Saturday, October 28, 2017

NEFFOS X1 MAX | SKRIN FULL HD & KAMERA 13MP


NEFFOS X1 MAX | SKRIN FULL HD & KAMERA 13MP | Alhamdulillah, bersyukur sebab diberikan peluang yang baik hari ini untuk kongsikan kepada you all tentang satu smartphone yang masih baru dan masih panas di pasaran. Brand smartphone tersebut adalah Neffos dan yang ena punya Neffos X1 Max. Neffos X1 Max ini adalah keluaran dari global networking TP-Link dan ena yakin kebanyakkan antara you all sudah tahu kualiti produk-produk keluaran dari TP-Link networking ini.

Ena sudah selamat habis godek keistimewaan yang ada Neffos X1 Max. Memang best dan menerapkan gaya teknologi yang terkini. Sebab itu ena nak share kelebihan yang ada dengan you all supaya you all yakin untuk memiliki smartphone yang memiliki skrin full HD dan kamera 13MP dengan harga yang murah seperti Neffos X1 Max ini. Jom teruskan baca yang lebih terperinci mengenai Neffos X1 Max di bawah ini.

HARDWARE NEFFOS X1 MAX

Grey Matte Finish. Belakang body Neffos X1 Max

Strukur body Neffos X1 Max slim metal, ketebalan 7mm dan lebar hanya 5.5 inci. Tak berat, tak besar dan tak tebal sangat. Bucunya yang membulat mengikut gaya smartphone zaman moden sekarang. Selain itu, selesa pegang sebab bodynya matte finish, tak licin sekiranya pegang dalam masa yang lama. Untuk menampakkan lebih smart, kamera diletak ditengah-tengah secara menegak di bahagian belakang Neffos X1 Max dan dibawahnya pula ada fingerprint reader.

Kamera dan Fingerprint Neffos X1 Max

Zoom Kamera belakang Neffos X1 Max

Saiz dan bentuk fingerprint reader adalah sama dengan kamera belakang Neffos X1 Max. Fingerprint ini mampu kesan 5 fingerprint dimana you all boleh simpan fingerprint untuk 5 jari you all. Fingerprint ini boleh detect dalam hanya 0.2 second sahaja untuk unlock. Selain itu, ketika ambil gambar, fingerprint ini boleh dijadikan sebagai butang shutter.


Neffos X1 Max: Tempat letak Simcard dan SD Card 

Neffos X1 Max: Button Slide Silent berada di atas Hybrid Simcard & SD Card Port

Kat sebelah kiri badan Neffos X1 Max ini ada button untuk silent. Hanya slide ke atas untuk silent mode, slide kebawah untuk unsilent mode. Kan lebih bagus kalau ianya boleh bekerjasama dengan Google’s Fantastic “Do Not Disturb” dimana memudahkan lagi untuk  tutup volume telefon. Dan lagi best kalau button slide silent ini diletakkan kat tengah-tengah, bawah daripada tempat hybrid SIM-and-memory card, demi lebih memudahkan para pengguna. Sebab nak slide-slide kan


2.5D Corning Gorilla Glas untuk skrin Neffos X1 Max

Skrin depan Neffox X1 Max ini dilindungi oleh 2.5D Corning Gorilla Glass yang cover dari setiap sudut. Gorning Gorilla Glass ini berfungsi melindungi skrin daripada terhentak, bercalar atau rosak. Selain itu, glass ini juga direka khas untuk mengelakkan dari melekatnya fingerprint bila kita sentuh skrin smartphone ini dan menampakkan skrin tidak comot. Tambah pula, glass protector ini ada anti-glare yang mengurangkan pantulan dan membolehkan you all lebih focus pada skrin tanpa ada gangguan.

Kamera selfie adalah 5-megapixel yang terletak di atas skrin. Di bawah skin ada sederet capacitive button navigation seperti butang home, butang back dan recent-apps. Bawahnya lagi ada tempat untuk microUSB / charger yang diapit oleh speaker Neffos X1 Max.


SKRIN FULL HD NEFFOS X1 MAX


Display Neffos X1 Max yang cantik dan full HD

Dengan kelebaran 5.5 inci IPS, memberikan kepuasan pada pandangan pengguna untuk melihat skrin. Display skrin Neffos X1 Max juga full HD dan lebih sharp dengan 1080p dan 403ppi, dengan contrast dan sudut angle yang sangat baik, membuatkan Neffos X1 ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Colour balance Neffos X1 Max adalah neutral tetapi boleh ubah temperature color mengikut kesesuaian dan keselesaan mata pandangan you all. Boleh ubah pada Setting  > Display > Color Temperature. Kalau ena, ena pilih ke Delta Warm sedikit supaya mata tak sakit sangat kalau tengok skrin lama-lama.

Skrin Neffos X1 Max juga mempunya touch gestures dimana you all boleh double-tap pada skrin untuk membuatkan device terbuka sekiranya skrin sudah menjadi gelap. You all boleh pergi pada Setting > Smart Setting > Double-Tap Awakening. Sekiranya you all pakai glove dan memudahkan skrin untuk detect jari you all, you all boleh setting juga pada tempat yang sama. 


