Wednesday, September 27, 2017

STREETZ CAFE | WESTERN FOOD DI BESERAH KUANTAN


STREETZ CAFE | WESTERN FOOD DI BESERAH KUANTAN | Kisah memburu ena kali ini adalah di satu kedai makan yang menyediakan makanan western sekitar Beserah, Kuantan. Nama kedai makan tersebut adalah Streetz Cafe. Pada mulanya, ena dan kawan-kawan ena nak pergi memburu makanan kat tempat lain tetapi malangnya kedai yang kami nak tuju tu tak jumpa-jumpa. Dah waze bagai, tapi still tak ada. Maybe dah tutup kot. Sabar jelah hati ni.

Alang-alang dah ada di sekitar Beserah Kuantan masa tu, ena cari jela kedai makan yang berdekatan dengan kawasan sini jela. Memandangkan masing-masing pun dah kelaparan tahap MAX. Kami Google punya Google, ternampak la ada orang review kat Streetz Cafe ni dan membuatkan ena tertarik untuk cuba try test makanan di sini. Best ke tak? Okay, jom baca kupasan ena mengenai cafe / kedai makan ni. 


STREETZ CAFE, BESERAH KUANTAN


Banner Streetz Cafe, Beserah
Sekarang ni kalau you all perasan, rata-rata tempat dah ada kedai makan ala-ala hipster dan modern ni. Betul tak? Makin beranak pinak dan gaya itulah membuatkan orang lain lebih tertarik untuk singgah dan makan. Streetz Cafe pun tidak terkecuali. Di cafe ini, menyediakan makanan barat / western seperti Chicken Chop, Spagetti, Mushroom Soup dan banyak lagi la. 

Lokasi Streetz Cafe terletak di Beserah, Kuantan. Jalan nak menghala ke Klinik Kesihatan Beserah. Tak tahu? Okay, tak mengapa sebab sekarang ni zaman moden dan berteknologi tinggi. You all boleh je menggunakan waze / Google Map untuk ke sini dengan membuat carian atas nama kedai makan ini sahaja. Namun, kadang kala waze ni boleh jadi mental juga. Oleh itu, you all boleh rujuk pada alamat penuh Streetz Cafe  di bawah ini.


Ena dan kawan-kawan di Streetz Cafe, Beserah

Struktur dalaman Streetz Cafe, Beserah


ALAMAT:
Streetz Cafe
B-588 Tingkat Bawah, Jalan Beserah
Taman Bandar Emas
25350 Kuantan, Pahang

WAKTU OPERASI:
Hari: Selasa - Ahad (Isnin Cuti)
Masa: 8am - 11pm


MENU YANG ENA PILIH

Ketika ini, ena datang berempat dengan kawan-kawan perempuan ena. Dan kiranya ada 4 makanan la yang kami order tetapi hanya tiga jenis makanan yang berbeza. Hal ini kerana dua antara kami makan makanan yang sama, Ena dan kawan ena lagi seorang/

Pada mulanya ena nak cuba menu Lamb Shank. Nampak ramai yang mengatakan bahawa Lamb Shank kat sini sedap dan ena pun terliur juga bila tengok gambar yang dipost di Instagram rasmi Streetz Cafe ni. >>Klik Sini<< Namun, apakan daya. Tunggu jela bila ada rezeki lebih lagi nanti, baru boleh nak cuba try test yang menu yang ini. InshaAllah, one day I will! Jyeahhh!

Akhirnya, ena buat pilihan nak makan Chicken Grilled Black Pepper sahaja. Cuma ada sedikit kelainan dari Chicken Grill yang ena pernah rasai sebelum ini. Haaa nak tahu apa kelainannya, jejom teruskan bacaan you all. 


Streetz Cafe, Beserah: Grilled Barbecue Chicken Black Pepper Sauce. Sedapp! Terasa sos bbq sebati dengan ramuan perapan ayamnya. Kalau side dish nya ada coleslaw, lagi auummm aummmm. Ena suka coleslaw

Streetz Cafe, Beserah: Spaghetti Beef Bolognese. Nampak plain je ni, tapi rasanya boleh tahan sedap. Padu juga rasa kuah beefnya. Aumnomnom

Streetz Cafe, Beserah: Kentang Goreng je. Entah kenapa kawan ena masa ni nak makan fries je. Hahahah. Layannn.

