Tuesday, October 10, 2017

AMI VITAMIN SKINCARE | BEKALKAN VITAMIN C PADA KULIT MUKA


AMI VITAMIN SKINCARE | BEKALKAN VITAMIN C PADA KULIT MUKA | Majoriti  kita ni ingin memiliki kulit muka yang cantik kan? Ena pun tidak terkecuali. Tapi asyik kejar cantikkan kulit, jangan terlupa untuk jaga kesihatan kulit muka juga. Salah satunya adalah dengan membekalkan vitamin C pada sel-sel kulit kita. Vitamin C ni adalah makanan untuk sel-sel kita supaya kekal sihat dan bermaya. Pelbagai cara yang kita boleh apply, melalui makanan, minuman dan suntik. Namun, kekadang tu susah juga nak konsisten untuk makan vitamin C or kekalkan makanan yang cukup nutrient nya. Ada hari terlupa nak makan makanan yang sihat dan ada hari teralpa nak telan vitamin C. 

Demi menyelesaikan masalah konsisten itu, ena nak share dengan you all satu produk yang mungkin boleh membantu untuk bekalkan vitamin C pada kulit muka secara konsisten setiap hari. Produk tersebut adalah Ami Vitamin Skincare yang terdiri daripada cleanser, serum dan night serum. Okay, di bawah ini ena share sedikit sebanyak mengenai Ami Vitamin Skincare ni.


AMI VITAMIN SKINCARE

Satu set Ami Vitamin Skincare: Cleanser, Serum & Night Serum


Ami Vitamin Skincare ini diperkaya dengan Vitamin C dan juga khasiat yang lain. Nanti ena share kat bawah ni. Dengan diformulasikan cara begini, iaitu skincare, secara tidak langsung memudahkan para pengguna untuk bekalkan vitamin C pada kulit secara konsisten. Yela, mesti setiap hari you all akan cuci muka kan? So, inilah salah satu cara yang boleh kita apply demi menyihatkan dan menyegarkan struktur sel-sel kulit muka kita.

Kalau you all perasan, sekarang ni tengah hangat mengenai isu skincare timbang yang berbahaya tu kan. Betul tak? Kalau tak tahu, sila Google sendiri. Ena pun jadi susah nak percaya dengan skincare yang murah-murah ni. Namun, Ami Vitamin Skincare ni you all dah tak perlu risau lagi dengan kualiti serta keselamatannya. Hal ini disebabkan skincare ni sudah betul-betul dijamin selamat digunakan oleh pihak-pihak tapisan yang bertanggungjawab. Berikut adalah bukti Ami Vitamin Skincare  sudah mendapat kelulusan KKM





Kenapa ena sarankan you all untuk dapatkan Ami Vitamin Skincare ini? Haaa, kalau nak tahu kenapa, jejom baca kelebihan dan keistimewaan yang ada dalam skincare ini.


KELEBIHAN AMI VITAMIN SKINCARE

Untuk pengetahuan you all, di dalam ramuan Ami Vitamin Skincare ini mempunyai 3 + 1 vitamin yang bagus untuk kesihatan sel kulit muka iaitu Vitamin E, Glutathione, Astaxanthin dan Vitamin C. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan digabungkan formulanya untuk menghasilkan kesan yang positif dan memuaskan pada kulit wajah. Jom tengok apa kelebihan setiap satu vitamin ni


1) Glutathione

- Mencerahkan kulit wajah
- Mengurangkan kedutan pada kulit muka
- Wajah muka lebih nampak bermaya dan warna lebih sekata


2) Vitamin E

- Merawat parut jerawat dengan lebih cepat
- Merawat luka-luka disebabkan jerawat dengan lebih efektif


3) Astaxanthin

- Antioxidants, mengelakkan kulit muka daripada penyakit berbahaya
- Melindungi kulit muka dari sinaran UV
- Mengurangkan jeragat / bintik-bintik hitam pada kulit muka


4) Vitamin C

- Menyihatkan sel kulit muka
- Menganjalkan kulit muka supaya nampak lebih muda
- Membantu mengurangkan kedutan pada kulit / antipenuaan
- Mencerahkan kulit muka yang kusam


Di belakang kotak set Ami Vitamin Skincare ni terdapat keterangan secara lebih detail. 




Kesemua vitamin yang sihat ini, you all boleh dapatkan dalam satu set Ami Vitamin Skincare ini sahaja. Ena sekarang ni guna serumnya sebelum calit muka dengan makeup. Serius, best! Ena tak tipu. Kulit ena jadi susah nak berminyak sedangkan ena ni jenis kulit berminyak juga. Alamatnya makeup tu jadi tahan lama. Selain itu, bila apply makeup, nampak lebih sekata struktur kulit. Tak bercapuk. Puas hati weh. Dah seminggu lebih guna, ena ni boleh dikatakan hari-hari bermakeup

Di bawah ni ena share salah satu testimoni terawal dari pengguna yang bernama Nurul Hidayah. Dia sudah lama menggunakan Ami Vitamin Skincare ni dan sekarang dia sudah dapat perubahan yang positif pada kulit wajahnya. Tak percaya cuba tengok gambar di bawah ni.




Slow-slow skincare ni merawat kulit dari dalam. Well, memang ambil masa nak healing semula sel-sel kulit yang sudah rosak ni. Kalau ada produk yang boleh rawat muka dalam masa 3 hari tu, berhati-hati, takut bahan bancuhannya menggunakan bahan yang sangat kuat dan mampu beri impak yang negatif bila dah usia tua nanti.


DETAILS AMI VITAMIN SKINCARE

Kepada yang ingin mencuba produk Ami Vitamin Skincare ini, you all boleh pergi terjah laman social mereka dan hubungi pihak mereka sendiri. Di bawah ni ena share link untuk ke sana, nanti you all klik sahaja ya.

Jangan lupa, kalau nak beli boleh guna voucher di bawah ini untuk dapatkan POTONGAN HARGA  sebanyak RM40. Terhad kepada 5 pembaca yang bertuah. Haaa! Apa lagi, ena dah baik hati nak bagi voucher ni, grab la sekarang ya. Terima kasih. Hiks. Tiada paksaan sebenarnya, terpulang pada diri masing-masing.

Redeem Voucher: INAAINAA


Itu sahaja perkongsian ena kali ini, selamat mencuba dan semoga skincare yang ini dapat menyelesaikan masalah kulit muka you all. Buatlah pilihan yang betul dan bijak. Biar lambat asalkan sihat.


FACEBOOK


INSTAGRAM


WEBSITE



Share

Other Article

AMI VITAMIN SKINCARE | BEKALKAN VITAMIN C PADA KULIT MUKA
4/ 5
Oleh

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)