KAMERA 13MP NEFFOS X1 MAX

Auto fokus untuk setting kamera belakang Neffos X1 Max

Kamera belakang 13 megapixel (13MP) sensor dan terletak di belakang f/2.0 lens. Kamera ini mampu memberikan gambar yang berkualiti tinggi, warna gambar yang cantik dan shutter pun cepat, tak ada tersekat-sekat. Kalau cuba ambil gambar secara dengan dengan objek, background belakang boleh jadi blur. Maknanya, you all boleh focus secara manual / automatic pada subjek yang hendak di ceritakan dalam gambar yang diambil.

Selfie bersama Neffos X1 Max. Perggghhh Flawless kau! Hiks

Kamera depan / selfie pula sebanyak 5 megapixel (5MP). Walaupun Neffos X1 Max ini bukan direka khas telefon untuk selfie tetapi ada setting Beauty mode dimana menampakkan kulit muka lebih flawless gittew. Selain itu, ada juga setting untuk slow-motion dan time-lapse.


PERFORMANCE NEFFOS X1 MAX

Processor Neffos X1 Max adalah octa-core MediaTek Helio P10 yang berfungsi sampai 2GHz dan mengandungi  RAM 4GB  yang membantu mengekalkan telefon ini berfungsi dengan lancar.  Built-in memory sebanyak 64GB yang mampu menampung kadar storage yang banyak. Kalau nak lagi besar storage, boleh guna SD card sehingga 128GB kapasiti.

Neffos X1 Max juga boleh multitasking dimana you all boleh buat dua kerja dalam satu masa dalam performance yang lancar dan tidak tersekat-sekat sebab RAM nya tinggi. Selain itu, boleh main 3D games dengan gembiranya seperti NBA 2K17 dan Mobile Legends. Hal ini kerana Neffos X1 Max mampu connecr dengan local 4G LTE networks sekiranya tempat yang you all pergi tu available line selaju itu.


BATTERY NEFFOS X1 MAX


Unboxing Neffos X1 Max

Bateri untuk Neffos X1 Max adalah 3000mAH , lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan Neffos X1 di mana 2250mAH sahaja. Selain itu, baterinya cepat full kalau charge dan tahan lama. Sehari sekali charge sudah memadai walaupun on Wifi / Mobile data.

Walaupun Neffos masih baru dalam industry teknologi dan komunikasi, namun bukan bermakna banyak kekurangan dalam kepakarannya. TP-Link adalah home-networking landscape yang besar dan bukan sahaja hanya pakar dalam connectivity / hal-hal internet ni, malas support pelbagai LTE bands untuk mobile data yang lebih pantas dan cepat. 



Unboxing Neffos X1 Max

Neffos X1 Max didatangkan dalam kotak yang berkualiti tinggi, selamat dari hentakan, dan ditutup rapi. Ena nak buka pelekat antara box Neffos X1 Max ni pun susah tau. Kena guna gunting or pisau yang betul-betul tajam. Memang selamat la.




Untuk ketahui lebih lanjut dan lebih mendalam, boleh ke : http://www.neffos.com/en/product/details/X1Max


Share

Other Article

NEFFOS X1 MAX | SKRIN FULL HD & KAMERA 13MP
4/ 5
Oleh

18 Comments

Comments
avatar
28.10.17

Akak Singgah sini ,, cantik plak nampak neffos smartphone ni ,, harga pun mesti mampu milik

Reply
avatar
28.10.17

amboi... muah muah qu puteh ke tuu

Reply
avatar
29.10.17

5MP dengan beauty mode tu dah kira awesome dah tu ...
harga pun affordable...

Reply
avatar
30.10.17

IA, kalau nak join GA ni, kitorang kena tunggu entry IA ni masuk FB IA dulu ke,
then baru share atau kitorang boleh jer tekan button share fb dari blog IA ni?

Reply
avatar
30.10.17

wah..bestnye Neffos X1 Max ni..

Reply
avatar
30.10.17

terliur tengok enpon ni..cam tau-tau jer tengah survey tepon baru

Reply
avatar
31.10.17

Memang nice sangat perincian hp ni huhu bestnya

Reply
avatar
1.11.17

Not bad. Mama suka rekabentuk dia esp bahagian belakang tu

Reply
avatar
2.11.17

menarik juga neffos ni erk...kebetulan KG nak survey hpon skrg ni..terbaik la entri ni buat KG tergoda dengan neffos X1

Reply
avatar
3.11.17

Wahhhh bestnya klu dpt memiliki neffos ni!!! 😍😍😍😍

Reply
avatar
3.11.17

WOW.. BESTNYA SMARTPHONE NI..nak satu jugak ;)

Reply
avatar
6.11.17

Wahhh bestnye hp ni.. canggih gile.. Sesuai utk kite blogger ni kan.. Segalanya lengkap..

Reply
avatar
Niepo Liyorn
9.11.17

Saya dah hantar penyertaan. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menang. :)

Reply
avatar
10.11.17

confirm gambar cantik sebab HD kan.

Reply
avatar
11.11.17

Salam, aku blogger dari Indonesia. Senang bisa kenal, walaupun bacanya agak susah.

Reply
avatar
12.11.17

Banyaknyaa features neffos ni !

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)