Wednesday, August 30, 2017

LOVEATS TANJONG MALIM | SAMBUT BIRTHDAY ANAK SAUDARA


LOVEATS TANJONG MALIM | SAMBUT BIRTHDAY ANAK SAUDARA | Hari ini, 29/08/2017 merupakan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Thailand. Tapi bukan rezeki Malaysia malam ni. Apapun syabas! Heeee. Ehhhh! Hahahaha. Entri kali ini ena bukan nak cerita mengenai apa yang berlaku dengan Sukan SEA 2017 malam ni. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran anak saudara a.k.a anak kakak ena yang ke 15. Weehuuuuu! Besar dah anak saudara sulung aku ni.

Demi hendak menyambut hari kegembiraan dia yang setahun sekali je ada, ena ajak birthday boy dan adik dia pergi belanja mereka makan di satu kedai sekitar Tanjong Malim ni. Nama kedai makan tersebut adalah Loveats . Ena dah pernah buat review mengenai kedai makan ni beberapa tahun yang lalu. Kalau you all boleh nak baca bebelan ena, boleh pergi ke SINI (Click).

Kiranya, ini kali kedua ena melantak di Loveats ni (Having Here gittew). Kalau 'take away' tu pernah juga la beberapa kali. Tambahan pula, ena pun jarang ada kat Tanjong Malim ni. Alang-alang hari ini ada sini, ambil peluang yang ada untuk menyambut birthday anak saudara ena. Tak meriah sangat pun; no balloons, no cake, no candles or what, just belanja mereka makan je. Lagipun, anak-anak saudara ena tak pernah makan burger hitam kat sini lagi, so hope mereka suka. Nampak macam ada banyak menu baru. Tu haaa alang-alang boleh memburu makanan sekali. Hiks


LOVEATS TANJONG MALIM


Kedai makan Loveats ini yang menyebabkan ianya popular disebabkan warna roti burgernya berwarna hitam. Kiranya, sudah menjadi simbolik kepada kedai makan ini. Bukan menu di sini berasaskan burger sahaja, makanan western yang lain pun turut ada juga seperti chicken chop, mushroom soup dan macam-macam lagi la. Kalau you all nak tahu lebih lagi, boleh la datang ke sini nanti ya.

Lokasi Loveats ini terletak di block kedai-kedai di Taman Universiti Tanjong Malim. Taman Universiti atau lebih di kenali Taman U ini bersebelahan sahaja dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Nampak macam tempat pelajar-pelajar UPSI tunggu bas, itu la dia Taman U nya. Apapun, jangan risau. You all boleh wazekan sahaja nama kedai makan ini. InshaAllah sampai ke destinasi dengan selamat. Hiks! Selain itu, di bawah ni ena share juga alamat kedainya. Semoga boleh menjadi panduan.




ALAMAT:
Loveats
Blok 22, Jalan U1,
Taman Universiti,
35900 Tanjong Malim, Perak

MASA OPERASI:
Isnin - Ahad (Sabtu cuti)
5pm - 11pm



MENU YANG DIPILIH

Ketika ini, ena minta pada anak-anak buah ena untuk pilih menu yang mereka suka dan yang mereka hendak makan. Dan yup, ini merupakan kali pertama mereka datang ke sini. Oleh sebab itu, agak terkial-kial juga la nak pilih yang mana. Nasib baik laaaa AcuNa depa ni haaado, suggest la beberapa yang best. Ena pun juga teringin nak merasai menu yang lain. Asyik pilih burger jeee, kali ni ena pilih sosej dan add-on sedikit makanan yang lain. Ramai yang kata sedap, so ena nak cuba try test la.

Minuman kami. Besar-besar gelaihnyooooo. Huihhh! 

Mushroom Soup & Garlic Bread. Sedap. Rotinya lembut jeee, senang nak kunyah.  I loike. 

