Sunday, August 27, 2017

RESEPI MUDAH | ROTI TELUR CHEESE


RESEPI MUDAH | ROTI TELUR CHEESE | Entri kali ni ena nak share satu resepi mudah yang ena selalu masak kat rumah ini. Nak masak kat hostel pun boleh, janji ada tempat untuk memasaklah sebab mudah sangat nak membuatnya. Makanan tersebut adalah Roti Telur Cheese. Haaaaa! Mesti you all pun dah pakar buat kan. Tapi yang masih belum reti buat roti telur cheese ni, meh ena share resepi mudah ni dengan you all. Boleh cuba next time.

Ena kata mudah sebab bahan-bahannya tak cerewet untuk beli. Boleh dapat kat mana-mana pasaraya atau supermarket berdekatan dengan rumah you all. Selain itu, Roti Telur Cheese ini boleh dimakan dan disediakan pada waktu pagi, petang or malam kalau perut you all tengah kelaparan. Serius syokkk! Tapi bagi mereka yang tak makan keju ni, maybe tak suka la resepi ni kan. So, boleh masak roti telur yang basic tu. Cicah dengan sos, fuhh! Okay, kepada yang nak cuba try test buat popia cendawan cara ena boleh klik link ini. Popia Cendawan Sedap

Okay, jom move kepada resepi utama kita iaitu Resepi Mudah Roti Telur Cheese


BAHAN-BAHAN ROTI TELUR CHEESE


Bahan-Bahan
 - Roti. Ikut la berapa nak (2 keping = 1 roti telur cheese)
 - Cheese keping (Terpulang nak jenama apa)
 - Telur sebiji (Kalau tak cukup tambah lagi nanti)
 - Sosej / Daging slice


CARA-CARA MASAK ROTI TELUR CHEESE

1) Buang kulit roti. Ena suka buang kulit roti sebab nampak lebih kemas dan lebih sedap nanti



2) Potong sosej mengikut pattern kegemaran sendiri. Ena main potong je sebab tak kisah sangat bentuk macam mana. Kalau you all letak daging slice, tak perlu potong dah.



3) Pukul telur siap-siap macam nak buat telur dadar tu. Cuma tak payah letak garam dah sebab cheese keping tu dah penyedap rasa. Kalau suka masin-masin letak la garam. Hiks.

4) Masak sosej tadi dalam 3 minit macam tu. Nampak macam dah agak-agak masak dan boleh makan, angkat la.



5) Susun roti, cheese dan sosej yang dimasak tadi seperti di bawah. Bagi penggila cheese macam ena, ena suka letak cheese dua keping. Mantap weeeh! Meleleh cheesenyaa.





6) Okay, faham macam mana nak susun kan? Kalau dah faham, salut roti tu dengan telur yang sudah siap dipukul hancur tadi.



7) Hangatkan kuali you all. Ena guna Hot Pan je. Letak sedikit minyak macam dalam gambar sebab tak mahu berminyak sangat nanti dan tak mahu rotinya terlampau garing nanti. 

Jangan pasang api kuat sangat.


8) Alih-alihkan roti. Jangan masak terlalu lama sangat, nanti jadi hitam tak sedap. Agak-agak dah masak telur kat roti tu, nampak cheese dah cair, boleh dah angkat.

9) Siap! Mudah sangat kan! Sebab tu ena panggil resepi mudah. Tak leceh pun. Sedap pun sedap




Itu sahaja resepi mudah roti telur cheese daripada ena. Kalau ada penambahan untuk resepi ini, boleh tinggalkan komen. Orang lain boleh baca juga. Dan boleh ena perbaiki lagi kaedah masakan ena. Tak jemu nak belajar memasak, ada tips yang best-best ena simpan dalam otak. Semoga berguna suatu hari nanti. Jyeaahhhh

Apapun, selamat mencuba ya. Ena makan dulu. Hiks,


Share

Other Article

RESEPI MUDAH | ROTI TELUR CHEESE
4/ 5
Oleh

15 Comments

Comments
avatar
28.8.17

susah la mcm ni kalau tngok entri baby ena pukul 1.. huaaaa. haha.. btw dalam peti ada sosej cheese. tp tak ada cheese pulak.. nnti nak cuba la.. tq ena!

Reply
avatar
28.8.17

perghh meleleh cheese tu yang buat akak tak tahan daulat tu! hehe. Roti telur ni dah selalu sangat buat tuk anak-anak akak tapi terfikir nak letak cheese kat dalam tu hehe. Nanti nak try tengok diaorang suka tak :) Thanks aina

Reply
avatar
28.8.17

Tempting gila lah ena Annur tengok cheese tu leleh leleh..yumss!
Kebetulan preggy kali ni memang tengah gila cheese sangat..makan semua nak cheesy2 je..ahaks!

Reply
avatar
28.8.17

nampak sedap ni...nyummms

Reply
avatar
28.8.17

Roti telur cheese memang sedsp kan ena. Buh double cheese lg bertambah sedap. Akak memg favourite cheese.

Reply
avatar
28.8.17

Sedap kan..ritu akk dh buat.. Cuma xsmpt snap gmbr n post gmbr.. Hahaha.. Dh kne bedal dgn husband akk dulu...hehe

Reply
avatar
28.8.17

buat sarapan pagi dengan air milo perghhh...

Reply
avatar
29.8.17

Memang selalu buat, cuma akk tak letak telur, selera anak² makan, mama nya lagi lah haha

Reply
avatar
31.8.17

Haha ngam -ngam tengah cari idea sarapan pagi jumpa yang ini. Mudah dan sedap nih

Reply
avatar
6.9.17

ohmagadddd. ya allah that cheeseee. ya allahh.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply
avatar
9.9.17

tetiba la lapar. ok nanti kinah try

Reply
avatar
18.9.17

Satu biji telur yg dipecahkan tu boleh cater untuk berapa roti ye? Semua bahan dah ada kat rumah. Macam nak buat la malam ni ke, esok ke.

Reply
avatar
20.9.17

sedapnya! kalau teringin mesti buat. lagi-lagi kalau ada stok cheese..hehe

Reply
avatar
5.10.17

tu dia..cheesenya

Reply
avatar
29.10.17

Saya ikut apa yg sis bgtau dan Alhamdulillah saya dpt respond yg baik dripada bonda saya . Thanks 💕

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)