Streetz Cafe, Beserah: Chocolate Milkshake ena. Pergghhh! Padu! Masa ni, tekak rasa nak makan / minum chocolate je. Alhamdulillah la, dah dapat minum Choc Milkshake ni, puas hati beb!


FEEDBACK DARIPADA ENA


KEDAI: Signboard kedai makan ni jelas dan senang nak dibaca. Like always, kalau cafe hipster-hipster ni memang boleh nampak la melalui design signboard kedainya. Ni dari luaran dan dari dalaman pula Alhamdulillah bersih. Walaupun penjaganya lelaki, tetapi kedainya maintain bersih dan selesa. Maybe masa ena datang ni, orang tak ramai lagi.

Doodle di dalam kedai Streetz Cafe, Beserah

Kemas dan bersih dalam Streetz Cafe, Beserah

SERVIS: Pelayan kat sini peramah, well biasalah pekerja lelaki ni lebih ramah dan pandai ambil hati pelanggan. Ena dengan kawan-kawan mungkin agak rasa malu-malu kucing macam tu, tapi kalau tengok dari sudut positifnya, bagus la ada sifat sedemikian. Sanggup selesakan pelanggan.

KEMUDAHAN: Kat sini senang nak parking. Toilet tu ena tak perasan pula ada ke tak. Dalam kedainya ada penghawa dingin. Selesa la. Kalau nak merokok, boleh lepak kat luar kedai. Pilihlah nak makan di meja mana.


Ena dan Fieka pilih menu yang sama ketika lunch di Streetz Cafe, Beserah

Zetty dan Adah di Streetz Cafe, Beserah

MAKANAN: Dari segi makanan, overall puas hati bagi ena. Tapi perut badak ena ni, tak cukup sebenarnya. Maybe masa ni lapar sangat. So, kena tambah makanan yang lain. Ahaks. Oleh itu, ena sarankan untuk cuba try test Streetz Cafe ni.

HARGA: Harga standard western food. Tak over mahal dan tak over murah. Sedang-sedang sahaja. Kalau teringin nak makan Lamb Shank tu, dalam RM30+. Kalau ada ongkos lebih, boleh la cuba try test. Okay?


DETAILS STREETZ CAFE BESERAH, KUANTAN

Sekiranya you all tersesat sampai ke Beserah, Kuantan, mari la cuba try test makan kat Streetz Cafe ni. InshaAllah, you all pun akan suka juga nanti. Dibawah ni ena share link social media rasmi dan nombor telefon cafe / kedai makan ni. Semoga dapat membantu you all mencari info yang lebih lagi.

Itu sahaja cerita ena, selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


Buku menu Streetz Cafe, Beserah


INSTAGRAM:

NO. TELEFON:
09-5604889 



Share

Other Article

STREETZ CAFE | WESTERN FOOD DI BESERAH KUANTAN
4/ 5
Oleh

13 Comments

Comments
avatar
27.9.17

menarik makanan .tempat pun menarik jugak

Reply
avatar
27.9.17

banyak tempat makan best kat sana yea...

Reply
avatar
2.10.17

cantiknya kedai dia..menarik..
makcik akak duduk dkt taman balok makmor..dekat2 beserah

Reply
avatar
2.10.17

cantik cafe ni baby ina..

Reply
avatar
2.10.17

lawa juga cafe ni..kalau turun kuantan boleh la pergi..

Reply
avatar
3.10.17

Kedai hipsterr gittew hee...mngncam mknn semua masuk blog acik ni lahaii..btw comeyy la pakai tudubg bawal cmtu heee

Reply
avatar
3.10.17

Nak try chocolate milkshake tu jugak, tapi jauh sangatlah nak kena pergi Beserah...huhu

Reply
avatar
4.10.17

Terliurrrnya tgok smua makanan ni. Nanti kalau pergi beserah boleh try singgah sini. :)

Reply
avatar
5.10.17

Fuhh sedapnya Ena. Nanti bila bila ke Kuantan boleh lah terjah.

Reply
avatar
5.10.17

Ena ni bila nak gemuk erk...makan selalu x nampak pun badan naik..badan akak ni ha...bagai di pam- pam..hahahaha....x nak tgok gambar..akak tgh diet

Reply
avatar
5.10.17

suka tengok ena memburu makanan

Reply
avatar
10.10.17

New Giveaway lets start! Jom join :)
https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

Reply
avatar
14.10.17

Kat Kuantan pun dah banyak cafe2 hipster kan?

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)