Wednesday, September 06, 2017

ZAKI BIJAK | PEJUANG KANSER JELAJAH BORNEO DENGAN RM1

ZAKI BIJAK | PEJUANG KANSER JELAJAH BORNEO DENGAN RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau nama panggilannya, Zaki Bijak telah di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher sejak Julai 2014. Namun begitu, Zaki Bijak menanam hasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dengan erti kata lain kanser bukanlah bermakna kematian semata-mata. Beliau pergi jelajah ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya menumpang kenderaan orang awam sahaja sambil menyampaikan mesej tersebut. Zaki Bijak ini berasal dari Jerantut, Pahang dan Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah ini merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak ketika ingin bertolak ke Sabah


Walaupun Zaki Bijak ini menghidap kanser darah tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan semangat untuk beliau terus berjuang serta mengembara bagi memberitahu kepada semua orang bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

Kenapa Zaki Bijak tetap mahu meneruskan misi ini? Haaaa.. kalau nak tahu, haaa jom teruskan pembacaan you all di bawah ye. Tak panjang pun nak berceloteh.


''Program ini diinspirasikan oleh rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara
.
 

''Jadi, untuk program ini saya telah menyiapkan diri sendiri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari.'' Zaki Bijak.


Menerusi laman Facebook rasmi beliau iaitu Zaki Bijakkini beliau telah mengelilingi Kepulauan Sabah sebanyak 50%. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah tak lama lagi. Selepas sudah jelajah ke negeri itu, Zaki Bijak akan meneruskan perjalanannya ke negeri Sarawak pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji sikap masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan suka menolong dari pelbagai bentuk sumbangan kepada beliau. Allahamdulilah, orang Sabah bagus bha !!!!


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami penduduk Sabah support Zaki Bijak

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami penduduk Sabah support Zaki Bijak

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Penduduk Sabah support Zaki Bijak


Kalau you all ingin ikuti kisah Zaki Bijak yang penuh liku-liku ini, boleh la follow Facebook rasmi beliau. Setiap detik perjalanan beliau akan dikongsikan bersama you all. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan Zaki Bijak ini sungguh luar biasa bukan seperti pesakit yang menghidapi sakit kanser.

Sekiranya you all ternampak Zaki Bijak di tempat you all, jangan lah segan-silu untuk hulurkan bantuan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna. Okay?

Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmatiSegala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan (mana tahu beliau singgah perkampungan you all) boleh la hubungin dengan beliau terus. Boleh personal message (PM) sahaja di Facebook Zaki Bijak.











Share

Other Article

ZAKI BIJAK | PEJUANG KANSER JELAJAH BORNEO DENGAN RM1
4/ 5
Oleh

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)