Sunday, December 31, 2017

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU | Assalammualaikum dan selamat bakal menyambut tahun baru 2018. Ni merupakan entri terakhir ena untuk tahun 2017 dan inshaAllah ena nak share sedikit dengan you all satu jenama kopi yang bagus untuk mengawal berat badan. Kopi yang ena nak share ni bukan minuman kesihatan atau detox atau jamu. Kopi ni boleh diminum macam biasa seperti kopi yang lain setiap hari tidak mengira jantina, kaum, umur dan tempat cuma kopi ini lebih sihat untuk tubuh badan kita. Nama kopi tersebut adalah Alana Kopi Hijau

Ena merupakan seorang yang suka minum pagi dengan kopi atau nescafe. Tiada kopi pada pagi ku, memang rasa macam kosong gittew. Pernah ena cuba untuk stop sebulan tetapi sebulan jela tahan, lepas tu bernafsu balik bila bau coffee. Disebabkan ada yang mengatakan minum nescafe ni boleh menggemukkan kerana kandungan gulanya tinggi, susah juga la hati. Yela, nak kurus weh! Namun, akhir-akhir ni ada kawan sarankan untuk cuba try test Alana Kopi Hijau sebab ramuannya mampu membantu mengurangkan berat badan. So, ena dah cuba sekotak setakat ini. Okay ke tak, sebelum tu mai ena nak share sedikit kelebihan kopi hijau ni. Mesti ada tertanya-tanya kan.


ALANA KOPI HIJAU ATAU GREEN COFFEE

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Bukti Alana Kopi Hijau ini selamat untuk digunakan

Selama ni pernah dengar Teh Hijau je kan. Sekarang Kopi Hijau pun dah ada tetapi ni hijau bukan sebarang hijau. Bukan hijau pada warna tetapi ramuan yang digunakan daripada kopi hijau yang tulen. Nanti ena share tiga bahan utama yang ada dalam Alana Kopi Hijau ni. Yang pasti Alana Kopi Hijau ini dijamin selamat untuk  diminum oleh semua orang kerana produknya telah menerima kelulusan daripada JAKIM untuk status halalnya, KKM dan MeSTI.

Alana Kopi Hijau ni sebenarnya dah lama ada di pasaran sebab dulu pernah juga nampak kawan beli. Kat kedai-kedai jamu pun ada jual. Oleh itu, Alana Kopi Hijau ni tidak asing lagi la dari rakyat Malaysia. Namun, untuk perkongsian ena kali ini sebagai satu hobi ena untuk ceritakan hal-hal makanan atau minuman yang ena telah cuba try test. Nama pun FoodHunter. Jyeahhh.

Okay, ena nak straight to the point. Berikut adalah 3 bahan utama yang diformulasikan dalam Alana Kopi Hijau ini yang menyebabkan ena tertarik untuk mencuba.


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Contoh Kopi Hijau yang digunakan dalam Alana Kopi Hijau. Sumber: Google

1) Kopi Hijau

Kopi hijau ni adalah biji kopi yang belum dipanggang lagi, malah kopi hijau ini mengandungi kadar Chlorogenic Acid lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan kopi yang telah dipanggang tu. Chlorogenic Acid ini berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah yang tinggi, mengurangkan berat badan, mengawal kadar gula dalam darah dan meningkatkan metabolisme (WebMD, 2017).

2) Chia Seed

Ena pernah juga share dengan you all tentang kelebihan dan fungsi Chia Seed ni. You all boleh baca di bebelan ena KLIK SINI. Nanti you all boleh baca di sana ya untuk mendapatkan maklumat tentang Chia Seeds.

3) Habbatus Sauda

Salah satu makanan sunnah yang dikenali dan telah terbukti keberkesanannya terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Antara khasiatnya seperti dapat menghancurkan batu karang, melancarkan haid, merawat masalah asma dan jerawat (DigitalWelt, 2017)


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Breakfast ku bersama Alana Kopi Hijau. Nyum Nyum!

