Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, August 02, 2017

JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT | MENGURANGKAN MASALAH SAKIT BELAKANG


JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT | MENGURANGKAN MASALAH SAKIT BELAKANG | Masa bulan puasa haritu, tetiba sakit belakang (Lower Back Pain) melanda agak kronik pada diri ena. Tak pernah lagi kena sesakit yang amat sangat macam ni. Sakit sangat sampai nak tidur pun susah, meraung-raung dan nak bangun pun sakit yang amat. Selama ni terasa juga ketidakselesaan kat belakang ni tapi cuma rasa lenguh-lenguh macam tu je la. Maybe tengah puasa juga dan alamatnya ena jadi kurang minum air. Tambahan pula, kerja keras kat hospital masa tu, ke sana ke mari berdiri je, ada angkat benda berat pula tu. Haaa! Memang belakang ena jadi tak berapa nak kuat la nak support badan ena.

Mujurlah masa hari kejadian abang sulung ena ada kat rumah ni, Dia doktor pakar tulang, Ortopedik. Ena megadulah kat dia alang-alang ada doktor kat dalam rumah sebab ena jadi takut kalau hal-hal pasal sakit belakang ni. Takut jadi lumpuh sebenarnya. Hmmmm. Dia bagi ena ubat tahan sakit, Ibuprofen dan pinjamkan back braces dia sejenak. Itu pun terasa lagi sakitnya even tak kuat sangat. Lepas abang ena balik rumah dia, ena bagi balik back braces dia yang ena pinjam. Namun, sakit belakang ena ni maih belum sembuh. Allah, perit betul rasa. Mujurlahhh rezeki ena, pihak Jonlivia bagi ena review satu Unisex Phiro Back Support . Bersyukur sangat-sangat


JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT 


Jonlivia Phiro Back Support ini merupakan salah satu produk keluaran dari Jonlivia Malaysia yang berfungsi memperbetulkan kedudukan bentuk badan kita yang sebetulnya. Sekali gus, back support ini boleh menyokong belakang kita dan juga dapat mengurangkan kesakitan bagi mereka yang mengalami sakit belakang macam ena hari tu ni. Ena sakit belakang tu maybe disebabkan salah apply body mechanics. Sobs! Tapi dengan adanya Unisex Phiro Back Support ia dapat membantu badan kita untuk mengekalkan body mechanic yang betul, ketika duduk, berdiri, angkat barang dan baring.

Jonlivia Phiro Back Support ini boleh digunakan oleh semua jantina, baik lelaki atau perempuan. Kat dunia ni ada dua jantina tu je. Jantina yang pelik-pelik tu, rekaan manusia sendiri okay. Ahaks. Okay back to our topic. Unisex Phiro Back Support mempunyai 4 saiz iaitu XS, S, M dan L. Yang ena pakai ni saiz S atas pemberian mereka sendiri kepada ena. Mereka minta saiz badan ena berapa dan berap, so saiz S la yang sesuai dengan ena. Memang ngam ngam. Seeloknya pakai ngam-ngam dengan badan, jangan terlalu longgar dan terlalu kecil.


Ini part yang lilit kat pinggang kita. Sebab tu kena pilih saiz yang betul-betul. Salah satu tempat nak support badan kita 

Material daripada velcro yang mudah melekat. Tak adalah sikit-sikit nak tercabut bila apply Phiro Back Support ni pada badan.


Jonlivia Phiro Back Support ini diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi, tidak panas dan sangat selesa pada badan kita. You all boleh pakai Phiro Back Support ni setiap masa tau. Ketika nak keluar pergi jalan-jalan ke, ketika bekerja ke. Sama ada you all nak pakai kat dalam baju pun boleh, nak letak kat luar baju pun boleh. Terpulang. Selain kelebihan itu, ada banyak lagi kelebihan dan kegunaan Back Support / Back Braces yang lain. Antaranya adalah:-



1) Membuatkan badan kita lebih nampak elegant dan bergaya dengan posture badan yang betul

2) Membantu posture badan kita yang sebenarnya

3) Membantu membiasakan diri kita dengan posture badan dan bahu yang betul.

4) Memperbetulkan Scoliosis dan kecacatan tulang belakang yang lain

5) Mengurangkan masalah sakit belakang, bahu dan juga sakit kepala

6) Menampakkan kita jalan seperti model dan sekali gus menambahkan keyakinan dalam diri



CARA-CARA MEMAKAI JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT 

Di bawah ni ena share video anak kakak ena pakai Unisex Phiro Back Support ni. Minta maaf tak dapat nak buat video kat badan sendiri sebab agak seksi dan tak berapa manis untuk ena tayangkan. So, biarlah anak saudara ena yang buat demo. Okay?

Lets Check It Outchaaa!

 Video cara-cara memakai Jonlivia Phiro Back Support

Kasi kemas betul-betul untuk keselesaan diri sendiri juga. 


DETAIL JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT

Ena sarankan you all untuk memiliki satu back support ni. Kalau tetiba sakit belakang, boleh apply. Takpun bagus untuk amalkannya setiap hari, bagi memulihkan posture bentuk badan kita. Badan ni kita nak guna lama lagi, dan banyak benda kita nak buat di atas bumi ni selagi nyawa masih dikandung badan. Oleh itu, moh ler sama-sama kita jaga kesihatan tubuh badan kita.

Kepada mereka yang sedang mencari dan ingin memiliki Jonlivia Phiro Back Support ni, you all boleh lawati website rasmi mereka. Dibawah ni ena share dengan you all link untuk menghubungi pihak mereka. Semoga dapat membantu you all.




WEBSITE:

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 

DIRECT PURCHASE:


Share

Other Article

JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT | MENGURANGKAN MASALAH SAKIT BELAKANG
4/ 5
Oleh

14 Comments

Comments
avatar
3.8.17

memang bagus jonlivia phiro ni... selesa bila pakai..

Reply
avatar
4.8.17

Bagus produk ni ena. Kak ana selalu gak sakit blkg especially lepas dokong si kecik.

Reply
avatar
4.8.17

Semoga cepat sihat ye

Reply
avatar
5.8.17

hahh yer ke boleh jadi lumpuh.. risaunyaaa.. anjang dah la tetiap mlm nyusu Qeisya sampai sakit pinggang. abis kalsium Qeisya sedut..

Reply
avatar
6.8.17

Macam best kalau ada 1 ni ;)

Reply
avatar
7.8.17

ngeri pulak bila kata boleh lumpuh. macam kena ada 1 produk ni je kat rumah.

Reply
avatar
8.8.17

kalau bongkok agknya boleh baik tak eh pakai ni? bahu saya bongkok.. sobs sobs 😢

Reply
avatar
8.8.17

wow. bestnya. rasa nak beli kt mak. dia selalu sakit2 belakang.

Reply
avatar
8.8.17

Asalnya support Tu mmg bagus utk penghidap sakit belakang

Reply
avatar
9.8.17

good sharing dik...mmg masalah sakit belakang berpunca dari postur duduk dan berjalan kurang betul...ada sokongan ini beri keseimbangan semula kan.

Reply
avatar
10.8.17

alah teringin nak jugak.. sakit pinggang bagus ni untuk support tulang blakang.. tq sharing

Reply
avatar
10.8.17

pakai kat rumah ok gak ni, kalau kat opis, macam mana nak pakai? pakai dalam baju ke?

Reply
avatar
11.8.17

Bagus juga tau pasal produk ni..
Kak pip selalu sakit belakang bila tidur terlalu lama...
Maybe salah tidur ke apa ntah ....

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)