Sunday, September 17, 2017

CAFAEYEN ECM KUANTAN | PARA PENGGEMAR COFFEE PATUT CUBA



CAFAEYEN ECM KUANTAN | PARA PENGGEMAR COFFEE PATUT CUBA | Siapa kat sini pernah minum minuman dari jenama Cafaeyen ni? Apa pendapat you all? Ena pun baru tahu Cafaeyen ni wujud pun sebab kawan ena cuba try test minum hari tu perisa Coffee campur Green Tea. Haaa macam scary je kann, macam pelik jee rasanya kan, tapi bila dah rasa, fuhhhh sedap sebenarnya. Ena terus jatuh hati. Bagi mereka yang penggemar coffee, patut cuba try test minum coffee yang dijual kat sini.

Bagi warga Kuantan atau yang berdekatan dengan Kuantan tu, you all boleh dapatkan minuman Cafaeyen ni di East Cost Mall (ECM), Kuantan. Baru-baru ni ena pun beli sendiri di ECM. Tapi ena pilih perisa yang lain, Coffee campur Teh Thai. Sengaja nak cuba try test yang lain pula. Kebanyakkan perisa minuman di sini ada agak pelik-pelik campurannya, yang tak biasa kita rasai kat tempat lain. Tapi bagi ena kombinasi tu semua sedap dan boleh diterima tekak ni.


CAFAEYEN ECM KUANTAN

Kedai Cafaeyen ECM Kuantan, sama aras dengan GSC dan berhadapan dengan kedai Boat Noodle

Stall Cafaeyen ini terletak di dalam East Cost Mall (ECM) Kuantan pada aras 3. Level di mana terletaknya Golden Screen Cinema (GSC), Boat Noodle (Klik) dan betul-betul berhadapan dengan Daiso. Kalau you all tak tahu kat mana, you all boleh bertanya dengan kaunter informasi dalam mall ni. Maaf, ena tak dapat nak letak alamat penuh stall Cafaeyen ini. Lagipun baru buka pada bulan July 2017, so macam tak banyak detail informasi yang ena dapat. Harap pihak mereka dapat update info di laman social rasmi mereka.

Cafaeyen ni menyediakan beverage / minuman sahaja. Terdapat 3 kategori iaitu coffee, tea dan minuman selain coffee / tea. You all boleh rujuk pada menu di bawah ni. Semua minuman ni diadaptasikan dari Bangkok, Thailand. Macam kita tahu, Green Tea, Tea dan Coffee dari sana memang sedap-sedap belaka. Tu ena yakin untuk cuba try test nak minum minuman dari jenama ni. Yang lagi uniknya, ada beberapa campuran perisa lain dari yang lain dan itulah membuat ena tertarik untuk mencuba. Tambahan pula, ena ni kan jenis hantu coffee. 


Antara jenis air Cafaeyen ECM Kuantan

You all jangan risau, minuman kat sini dijamin halal dan selamat untuk kita semua minum. Cawangan Cafaeyen ni bukan hanya ada di ECM Kuantan sahaja, kat area Kuala Lumpur pun ada juga dan tak silap ena kat Pulau Pinang pun turut ada. Ni apa ena baca info dari Facebook rasmi Cafaeyen ni la. 


MENU YANG DIPILIH

Sebelum ni ena dah rasa Cafae GreenTea iaitu Green Tea + Coffee + Tea, sedap weh. Pekat! Tak over manis dan rasa coffeenya memang perrrggghhh! I loike. Ena terus jadi addicted teruk. Tapi bila ena nak beli lagi baru-baru ni, malangnya Green Teanya dah habis. Terpaksalah ena pilih yang lain. Cari yang perisa pelik-pelik sedikit. Pilih punya pilih, lastly, ena pilih perisa Chafae iaitu campuran Tea dan Coffee. Mula-mula, tak tahu la apa rasanya masa tu. Tak pernah lagi minum minuman campuran dua perisa ni, tu buat ena tertarik untuk mencuba. 

Tadaaaa! Macam ni la bekas Cafaeyen ECM Kuantan. You all boleh take away atau nak minum kat sini.


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Dari segi kedai, Cafaeyen ni just stall macam gambar yang ena share kat atas ni mahupun di bawah ni. Boleh bayang bagaimana kan? You all boleh take away minumannya atau mahu santai-santai kat stall Cafaeyen ni sebab ada disediakan kerusi dan meja. Dari segi kebersihan dan kekemasan kedai pula, Alhamdulillah sangat selesa.

SERVIS: Tak ada pelayan ke meja. You all order di kaunter, bayar terus dan tunggu minuman yang you all beli siap. In case you all tak tahu setiap perisa minuman tu perisa apa, letak apa semua, you all tanya je kat orang yang jaga kaunter tu. InshaAllah mereka akan tolong terangkan pada you all. Jangan risau

Pekerja Cafaeyen ECM Kuantan yang setia membantu semua pertanyaan pembeli

Tukang bancuh air Cafaeyen ECM Kuantan.

KEMUDAHAN: Sebab dalam mall, so you all boleh guna kemudahan yang ada dalam mall tu seperti parking, surau, toilet dan lain-lain lagi.

MAKANAN: Kat sini menyediakan minuman sahaja. Dua perisa yang pelik ena dah cuba ni, alhamdulillah sangat memikat hati ena. Lepas ni boleh repeat beli lagi. Kalau bagi mereka yang addicted coffee tu, tahu la perasaan ena ketika minum air coffee yang betul-betul auummmm auummm di tekak pencinta coffee.

HARGA: Dari segi harga, standard harga. Tak over mahal. You all boleh rujuk pada gambar menu yang ena share pada bebelan ena kat atas-atas ni.


DETAILS CAFAEYEN

Dibawah ni ena share link laman social Cafaeyen ni bagi memudahkan you all direct terus berhubung dengan pihak mereka. Boleh la usya-usya update terkini tentang Cafaeyen ni di halaman media social rasminya.

Itu sahaja lah perkongsian foodhunting ena kali ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

TWITTER:


Share

Other Article

CAFAEYEN ECM KUANTAN | PARA PENGGEMAR COFFEE PATUT CUBA
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
18.9.17

ala dekat Kuantan jer ke? Cawangan kat tempat lain xde ke? sobs sobs.

Reply
avatar
19.9.17

Banyak pilihan dan harga pun lg murah dr starbucks..hehe

Reply
avatar
19.9.17

sedap pulak tngok air tu enaa.. hehe..

Reply
avatar
20.9.17

Banyaknya pilihan kopi. rambang mata nak pilih. Dahlah pencinta kopi =_='

Reply
avatar
24.9.17

I'm a coffee lover.
I'll be there this october.
Thnks ain.

Reply
avatar
25.9.17

Sedapnya, saya peminat green tea.

Reply
avatar
5.10.17

Sedapnyaa! Ni ala ala chill chill kan. Nanti boleh try pulak.

Reply
avatar
5.10.17

nampak sedap oiii

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)