Daripada kelebihan dan kegunaan setiap bahan utama di atas,  dah boleh tahu apa kelebihan yang bakal kita dapat selepas amalkan minum Alana Kopi Hijau ni. Tambahan pula, kopi jenama ini menggunakan susu kambing, bukannya susu lembu atau cream semata-mata. Sebab itu harga sekotak ni boleh tahan mahal berbanding kopi yang lain. Di bawah ni ena share harga sekotak Alana Kopi Hijau


HARGA SEKOTAK (15 Sachets):

RM42.90 (Semenanjung)
RM52.90 (Sabah / Sarawak)



CARA UNTUK BANCUH

Macam kopi 3 in 1 yang lain, ambil satu sachet dan letak jela air panas. Ikut la nak panas ke nak suam ke. Kalau nak sejuk pun boleh tapi kena letak 2 bungkus la sebab satu sachet ni bersesuaian untuk cawan minuman saiz yang kecil atau sedang-sedang. So, disebabkan ais ni akan mengurangkan rasa sesuatu minuman tu, ena sarankan letak dua sachet la. Ena selalu minum suam-suam je, tak gemar berais sangat waktu pagi atau petang. Malam ena jarang ambil sebab takut tak boleh nak tidur. Ahaks.


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Sepetang ku bersama Alana Kopi Hijau dengan roti campur sambal kering ikan bilis

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Satu sachet Alana Kopi Hijau mampu membuat hari ku bertambah ceria. Gittteeewwww.


Setakat ini ena berpuas hati dengan Alana Kopi Hijau ni. Ena nak amalkan jela kopi ni selepas ni walaupun harganya agak aumm aumm juga la. Tapi nak sihat, ena sanggup perabiskan duit dan tenaga. Lepas tu, kalau ada sama jenis dengan ena yang suka minum kopi / neskafe pekat-pekat, you all boleh tambah sedikit milo ke, Tamar Cocoa ke. Ena selalu buat macam ni, letak sesudu Tamar Cocoa untuk pekatkan. I loike! 


DETAILS ALANA KOPI HIJAU

Ena dah cuba try test Alana Kopi Hijau ni, you all bila lagi? Jomlah beli sekarang dan amalkan pemakanan yang sihat pula selepas ni. Kalau berminat untuk beli, you all boleh dapatkan di kedai-kedai jamu yang berdekatan dengan you all atau boleh layaran website rasminya di: 

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Alana Kopi Hijau mudah dibawa kemana sahaja. Jyeahhhh


FACEBOOK:

WEBSITE:



Share

Other Article

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
4/ 5
Oleh

16 Comments

Comments
avatar
1.1.18

zaza suka kopi ni..ni dah masuk entah berapa paket dah minum hehe..hope2 boleh la kurus sikit nanti..

Reply
avatar
1.1.18

kita bukanlah penggemar kopi, tapi kopi ni nampak macam menarik. pakaging pun nampak cool

Reply
avatar
2.1.18

owhh ingtkan green tea je..ni kopi pon ad color hijo gak hihi... boleh la merasa nnt~

Reply
avatar
2.1.18

tak pernah cuba kopi hijau ni lagi

Reply
avatar
2.1.18

patutlah bagus kopi ni byk bahan2 yang mmg bagus2

Reply
avatar
3.1.18

mcm sedap jer..nanti nak try jugak lah

Reply
avatar
5.1.18

Wah! Hebat kandungan 3 bahan utama kopi ni. Macam nak kena cari jugaklah nanti ni. Akak mcm ena jgk, rasa tak lengkap je hari kalau tak dapat minum kopi. Gugugu~

Btw, thanks ena for sharing..^^,

Reply
avatar
11.1.18

Kopi hijau dah jadi trending untuk kurus sekarang ni ye

Reply
avatar
26.1.18

selalu dengar iklan kopi alana ni kat radio era :)

Reply
avatar
8.2.18

sekarang pasal green coffee nie banyak jugak baca and dgr kebaikannya. Dan ada jugak guna green coffee nie untuk lose weight. Tapi, brand lain2 lah just based is green coffee.

Rasa green coffee nie ok tak? Pahit tak?

Reply
avatar
2.3.18

Siqah minum green tea cuma tak setiap hari. Ikut mood dan kerajinan. Hehe

Reply
avatar
2.3.18

wahh
kopi hijau pula
menarik

Reply
avatar
7.4.18

ramai kata kopi sedap.. tak pernah cuba lagi

Reply
avatar
9.4.18

nk try,kita mmg dah kuwus..nnti la suggest kat en.asben..

Reply
avatar
9.4.18

nk try,kita mmg dah kuwus..nnti la suggest kat en.asben..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)