Thursday, September 14, 2017

PAPPARICH PAVILION | NIKMATI BREAD O CLOCK & NASI AYAM KAMPUNG STIM HAINAN


PAPPARICH PAVILION | NIKMATI BREAD O CLOCK & NASI AYAM KAMPUNG STIM HAINAN | Siapa pernah menternak lemak you all di PappaRich? Weh! Sedap kannn. Ena first time tau cuba try test makan kat situ. Serius talk, ena dah jatuh hati dengan kesedapan yang ada pada makanan yang ada di PappaRich. Mula-mula dulu ingat tak halal la, tak sedap la, mahal la, itu la ini la. Sekali dah datang memburu kat sini, Alhamdulillah, lepas ni boleh jadi pilihan ena untuk mengenyang perut kesayangan ni. Hiks.

Ena pergi memburu di cawangan terbaru PappaRich ni yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Dengar cerita kat sini ada menu terbaru, malah menu tersebut tak ada pada branch PappaRich yang lain. Haaa, special gittew. Sebab tu ena pergi memburu cawangan yang kat sini. Yea, nak tahu juga menu apa je yang berlainan tu sangat. Ahaks. Kalau you all nak tahu juga, sila terus membaca bebelan ena sampai habis. Mekaceh. 


PAPPARICH PAVILION KUALA LUMPUR




Mesti you all selalu lepak kat Pavilion ni kan? So, bagi yang berada di Pavilion tu, ena nak bagitahu la bahawa kat situ dah ada PappaRich di level 1. Kedainya betul-betul berhadapan dengan Mercato. You all juga boleh rujuk pada website SINI. Tak pun you all boleh tengok pada gambar yang ena letak di atas tu. Pepandai la you all cari ya, tak sesat pun sebab ena yang jarang datang sini pun boleh jumpa. Kalau malas nak mencari dan nak senang, tanya je kat kaunter informasi. InshaAllah, you will get the correct direction.


Apapun jangan risau, di bawah ni ena share alamat penuh PappaRich Pavilion Kuala Lumpur. Semoga ianya dapat membantu you all juga.



ALAMAT:
PappaRich Pavilion
Lot 1.02.00, Level 1,
Pavilion Kuala Lumpur,
168, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 10am - 10pm



MENU YANG DI PILIH


Siapa dia ni? Dia ni la Dena Bahrin. Heeee

Masa ena datang ke sini, ada dua menu yang membuatkan ena tertarik untuk cuba try test di PappaRich Pavilion ni antaranya adalah promosi Bread O Clock, Sea Prawn Curry Laksa dan Nasi Ayam Hainan. Untuk Bread O Clock, sekarang ni sedang ada promosi. Menu ni sangat-sangat sesuai untuk diambil ketika sarapan. Strukturnya tidak terlampau berat dan mampu membekalkan tenaga pada tubuh badan kita.

Okay, mesti ada yang tertanya apa kebenda Bread O Clock ni? Dan apa promosinya??? Haaaa, jom tengok gambar-gambar yang ena share di bawah ni. Ena akan guide you all serba sedikit info-info yang ena tahu la. Kalau nak ketahui lebih tempat dan lebih padu lagi, better datang ke sini sendiri dan tanya pada pekerja di PappaRich. InshaAllah mereka akan guide you all dengan baik.



4 Jenis Bread O Clock

 Steamed Bread + Butter + Kaya. Gabungkan dua perisa ni, manis dan masin. FUHH superb beb!

Toasted Bread + Kaya + Butter. Ni macam yang di atas tapi yang ni roti bakar. Atas tu steam bread.

Toasted Bread + Peanut Butter. Ada orang kata, pagi-pagi bagus makan peanut butter. Bgai tenaga 

Toasted + Condensed Milk. Nyummy!


Bread O Clock promosi ni adalah satu set Roti dan Minuman. Mengikut apa yang ena tahu, promosi ni hanya ada di Papparich Pavilion sahaja. Dan harga satu set ni hanya RM8.00. Serius, bagi ena harga ni murah dan berbaloi sangat. Kenyang pun kenyang. Dah la disekalikan dengan air pula tu. Kalau pilih air sejuk, memang gelasnya besar gedabak la. Hiks.

Okay, di bawah ni ena share jenis-jenis air yang termasuk dalam promosi ni. Boleh pilih nak yang panas atau sejuk. You all boleh pilih la sendiri mana yang sesuai untuk hari-hari you all.

Kopi O, Panas / Sejuk. Pilih la nak sejuk or panas. 

Teh Panas / Sejuk

Coffee Panas / Sejuk


Lepas makan Bread O Clock ni, ena macam masih terasa lapar lagi. Teringin pula nak merasai makanan berat yang ada kat sini pula. Yela, first time kan. So alang-alang memburu tu, baik makan banyak-banyak terus. Ahaks.

Payah juga nak buat pilihan yang mana. Akhirnya, ena pilih Sea Prawn Curry Laksa. Ena ada buat survey ritu di Facebook ena dan ramai kawan-kawan ena suggest serta kata bahawa mee kari kat sini memang mantap habis. Kuahnya pekat dan sedap. Sebab tu ena pilih menu ni. Yela, nak tahu juga sejauh mana kesedapannya seperti yang diperkatakan oleh orang lain.


Memang padu beb! Kuah Kari Laksanya memang pekat gila, mantap habis. Ena dah rindu dengan kesedapan mee kari laksa ni.

