ST IVES SCRUB MENGHILANGKN BLACKHEADS YANG DEGIL

by - Monday, February 12, 2018

ST IVES SCRUB MENGHILANGKN BLACKHEADS YANG DEGIL | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini mempunyai masalah blackheads / bintik hitam yang degil nak arwah tu? Tak kira kawasan mana di bahagian muka tu, tapi majoriti ada masalah blackheads di sekitar hidung seperti ena ni. Ena dari sekolah lagi memang ada masalah blackheads ni, ada orang kata disebabkan resedung la, liang roma terbuka la, perubahan hormon kedewasaan la, kerap pakai mekup dan tak cuci dengan betul la. Banyak punca sebenarnya tapi masalah ena adalah blackheads ena ni jenis degil. Tak tahu apa masalah dia. Setengah orang tolak dengan jari je dah habis keluar, tapi ena ni kena buat penjagaan yang istimewa baru  boleh keluar dengan jayanya. haishhh. Sabar jela.

ST IVES SCRUB | HILANGKAN BLACKHEADS YANG DEGIL - IAFoodhunter


Oleh itu, bagi mereka yang ada masalah blackheads yang degil atau mahu cuci kekotoran yang bersarang dalam liang roma tu, apa kata anda cuba try test produk daripada St Ives iaitu Blackheads Clearing Green Tea Scrub. Ena juga tengah menggunakannya sekarang dan oleh sebab itu juga ena hendak kongsikan serba sedikit mengenai produk ini. Mana tahu ada yang tergoda hendak memilikinya lepas baca perkongsian ena ni. Ahaks. Okay okay, dibawah ini ena jelaskan sedikit info mengenai scrub ini ye.


ST IVES BLACKHEADS CLEARING GREEN TEA SCRUB

Jenama St Ives tidak asing lagi didengari oleh rakyat Malaysia sebab produk jenama ini sudah lama menapak di dalam Malaysia. Kalau pergi di Watson atau Guardian pun ada jual scrub jenama ini. Kawan-kawan ena yang lebih berumur juga mengatakan mereka sudah menggunakan scrub daripada jenama ini dalam tempoh 4 tahun hingga ke 5 tahun. Bukan setakat scrub muka sahaja yang ada dari jenama ini, malah losyen badan dan scrub untuk badan pun ada.

Scrub  St Ives mempunyai pelbagai jenis mengikut kesesuaian dan masalah kulit muka anda. Anda boleh lihat di SINI. Ena sudah guna yang St Ives Blemish Control Apricots Scrub dan sekarang ena sedang guna yang Blackheads Clearing Green Tea Scrub seperti yang ena sudah katakan di perenggan sebelum ini. Ena yakin dan berani untuk mencuba yang Green Tea Scrub ni sebab ena sendiri sudah jatuh hati dengan St Ives Blemish Control Apricots Scrub. Okay, jom ena nak kongsikan pula kelebihan pada Green Tea Scrub dari jenama St Ives ni.


KELEBIHAN ST IVES BLACKHEADS CLEARING GREEN TEA SCRUB

1) Tahap exfoliation adalah sederhana. Exfoliation ni bermaksud pembuangan cell-cell yang mati atau sudah tua di permukaan kulit muka.

2) Struktur scrubnya tidak terlampau kasar.

3) Menghilangkan kekotoran yang tersekat di dalam liang pori di wajah.

4) Mengurangkan kemerahan atau radang pada kulit muka

5) Benjolan pada kulit muka dapat dikurangkan

6) Boleh dijadikan sebagai mask muka

7) Diperbuat daripada exfoliation semula jadi



CARA MENGGUNAKAN ST IVES BLACKHEADS CLEARING GREEN TEA SCRUB

1) Basahkan sedikit muka

2) Picit sedikit scrub mengikut kesesuaian kuantiti yang diperlukan

3) Sapu secara bulatan pada tempat yang ada masalah blackheads yang degil. Ena target hidung je.

4) Urutan jangan terlampau kuat dalam 2-3 minit.

5) Bilas muka hingga bersih. Nak sambung basuh muka dengan cleanser masing-masing pun boleh.

6) Ena amalkan 2-3 kali seminggu. Kalau yang Apricot tu ena guna 1-2 kali seminggu


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena guna St Ives Scrub sebanyak 1 hingga 3 kali seminggu bergantung jenis apa yang ena guna. Ena tak guna kerap tau sebab tak elok untuk kulit juga kalau setiap hari tonyoh scrub.




You May Also Like

3 Comments