. 

Namun begitu, ena nak tekankan di sini bahawa semburan Thymos ini bukanlah dapat menyembuhkan serta menghilangkan terus penyakit resdung atau alergik dengan debu dan habuk ni.
Ianya cuma dapat mengurangkan rasa ketidak-selesaan pada hidung sahaja. Yes, memang tak selesa kalau hidung sudah start kegatalan, bersin-bersin, sok-sek sepanjang hari. Ena dah pernah rasa semua ni. Perasaannya sangat merimaskan. Oleh itu, ena bersyukur adanya semburan Thymos ni yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mengalami kegatalan hiduk dek resdung atau alergik dengan debu.


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Thymos Anti Sinus Spray

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Mudah. Hanya picit sahaja untuk semburan Thymos Anti Sinus Spray ni

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Clinically proven pada kotak Thymos Anti Sinus Spray

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Detail keselamatan pada belakang kotak Thymos Anti Sinus Spray


You all jangan risau. Semburan ini selamat untuk digunakan oleh semua orang kerana produk Thymos telah pun mendapat kelulusan daripada pihak klinikal, kandungannya pula tak ada Paraban dan Alcohol, dan tiada komplikasi kalau terkena pada kulit kerana pH 5.5 (neutral). Produk ini juga selamat digunakan di sekeliling ibu yang mengandung, baby bawah dari satu tahun dan anak-anak kecil. Oleh itu, you all jangan risau lagi akan keselamatan Thymos spray ini. Cara nak menggunakannya pun mudah. Nak tahu caranya, sila teruskan scroll dan baca entri ena ni ya. 




CARA-CARA MENGGUNAKAN THYMOS SPRAY

Amatlah mudah bagi ena untuk menggunakan semburan Thymos. You all hanya sembur sahaja seperti minyak wangi tu, pada baju you all, bantal atau tempat tidur dan sembur di udara sekeliling untuk mengurangkan bersin dan kegatalan dengan kadar waktu yang cepat. Tak sampai 1 minit pun, dah siap. Peringatan lagi sekali ye, Thymos ini bukan ubat untuk merawat atau menyembuhkan ye.


1 Semburan, 12 Jam Perlindungan

Teknologi Self Sanitizing (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4 semburan Thymos Anti Sinus Spray pada dada

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4 semburan Thymos Anti Sinus Spray pada bahu kanan

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4 semburan Thymos Anti Sinus Spray pada bahu kiri

Lagipun, botolnya kecil je, jimat lah juga. Kalau you all jenis mampu beli banyak botol, terpulang pada individu. Tetapi ena sarankan sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah mencukupi. Jangan lebih-lebih, takut benda lain pula yang jadi. Hiks. Follow the flow, jangan memandai-mandai tau.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Dalam beberapa harini, ena ada sembur Thymos ni kat tilam anak saudara ena yang mempunyai masalah resdung dan alergik pada debu ni. Alhamdulillah, nampak juga ada perubahan pada diri dia. Ketika bangun tidur untuk siap-siap ke sekolah waktu pagi, dia tak mengalami pun kegatalan hidung yang melampau macam selama ni. Kalau tak, hidungnya akan berbunyi (Orang yang ada resdung kuat akan tahu la apa yang ena katakan ni), bersin-bersin, mata berair dan jadi gatal. Kesian juga la tengok dia. Mujurlah ada Thymos Spray ni.

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Mudah untuk dibawa kemana sahaja Thymos Anti Sinus Spray ni

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Betul-betul berkesan Thymos Anti Sinus Spray ni. Really love it

Ena pun ada sembur kat katil ena juga. Cuma tak nampak sangat kesannya pada ena sebab ena ni jenis jarang nak bersin-bersin kalau bangun pagi. Kegatalan pada hidung ena ni pun ikut mood juga tapi kalau dah start bersin tu, ena sembur je Thymos ni.  Ahaks. Lega juga la lepas sembur tu, hidung dah tak gatal sangat. Apapun, ena sekarang ni sudah amalkan sembur pada setiap hari di katil ena dan juga katil anak saudara ena. Semoga Thymos ni dapat kekal membantu dan melindungi keluarga ena.


DETAILS THYMOS SPRAY

Bagi yang ingin memilikinya, you all boleh dapatkan di Guardian yang berdekatan dengan you all. Ada jual kat sana sekarang ni. Ataupun, you all boleh terjah pada laman social rasmi Thymos Spray ini. You all boleh rujuk di Catalog Guardian : Thymos


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Dapatkan Thymos Anti Sinus Spray sekarang

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Ena dah kongsi ni, mari la share tentang Thymos Anti Sinus Spray ini pada keluarga dan kawan-kawan

Di bawah ni ena share link untuk ke sana.Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Semoga dapat membantu you all yang ada masalah resdung atau kegatalan hidung disebabkan oleh alergik debu dan habuk. Jangan lupa kongsikan info ni pada saudara mara, keluarga dan kawan-kawan ya.



FACEBOOK

INSTAGRAM

MALAYSIA DISTRIBUTOR


Share

Other Article

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
20.2.18

terbaik lah
boleh try guna nih

Reply
avatar
20.2.18

Mai setiap pagi je selsema. Kadang2 berdarah2 keluar kat hidung. Macam best je nak try yg ni.

Reply
avatar
21.2.18

AM ingatkan sembur di hidung!! Hehehe.. punya pulun baca dgn teliti sbb AM memang ada masalah yg teruk dgn resdung.. berapa yea harga? Mahal x?

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)