Can you see the sea prawns? Menggoda beb! Besar udangnya. Dalam gambar ni tak nampak besar


Haaa! Sebelum terlupa ena nak bagi tahu dengan you all ni terutama untuk para penggemar Nasi Ayam Kampung Stim Hainan. You all boleh melantak Nasi Ayam Hainan ala-ala kampung gittew di PappaRich Pavilion ni. Ena ada rasa juga, sedap weh. Malah, elok untuk kesihatan kita. Hal ini kerana mereka menggunakan Ayam Kampung yang seperti kita tahu, ianya mempunyai kurang lemak dan kurang kolestrol. Yeahhh! You all should try this Nasi Ayam Kampung Stim Hainan. Cenggini *Thumbs Up* Weh!

Nikmat betul dengan kesedapan nasi ayam ni. Gabungan yang mantap! Semua sedap dalam set ni 

Lembut betul struktur Hainanese Steamed Chicken nya. Memang ena suka la. Supnya pun sedap.

Kalau rasa malas nak makan nasi, you all boleh beli ayamnya sahaja. Separuh ayam ni boleh share dengan ramai orang. Nak layan seorang diri pun boleh. Tak ada masalah



Di bawah ni beberapa menu yang lain ena memburu juga. Tak tahu nak gambarkan bagaimana kesedapan makanan yang ada kat PappaRich ni. Memang tak menyesal kalau pilih tempat makan kat sini. Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Selain itu, PappaRich memang menekankan makanan yang sihat untuk manusia.

Nasi Lemak with Curry Chicken

Fried Dumpling. Sedap weh! Inti ayam.



DAPATKAN STEVIA WHITE COFFEE

Untuk pengetahuan you all, di PappaRich Pavilion ada jual Stevia White Coffee juga tau. Bagi yang nak potong gula dalam minuman dan hendak maintainkan kesihatan tubuh badan, you all should try this coffee. Sebab gulanya telah digantikan dengan stevia. Tahukan stevia tu apa? Kalau tahu baguslah, kalau tak tahu silalah rajinkan diri untuk Google.

Tak rasa pelik pun, sedap. Tak tipu sebab ena sendiri dah cuba try test Coffee ni. Ingat rasanya pahit ke, tak boleh masuk dek tekak ke, apa ke. Tak weh! Tak. Manisnya memang cukup rasa. Tak over manis dan tak terkurang manis. Lagipun ena pun amalkan stevia ni. Sebab itu ena tak rasa pelik sangat nak minum Stevia White Coffee ni.




FEEDBACK DARIPADA ENA

Secara keseluruhan, ena berpuas hati sangat dengan Papparich Pavilion ni. Kedainya pun kemas, bersih, selesa dan kita pun jadi bertambah-tambah selera. Well, dalam mall kan. Mall yang dikenali pula tu, mesti kena jaga semua tu. Selain itu, pelayan kedai pun bagus, rajin, kemas pakaiannya, dan sudi membantu pelayan yang ada. Alhamdulillah

Dari segi makanan dan harga pula, alhamdulillah ena memang highly suggest dengan you all untuk cuba try test makanan serta minuman kat sini. Nak tahu lokaisnya kat mana dan beroperasi pada waktu bila, silalah rujuk semula pada bebelan ena di atas ni. Ena ada share alamat dan waktu operasi di atas. Semoga dapat la membantu you all yang sedang mencari kedai makan di sekitar Pavilion Kuala Lumpur.




DETAILS PAPPARICH MALAYSIA

Bagi yang masih blur dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau nak usya menu apa yang ada di PappaRich ni, you all digalakkan untuk terus ke laman web rasminya. Di bawah ni seperti biasa, ena share link media social PappaRich ni. 

Itu sahaja perkongsian ena pada kali ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa SHARE entri ni ya. Terima kasih.



WEBSITE

FACEBOOK

TWITTER



Share

Other Article

PAPPARICH PAVILION | NIKMATI BREAD O CLOCK & NASI AYAM KAMPUNG STIM HAINAN
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
14.9.17

Sedapnya... roti bakar kena dengan air panas, amboi... rasa macam makan tepi pantai nikmatnya...

Reply
avatar
14.9.17

Tak pernah masuk papparich lagi, tapi tengok makanan dia dalam blog ena memang menggoda!

Reply
avatar
14.9.17

Sedapnya makanan dekat situ.

Reply
avatar
15.9.17

roti dia memang sedap...... ah semua menu dekat papparich sedaplah.. my favourite restaurant tau

Reply
avatar
16.9.17

selalu je tengok papa rich tapi tak pernah lagi masuk. ni buat rasa macam nak makan dekat papa rich pulak

Reply
avatar
17.9.17

wah, seronoknya makan2 ...
peanut butter bread tu nampak yummy gila ...
I is peminat peanut butter :)
#afbdotmy, mrs pip dtg melawat.

Reply
avatar
17.9.17

sedapnya tngok bby ena makan laksa tu..

Reply
avatar
19.9.17

tak pernah lagi jejak makan kat papparich...

Reply
avatar
20.9.17

roti bakar dia sedap

Reply
avatar
20.9.17

Lama tak lepak papparich. kari laksa tu macam tak pernah try je. macam sedap!

Reply
avatar
5.10.17

Suka jugak makan dekat Papparich ni sebab banyak menu sedap :)

Reply
avatar
5.10.17

belum pernah makan lagi dekat pparich..samla macm ena fikir, mahal harganya..mungkin boleh cuba nanti

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)