Pilihan ena, The Shroom Island. Puas hati sebab banyak cendawan diletak. Rotinya pun lembut, sosej pun besar dan bercheese pula tu 

Satu set dengan sosej ena. Kentangnya ena rasa homemade sebab besar. Sos nya pun rasa unik. Nice 

Classic Chicken Chop. Paling ummmmppphhhh weh! Tak rugi pilih menu ni. Meriahhh side dishes nya. Sedap pun sedap. 

Ini birthday boy punya pilihan hati, The Da Vincheese Chicken Burger. Tebal weh! Besar pula tu. Kenyang! Roti burgernya semakin memikat hati ena. Lembut dah sekarang, tak macam dulu-dulu ni.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Overall alhamdulillah. Banyak peningkatan berbanding dari yang dulu. Puas hati sangat dengan harga yang ena bayar. Tak kisah sangat pun bab harga ni, janji semua aspek memuaskan hati ena. Baik dari segi layanan, kebersihan, kedai dan makanan. Anak-anak buah ena pun berikan feedback yang positif juga. Syukur sangat sebab dapat gembirakan hati mereka. Sayang sangat wehhh dengan dua budak ni, macam adik sendiri dah. Yela jaga dari kecil kottt. Heeee.


Ummmpphhh! Sedapnyaa birthday boy ni makan. Heee. Sanah Helwah Muhammad Irfan bin Mahathir yang ke 15. AcuNa doakan supaya menjadi anak yang soleh dan mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 nya tak lama lagi. You can do it! 

Ini adiknya, Nurin Sofea. Dua beradik je mereka ni dan lahir pada bulan yang sama. Birthday Sofea haritu, AcuNa dia ni tak sempat nak belanja apa-apa. Hari ni, alang-alang belanja la sekali. Hiks. Tahun ni pun dia bakal hadap exam besar iaitu UPSR. AcuNa harap semoga Sofea dapat kejayaan dalam peperiksaan UPSR nya. Chayok!



Itu sahaja perkongsian daripada ena kali ini. Semoga moments ini merupakan antara kenangan terindah bagi anak-anak saudara ena. InshaAllah. Okay la, bagi you all mahukan keterangan lebih lanjut seperti FB, IG atau cara nak hubungi pihak Loveats ni,  you all boleh ambil dari entri ena yang ini: Loveats Gourmet Burger Kitchen Tanjong Malim




Share

Other Article

LOVEATS TANJONG MALIM | SAMBUT BIRTHDAY ANAK SAUDARA
4/ 5
Oleh

9 Comments

Comments
avatar
30.8.17

alaa baiknyaa AcuNaa bawa anak sedara pergi makan.

suka dengan Shrom Island tu sebab ada mushroom. semua nama makanan glamour belaka. hehehe

Reply
avatar
30.8.17

Menjejeh ailio akak tengok menu dan hidangan disitu. Bila la nak dapat merasa ni hehe. Happy birthday to anak sedara ena :)

Reply
avatar
30.8.17

Mcm best.. Tp tah bila akk nk sampai kat tanjung malim ni.. Hehehe...

Reply
avatar
30.8.17

Cantik gambar. Makanan pun nampak sedap... balik kampung nanti boleh nak singgah. Screenshot alamat dulu.

Reply
avatar
1.9.17

sedapnyaa enaaa. mmg best la kan tngok entri ena time pkul 1 pg. huwaaaa.. murahnya hati AcuNa.. btw hepy besday boboy.. hehe

Reply
avatar
3.9.17

Selalu juga pergi tanjung malim , tapi tak pernah nampak kedai kedai makan macam nie
Boleh la singgah nanti (:

Reply
avatar
4.9.17

Biasa la tengok lasal LoveEats ni. Bestnya kalau dekat sebab akak suka cuba benda baru. Chicken chop so tempting!

Reply
avatar
4.9.17

sedapnya terutamanya yang kentang goreng tu.. hehehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)